home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kemurungan Boleh Diatasi Dengan Hanya Berfikiran Positif! - Ini 5 Caranya

Kemurungan Boleh Diatasi Dengan Hanya Berfikiran Positif! - Ini 5 Caranya

Kemurungan adalah satu penyakit mental yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal.

Ia juga dikenali sebagai gangguan kemurungan utama atau kemurungan klinikal.

Walaupun gangguan ini adalah biasa berlaku dan sesuatu yang serius, pelbagai rawatan tersedia untuk membantu mengendalikan kemurungan yang dihadapi.

Dalam artikel ini, akan memberikan anda maklumat tentang cara mengatasi kemurungan yang paling mudah – berfikiran positif.

Berfikiran positif adalah cara mengatasi kemurungan?

Apabila anda mengalami kemurungan, anda akan berasa sedih dan tidak bermaya.

Ada masanya wujud rasa sedih dan putus harapan.

Tetapi jika emosi ini sering berlaku, anda mungkin mengalami beberapa simptom.

Ia akan menjejaskan cara pemikiran, perasaan, tingkah laku, malahan aktiviti harian seperti tidur, makan dan bekerja.

Jika anda berfikiran positif, anda mungkin akan memperolehi tenaga dan keupayaan untuk mengendalikan kemurungan dan tekanan.

Ia boleh mengurangkan kekerapan untuk anda merasa sedih dan putus harapan.

Menjadi seorang yang positif membolehkan anda cenderung untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat.

positif

Pemakanan anda akan lebih baik, anda akan melakukan aktiviti fizikal dengan lebih baik, anda mungkin akan kurang mengambil alkohol atau menghisap rokok.

Kehidupan yang sihat boleh membawa kepada kesihatan yang baik termasuk dari aspek fizikal dan mental.

Ia seterusnya menjadikan kemurungan boleh diatasi.

Bagaimana untuk berfikiran positif?

Anda boleh berfikir secara positif dengan mudah tetapi untuk mencipta sesuatu rutin baru, ia mungkin memerlukan masa.

Berikut beberapa tip untuk membantu:

#1. Kenal pasti pemikiran negatif

Jika anda ingin mengubah fikiran, anda perlu mengetahui apa yang menyebabkan anda berfikiran negatif.

Mulakan secara kecil. Fokuskan kepada pemikiran negatif, catatkannya dan cari cara terbaik untuk memperbetulkan pemikiran negatif ini.

Ia mungkin melibatkan kerja, sekolah, perhubungan, keluarga atau rakan-rakan.

Namun, ada masanya pemikiran negatif itu adalah sesuatu kebenaran.

Tetapi catatkannya dan cari cara untuk memperbaikinya agar lebih baik.

#2. Nilaikan semula

Anda perlu berhenti untuk sentiasa memikirkan apa yang anda fikirkan.

Jika anda mendapati anda memikirkan sesuatu yang negatif, cuba untuk fikir secara positif atau berhenti seketika dari menyesakkan fikiran anda.

#3. Senyum dan ketawa riang

Berjenaka atau berkomedi dapat membantu anda untuk senyum dan ketawa dengan lebih kerap dalam kehidupan.

Ini boleh membantu menjadi senyum sebagai tabiat anda.

positif

#4. Bercakap perkara yang positif

Katakan kepada diri, jangan fikirkan tentang individu lain atau katakan kepada individu lain tentang perkara yang anda sendiri tidak mahu fikir atau dengar.

Ia boleh menjadi sesuatu yang sukar, namun, ia boleh dijadikan rutin secara perlahan.

#5. Bersama kelompok yang positif

Apa yang difikirkan individu lain boleh menjejaskan cara anda berfikir tentang kehidupan.

Anda perlu bercakap dengan individu yang positif, bersama dan berkawan dengan individu yang positif.

Ini boleh membantu anda untuk kekal positif.

Individu negatif hanya boleh menyebabkan anda tertekan dan menjadikan kemurungan lebih kronik.

Anda boleh merasa tertekan dengan pelbagai perkara dalam hidup anda.

Konklusi

Beberapa simptom kemurungan boleh mendatangkan impak dalam kehidupan dan kesihatan anda.

Walau bagaimanapun, anda boleh menangani kemurungan dengan belajar untuk berfikiran positif.

Ia mungkin mengambil masa, tetapi hasilnya pastinya memberikan kesan yang baik untuk anda!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/in-depth/positive-thinking/art-20043950?pg=2

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/depression/index.shtml#part_145399

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 22/02/2019
x