backup og meta

Tanda, Punca & Kaedah Rawatan Untuk Wanita Sukar Hamil

Tanda-tanda kemandulan pada wanitaPunca wanita susah hamilKaedah rawatanKesimpulan

Bagi wanita belum mendapat zuriat, pasti tertanya-tanya apakah penyebab susah hamil padahal haid lancar. Untuk pengetahuan anda, kadangkala isu sukar hamil ini bukan sahaja melibatkan kesuburan wanita, tetapi juga beberapa faktor lain.

Ia boleh berpunca daripada ketidaksuburan pasangan atau gabungan beberapa faktor yang menyebabkan wanita sukar hamil.

Namun, ada beberapa kaedah rawatan tersedia bagi mengembalikan kesuburan wanita agar berpeluang untuk mengandung. Jom kita fahami antara ciri wanita susah hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Cabaran Ketika Hamil, sila dapatkannya di sini.

Tanda-tanda kemandulan pada wanita

Tanda terbesar untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu mandul atau tidak adalah melalui kehamilan.

Ramai wanita mungkin tertanya-tanya penyebab susah hamil padahal haid lancar.

Sekiranya seseorang wanita itu tidak hamil walaupun sudah kerap kali melakukan hubungan seks tanpa perlindungan bersama pasangan, ia mungkin tanda wujudnya masalah pada kesuburan wanita tersebut.

Ini boleh berlaku walaupun haid wanita tersebut tidak mempunyai masalah.

Namun, tidak dinafikan bahawa ada juga kes di mana wanita yang mandul menunjukkan simptom gangguan kitaran haid. 

penyebab susah hamil padahal haid lancar
Gangguan kitaran haid juga boleh menjadi penyebab sukar hamil.

Punca wanita susah hamil

Masalah ketidaksuburan boleh berlaku kepada lelaki dan juga wanita. ⅓ daripada keseluruhan kes kemandulan berpunca daripada kaum lelaki.

⅓ lagi berpunca daripada masalah kesuburan wanita. Bakinya pula berpunca daripada kedua-dua pihak atau tiada sebab yang jelas mengapa ia boleh berlaku.

Bagi wanita terdapat beberapa faktor yang boleh mendasari seperti:

Ciri wanita susah hamil #1. Endometriosis

Endometriosis adalah keadaan di mana tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Wanita dengan penyakit tidak boleh mengandung ini dapat menjejaskan fungsi ovari, rahim serta tiub fallopio yang akhirnya menjejaskan proses kehamilan.

Penyebab susah hamil padahal haid lancar #2. Gangguan ovulasi 

Kaum wanita juga mungkin mengalami beberapa gangguan atau keadaan yang menjejaskan proses penghasilan telur daripada ovari.

Ini termasuklah gangguan hormon seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), hipertiroidism, hipotiroidism, gangguan pemakanan dan juga pertumbuhan tumor. 

#3. Awal menopaus

Keadaan ini berlaku apabila ovari wanita telah berhenti menghasilkan telur dan tiada kitaran sebelum berumur 40 tahun.

Ia mungkin berpunca daripada beberapa keadaan seperti penyakit sistem imun, keadaan genetik dan kesan rawatan kemoterapi atau radiasi. 

#4. Kecacatan pada rahim atau serviks penyebab susah hamil padahal haid lancar

penyebab susah hamil padahal haid lancar
Wanita dengan penyakit tidak boleh mengandung.

Ia berlaku apabila terdapatnya kecacatan pada serviks wanita, kewujudan polip dalam rahim atau bentuk rahim.

Tumor yang wujud dalam dinding rahim boleh menyekat tiub fallopio dan menghalang telur daripada melekat pada rahim.

#5. Lekatan pada pelvis antara penyebab susah hamil padahal haid lancar

Lekatan pelvis bermaksud tisu parut yang boleh mencantumkan beberapa organ yang terbentuk selepas seseorang wanita itu mengalami jangkitan pelvis.

Ia juga boleh berlaku akibat daripada usus buntu, endometriosis, pembedahan perut atau pelvis.

#6. Sekatan pada tiub fallopio

Sekatan yang berlaku pada tiub fallopio ini boleh disebabkan oleh keradangan (salpingitis).

Ia boleh berpunca akibat daripada keradangan pelvis, endometriosis dan lekatan pelvis. 

#7. Kanser, antara ciri wanita susah hamil

Sesetengah rawatan dan jenis kanser terutamanya kanser yang berkaitan dengan sistem pembiakan manusia sememangnya boleh menjejaskan kesuburan wanita.

Kaedah rawatan

penyebab susah hamil padahal haid lancar
Ada rawatan boleh membantu atasi kesukaran untuk mendapatkan zuriat.

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan bagi merawat masalah ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Kaedah rawatan ini dilaksanakan bergantung kepada punca kemandulan, tempoh individu tersebut menjadi mandul, umur serta kaedah yang dipilih.

Antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan oleh wanita mandul ialah:

#1. Inseminasi intrauterin atau IUI

Bagi kaedah ini, sperma pasangan anda yang sihat akan diletakkan terus ke dalam rahim pada ketika ovari sedang melepaskan telur.

Tempoh masa IUI dapat diselaraskan dengan kitaran normal haid atau dengan ubat kesuburan.

#2. Tingkat kesuburan dengan ubat atasi penyebab susah hamil padahal haid lancar

Kaedah ini adalah antara cara utama yang digunakan untuk merawat masalah kemandulan dalam kalangan wanita.

Ubat-ubatan ini berfungsi dengan cara mengawal dan menggalakkan penghasilan telur atau ovulasi.

Anda perlu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pilihan ubat kesuburan dengan doktor. 

Ini kerana setiap ubat mempunyai faedah dan kesan sampingan yang tersendiri.

#3. Melakukan pembedahan bagi mengembalikan kesuburan

Ada beberapa masalah dalam rahim yang boleh dirawat melalui kaedah pembedahan.

Antaranya seperti pertumbuhan polip, septum rahim, tisu parut intrauterin serta beberapa jenis fibroid.

Bagi kes endometriosis, fibroid bersaiz besar atau lekatan pelvis, pembedahan laparoskopi atau pembedahan dengan belahan yang lebih besar akan diperlukan. 

#4. Kaedah persenyawaan in vitro (IVF) bantu atasi penyebab susah hamil padahal haid lancar

Ini adalah antara kaedah untuk mendapatkan anak paling terkenal pada masa ini.

Bagi kaedah IVF, telur wanita serta sperma lelaki yang sihat dan matang akan disuburkan di dalam makmal dengan menggunakan piring petri atau tabung uji.

Kemudian, embrio yang telah terbentuk akan disenyawakan semula ke dalam rahim setelah beberapa hari di dalam makmal.

[health_tool_article id=”32211″]

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui beberapa masalah kesihatan dan penyakit tidak boleh mengandung yang boleh dialami wanita,  walaupun kitaran haid lancar.
Ia tidak semestinya berpunca daripada wanita dan bukanlah kerana satu sebab sahaja.
Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan rawatan kesuburan wanita, ia akan ditentukan mengikut punca yang menyebabkan kemandulan anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infertility/symptoms-causes/syc-20354317. Diakses pada April 4,2021.
  2. Infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infertility/diagnosis-treatment/drc-20354322. Diakses pada April 4,2021.
  3. Female Infertility. https://medlineplus.gov/femaleinfertility.html#. Diakses pada April 4,2021.
  4. Infertility. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/infertility. Diakses pada April 4,2021.
  5. Why Can’t I Get Pregnant? https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/why-cant-i-get-pregnant. Accessed on May 14, 2025.

Versi Terbaru

14/05/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kaum Hawa Dengan Ketidakseimbangan Hormon (PCOS) Kena Make Sure Breakfast, Ini Sebabnya....

Endometriosis: Adakah Ia Mempengaruhi Kesuburan Wanita?


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 14/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan