5 Petua Cepat Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila anda dan pasangan sudah bersedia untuk memulakan sebuah keluarga, anda sudah boleh merancang untuk mempunyai anak. Berikut merupakan 4 petua untuk membantu anda cepat hamil.

Mengambil langkah awal prakonsepsi

Bagi menjamin kehamilan yang sihat, anda perlu berada dalam kondisi kesihatan yang baik. Berhubunglah dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda serta mula mengambil vitamin pranatal yang mengandungi folat, demi mengelakkan bayi anda mengalami spina bifida atau kecacatan tulang belakang yang tidak terbentuk sempurna ketika dalam kandungan.

Kecacatan pada bayi selalunya berlaku ketika minggu ke- 3 hingga ke-4 kehamilan. Oleh itu, penting untuk anda mengambil folat pada awal kehamilan semasa otak dan saraf tunjang kandungan anda masih dalam proses pembentukan. Sebarang masalah berkaitan kesihatan anda perlu dirawat terlebih dahulu untuk hamil secara sihat dan selamat.

Mengadakan hubungan seks pada waktu yang tepat

Sangat penting untuk anda mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakan pasangan masih tidak berpeluang hamil meski kerap melakukan hubungan seks. Ini kerana waktu paling sesuai untuk melakukannya adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku.

Peka dengan petanda-petanda ovulasi ini sebenarnya sangat membantu. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda. Mukus ini akan berubah menjadi sedikit nipis dan licin ketika tempoh anda paling subur. Sesetengah wanita pula akan berasa sedikit pedih sekitar kawasan tersebut.

Berbaring secara menelentang selepas melakukan hubungan seks

Terdapat mitos yang mengatakan bahawa anda perlu berbaring secara menelentang selepas melakukan hubungan seks untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

Mitos ini ada sedikit kebenarannya, di mana, anda hanya perlu berbaring secara menelentang selama 10 hingga 15 minit selepas melakukan hubungan seks dan jangan bangun untuk ke bilik air ketika ini. Ini untuk mengelakkan pergerakan pelvis yang mempunyai kaitan dengan kehamilan.

Mengamalkan gaya hidup sihat

Anda perlu makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol atau menggunakan dadah apabila anda mengambil keputusan untuk hamil. Selain itu, hadkan pengambilan kafein kepada hanya 200 mg dalam sehari. Pengambilan kafein yang melebihi had akan mengundang kepada masalah kesuburan,

Ini semua juga perlu dilakukan oleh pasangan anda. Mereka juga perlu membuang tabiat merokok, minum alkohol atau mengambil dadah yang boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma.

Berhenti menggunakan kontraseptif seawal mungkin

Kebanyakan para ibu lupa untuk berhenti menggunakan kontraseptif  atau pil perancang keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari ovulasi berlaku.

Kajian menunjukkan bahawa ada kaedah perancangan keluarga yang akan menyebabkan kesan sampingan ke atas  kesuburan, walaupun anda telah berhenti menggunakannya. Ini mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk hormon dan kitaran haid anda menjadi normal semula.

Memilih untuk mempunyai anak merupakan keputusan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mungkin terdapat banyak petua untuk mempercepatkan kehamilan, namun tidak semua adalah tepat. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan bantuan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

    Multiple sclerosis (MS), sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Ini tanda-tanda awalnya dalam kalangan wanita..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Sistem Saraf & Otak, Sklerosis Berbilang 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sudah Buang Rahim, Tapi Risiko Kanser Ovari Masih Ada! Ini Penjelasannya…

    Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Kenapa ia boleh terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

    Postur tubuh badan perlulah betul setiap masa tidak kira berdiri, duduk atau tidur bagi mengelakkan sakit belakang, Bagaimana? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Sakit Otot, Tulang / Otot 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

    Komitmen hidup seperti bekerja, aktiviti riadah mahupun hiburan mungkin boleh mengganggu jam tidur anda dan menjadikannya tidak konsisten.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pembedahan prostat

    Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    peranan ibu bapa

    Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    jenis alahan

    7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    Cara merawat radang paru paru

    Kena Tahu, Penyakit Radang Paru-paru Mungkin Akan Sebabkan 6 Komplikasi Serius Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan