Bagaimanakah Diabetes Memberi Kesan Kepada Kesuburan Lelaki?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat banyak penyakit yang mampu memberi kesan kepada kesuburan lelaki termasuklah diabetes. Komplikasi ini akan menyebabkan penderita kehilangan keyakinan diri lalu menyebabkan mereka mungkin tidak mahu mencuba untuk mendapatkan anak. Persoalannya, sejauh manakah kesuburan lelaki terjejas akibat kondisi diabetes? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini.

Apakah itu diabetes?

Diabetes atau dalam bahasa medikalnya diabetes mellitus adalah sejenis penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan glukosa (gula dalam darah) tinggi dalam badan. Penderita penyakit ini biasanya akan kerap membuang air kecil (polyuria). Selain itu, mereka juga akan kerap berasa haus (polydipsia) dan lapar (polyphagia).

Terdapat 3 jenis diabetes iaitu jenis 1, jenis 2 dan diabetes semasa hamil. Daripada ketiga-tiga jenis diabetes ini, hanya diabetes jenis 1 akan memberi kesan secara langsung kepada kesuburan lelaki.

Bagaimanakah diabetes menjejaskan kesuburan lelaki?

Lelaki yang menderita diabetes jenis 2 akan mengalami kerosakan DNA pada spermanya lalu menyebabkan ketidaksuburan.

Diabetes akan menjejaskan kesuburan lelaki dalam tiga cara, iaitu:

  • Disfungsi ereksi: Komplikasi ini boleh menjejaskan salur darah kecil dan merendahkan kadar hormon testosteron.
  • Keinginan seks yang lemah: Disebabkan kadar hormon testosteron yang rendah, diabetes akan menjejaskan keinginan seks dalam kalangan lelaki.
  • Kadar ejakulasi yang lemah: Diabetes akan menjejaskan saraf kecil yang mengawal ejakulasi. Lelaki yang menderita diabetes mempunyai kuantiti air mani yang rendah (hanya 2.6 ml berbanding 3.3 ml bagi lelaki yang tidak menderita diabetes).

Pada dasarnya, bilangan, bentuk dan pergerakan sperma adalah serupa bagi setiap lelaki. Tetapi apabila dianalisis, dapat ditemui kerosakan DNA pada sperma ibu bapa yang menderita diabetes. Kerosakan sperma akan meningkatkan risiko berlakunya ketidaksuburan.

Apa yang perlu dilakukan?

Anda tidak perlu terlalu risau kerana simptom-simptom ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

  • Disfungsi ereksi – Jika komplikasi ini berlaku, anda disarankan untuk mengambil pil kesuburan Viagra, Cialis atau Levitra untuk merawat fungsi ereksi.
  • Keinginan seks yang lemah –  modulator reseptor estrogen boleh memperbetulkan kadar testosteron yang tidak teratur.
  • Kadar ejakulasi yang lemah – Komplikasi ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan (alpha agonist) untuk mengembalikan arah dan aliran ejakulasi yang normal.

Diagnosis diabetes tidak bermaksud anda tidak boleh mempunyai anak. Dengan berpegang teguh pada disiplin asas untuk kekal sihat, anda masih berpeluang mempunyai anak. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Memahami risiko kadar glukosa tinggi dengan ketidaksuburan
  • Mengawal kadar glukosa pada tahap yang normal
  • Mengamalkan diet yang seimbang

Kunci kepada kejayaan ini adalah sentiasa berhubung dengan doktor anda. Sangat penting untuk anda memastikan tahap glukosa anda adalah stabil sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Sentiasa ingat bahawa 1 daripada 3 penyebab ketidaksuburan berpunca daripada lelaki dan diabetes merupakan punca utama masalah kesuburan lelaki. Oleh itu, periksa kondisi kesihatan anda sekarang juga bagi mendapatkan rawatan selanjutnya jika perlu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Dengan Mencukupi, Jaga Kebersihan Diri Antara Langkah Yang Terbaik Untuk Mengelakkan Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 4 minit bacaan

    Diganggu Rasa Tak Selesa Disebabkan Kencing Kotor, Ini Langkah Yang Boleh Tanganinya!

    Jika anda kerap mengalami sakit atau masalah kencing kotor secara berulang-ulang, anda perlu tahu beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Ada beberapa langkah yang doktor akan lakukan sebagai cara merawat kencing kotor. Rawatan selalunya akan diberikan di dalam bentuk antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Tahukah anda, kencing kotor mempunyai punca dan penyebab yang berbeza? Selalunya, punca kencing kotor ialah jangkitan bakteria E. coli.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Penyakit ureter  

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    jenis penyakit

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan