Meroyan dan kemurungan selepas bersalin merupakan antara komplikasi yang boleh berlaku apabila ibu tertekan semasa pantang. Bolehkah ibu menyusukan bayi walaupun kemurungan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Meroyan dan kemurungan selepas bersalin merupakan antara komplikasi yang boleh berlaku apabila ibu tertekan semasa pantang. Bolehkah ibu menyusukan bayi walaupun kemurungan?
Isu kemurungan selepas bersalin atau dalam istilah lain, meroyan, adalah antara komplikasi obstetrik paling kerap dan serius boleh berlaku kepada wanita selepas melahirkan anak.
Keadaan ini boleh menjejaskan sehingga 25% ibu dalam tahun pertama selepas bayi dilahirkan.
Kemurungan boleh berlaku akibat tekanan semasa dalam tempoh berpantang.
Namun, malangnya kebanyakan wanita bergelar ibu yang menyusukan bayi takut untuk mendapatkan rawatan.
Alasan paling utama mereka adalah bimbang ubatan yang diambil semasa menyusukan bayi boleh mendatangkan kesan kepada anak mereka.
Ada juga yang tidak mahu dikaitkan dengan stigma meroyan.
Kesihatan mental seorang ibu adalah penting bukan sahaja kepada dirinya sendiri bahkan kepada bayi yang dilahirkan.
Mengalami kemurungan boleh menjejaskan keperluan bayi yang bergantung sepenuhnya kepada ibu dan individu sekeliling.
Kesan negatif lain yang mungkin berlaku kepada bayi yang kurang mendapat perhatian adalah seperti:
Kemurungan atau postpartum depression adalah 1 keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan.
Ini kerana seorang ibu yang kemurungan selepas bersalin cenderung untuk mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya.
Sebenarnya, ibu masih boleh terus untuk menyusukan bayi walaupun kemurungan dan menjalani rawatan untuk mengubati keadaan kesihatan itu.
Ini hanya boleh dilakukan jika melalui proses penyusuan itu dapat memberikan ketenangan kepada si ibu.
Walau bagaimanapun, tinjauan terhadap 10 kajian mendapati simptom kemurungan selepas bersalin secara umumnya berkait dengan penyusutan tempoh penyusuan.
Jika seorang ibu berasa tertekan, mereka tidak perlu rasa bersalah untuk tidak meneruskan penyusuan susu badan.
Bahkan mereka berhak untuk memilih alternatif lain seperti memberikan susu formula.
Kebiasaannya rawatan untuk mengubati kemurungan adalah sesi kaunseling. Ia membantu memberikan bimbingan dan sokongan kepada wanita dengan postpartum depression.
Selain itu, pemberian ubat antikemurungan juga akan diberikan.
Jika seseorang ibu memilih untuk menyusukan bayi walaupun kemurungan, pastinya mereka akan diberikan ubat yang selamat untuk dimakan ibu menyusu badan.
Paling utama, ibu perlu mengambilnya mengikut sukatan yang diberikan agar segera sembuh.
Selain mendapatkan rawatan dengan sesi kaunseling atau ubatan antikemurungan, terdapat 5 cara untuk membantu diri ibu sendiri mengatasi kemurungan ini, seperti:
Mendapatkan rehat yang mencukupi adalah perkara paling penting buat ibu selepas bersalin.
Sebaiknya ibu memerlukan tidur yang secukupnya, jika tidak boleh, berehatlah.
Sekiranya terdapat individu dewasa lain yang boleh membantu menjaga bayi untuk tempoh beberapa jam, gunakan peluang itu dengan sebaiknya.
Jika bayi anda sudah tidur, ibu cubalah untuk tidur sebentar.
Selepas melalui proses bersalin, badan anda amat memerlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi.
Hindari daripada membiarkan perut anda kosong untuk tempoh yang panjang.
Ia membantu mengelakkan tahap gula dalam darah menurun.
Pengambilan makanan seimbang dapat meningkatkan tenaga dan sistem imunisasi badan. Keadaan ini sekali gus boleh mencegah diri daripada mengalami keletihan dan kehilangan tenaga.
Ada masanya apabila terlalu sibuk dengan hal si kecil, anda mungkin berasa terasing.
Tetapi berdepan dengan keadaan kemurungan selepas melahirkan anak boleh menyebabkan anda betul-betul berasa keseorangan.
Sebaiknya, jika ada individu dewasa lain di rumah bersama anda, luangkan masa untuk berbual atau sekadar berborak kosong.
Ia sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kebosanan dan kesunyian yang anda hadapi.
Jika anda berasakan perlu melakukan segalanya sendiri selepas bersalin, anda tersilap. Selepas melalui proses melahirkan anak, badan anda memerlukan penjagaan yang sewajarnya.
Ini bermakna, anda perlu mendapatkan bantuan individu lain untuk sekurang-kurangnya menjaga aspek pemakanan dan penjagaan harian anda. Tiada salahnya untuk meminta bantuan.
Bila menyebut tentang senaman, mesti terbayangkan aktiviti berintensiti sederhana atau berat seperti berjoging dan sebagainya. Anda silap!
Berjalan-jalan di sekitar halaman rumah sudah memadai. Tindakan itu sekurang-kurangnya dapat menjadikan ibu berasa lebih cergas dan cerdas.
Lebih-lebih lagi jika dapat menghirup udara segar.
Mengalami kemurungan selepas bersalin adalah 1 perkara yang wajar dielakkan oleh setiap ibu.
Anda digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif dan menghindari daripada memikirkan perkara yang sewajarnya.
Jika perlu, lakukan pemeriksaan dan rundingan doktor dengan segera jika menyedari sebarang simptom berkaitan kemurungan yang mungkin anda alami.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen