home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Doula: Apa yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Doula: Apa yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Apabila melibatkan keinginan mendapatkan anak, seseorang ibu sudah pasti mempunyai visi tersendiri bagi melalui fasa kelahiran yang diinginkan. Malah, mungkin ramai wanita memilih untuk melibatkan doula, bidan atau kedua-duanya sebagai sebahagian daripada pelan mereka untuk kehamilan, kelahiran, dan bulan-bulan awal pembelajaran penting untuk menjaga bayi yang baru lahir.

Fenomena doula di Malaysia

Menurut theasianparent, doula atau peneman kelahiran telah terlibat dalam proses bersalin seorang ibu yang berlaku di rumah sendiri. Kes itu diterukkan lagi dengan keadaan posisi bayi yang songsang. Akibatnya, bayi tersebut lemas dan gagal diselamatkan walaupun telah dikejarkan ke hospital.

Kes yang terjadi ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini, telah berlaku kes bersalin di rumah dengan doula menjadi penemannya.

Apa itu doula?

Doula adalah seseorang yang menyediakan sokongan emosi dan fizikal kepada anda semasa tempoh kehamilan dan kelahiran. Bagaimanapun, doula bukan profesional perubatan. Mereka tidak melakukan proses kelahiran bayi atau menyediakan rawatan perubatan.

Jenis-jenis doula

Menurut WebMD, secara asasnya, terdapat 3 jenis doula iaitu

  • Doula antepartum: Membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.
  • Doula labor: Berada di sisi ibu ketika bersalin. Namun, seorang doktor ada berkongsi tentang isu doula di Malaysia iaitu hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.
  • Doula pospartum: Berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan. Selain itu, membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.

Peranan seorang doula

Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:

  • Emosi
  • Pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
  • Fizikal (secara sentuhan seperti urutan)

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Adakah doula pengganti suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin?

Tidak, perkhidmatan doula adalah sebagai sokongan tambahan bagi si ibu. Walaupun sudah mempunyai doula, ia bukan untuk mengganti tugas suami. Malah, suami masih perlu memainkan peranan dalam hal penjagaan isteri dan proses bersalin.

Bagaimana pula dengan bidan?

Mungkin ramai ibu yang masih keliru mengenai perbezaan antara doula dan bidan (midwife). Menurut healthline, bidan adalah ahli perubatan terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu memberikan panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Having A Doula: Is A Doula For Me? http://americanpregnancy.org/labor-and-birth/having-a-doula/ Accessed on Feb 21, 2019.

What Is a Doula? https://www.webmd.com/baby/what-is-a-doula Accessed on Feb 21, 2019.

Doula di Malaysia: Fakta sebenar yang ibu-ibu perlu tahu https://my.theasianparent.com/nama-bayi-lelaki-huruf-s Accessed on Feb 21, 2019.

Differences Between a Doula and a Midwife https://www.allnursingschools.com/articles/doula/ Accessed on Feb 21, 2019.

What is a Doula and Do You Need One? Here’s What You Need to Know https://www.avawomen.com/avaworld/what-is-doula/ Accessed on Feb 21, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 14/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor
x