Melegakan Kesakitan Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 23/10/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah. Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.

Mengapa ibu hamil akan merasai sakit bersalin?

Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.

Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.

Tips atasi kesakitan semasa bersalin

1 Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.

2 Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.

3 Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.

4 Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.

5 Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.

6 Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.

7 Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!

8 Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan