
Pertama kali bergelar ibu pasti memberikan pengalaman yang berbeza untuk anda. Akan tetapi, yakinlah bahawa anda pasti boleh melalui alam baru ini. Jadi, jangan rasa tertekan ataupun murung terutama apabila melihat bentuk tubuh anda sudah berubah. Jangan terlalu obses dengan bentuk tubuh sendiri! Yang penting, anda selesa dengan diri anda. Kami sediakan beberapa tips untuk anda cuba!
Jadi contoh tauladan yang positif
Untuk menjadi positif, anda boleh cuba tips di bawah:
- Tetapkan kepercayaan anda tentang makanan dan berat badan, menjadi gemuk dan menjadi kurus serta cara anda berdepan dengan situasi tegang
- Pemakanan yang sihat bermaksud anda makan makanan yang seimbang dan cukup nutrisi untuk anda dan bayi
- Lakukan senaman untuk memastikan kesihatan anda baik, dan anda juga boleh cuba lakukan sesetengah senaman yang baik untuk ibu hamil
Kekal positif
Ramai wanita menganggap diri mereka terlebih gemuk dan sering tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh mereka, terutama apabila memandang di hadapan cermin. Namun, anda perlu ingat bahawa kini anda sedang hamil, jadi terlebih berat badan adalah perkara normal yang terjadi pada semua ibu hamil.
Suami memainkan peranan penting ketika ini. Semasa isteri hamil, berikan pujian tentang cantiknya isteri semasa berbadan dua. Dengan itu, ibu hamil akan rasa bersemangat dan memberikan gambaran imej tubuh yang sihat.
Paparan media
Anda harus faham bahawa apa yang anda lihat di media tidak semuanya ‘real’. Penggunaan suntingan foto, semburan (airbrushing), pereka fesyen, jurulatih peribadi, pembedahan kosmetik, dan pelbagai helah lain digunakan dalam industri kecantikan dan juga budaya selebriti. Jadi, jangan tertipu dan berasa rendah diri.
Fokus pada perkara lain
Dipercayai bahawa gangguan imej tubuh adalah keadaan fizikal, psikologi dan kelakuan yang rumit, yang boleh mengancam nyawa untuk mereka yang mengalaminya. Daripada anda berasa tertekan dengan perkara itu, adalah lebih baik untuk anda menumpukan kepada perkara lain seperti menggembirakan diri dengan muzik, sukan, seni atau lain-lain. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih yakin dan menikmati hidup anda tanpa memikirkan berat badan dan juga penampilan.
Manfaat makanan pada tubuh
Fokus kepada kesihatan anda berbanding mengambil berat akan kalori, lemak dan karbohidrat yang anda ambil. Ubah cara pemakanan keluarga anda dengan mengelakkan makanan ringan dan mengamalkan hidangan yang bernutrisi serta menjalani rutin makanan sihat untuk anda dan juga keluarga. Yang paling penting adalah kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Wanita hamil selalunya akan rasa tertekan, malah ada kalanya murung untuk tempoh lama semasa mereka hamil dan selepas bersalin. Sebagai suami ataupun ahli keluarga, anda perlu memberi galakan, mendengar masalah mereka dan membuatkan mereka rasa bahawa imej tubuh mereka bukanlah masalah yang besar.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: