Ibu Mesti Tak Sabar Nak Scan Baby, Kan? Nak Pilih 2D, 3D Atau 4D? Ada Bezanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Perkara yang paling mengujakan ibu mengandung adalah saat untuk melakukan scan bayi. Tetapi adakah prosedur imbasan ultrabunyi selamat untuk dilakukan?

Prosedur scan bayi

Tahap keselamatan saat melakukan scan bayi atau prosedur imbasan ultrabunyi (ultrasound) merupakan antara kebimbangan biasa bagi kebanyakan ibu bapa. 

Ramai bakal ibu dan bapa berasa ragu tentang idea untuk melakukan imbasan tersebut kerana khuatir ia boleh memberikan kesan buruk kepada ibu mengandung atau bayi.

Berita baiknya, dalam tempoh kajian dan penyelidikan selama 30 tahun, proses scan bayi didapati tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat sama ada kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Seperti namanya, ultrabunyi, teknologi yang digunakan adalah bergantung kepada gelombang suara digunakan pada kadar intensiti yang selamat untuk tujuan pengimbasan kehamilan

Adakah teknologi scan 4D selamat untuk digunakan?

Selaras dengan kemajuan teknologi, proses scan bayi juga ditingkatkan daripada 2D kepada 4D.

Pun begitu, terdapat sebilangan individu beranggapan bahawa scan 4D mesti menggunakan kadar intensiti yang lebih tinggi berbanding proses imbasan ultrabunyi 2D.

Pastinya ramai bakal ibu dan bapa khuatir mengenai kesan sampingan peralatan pengimbasan 4D.

Walau bagaimanapun, scan 4D telah dibuktikan sebagai 1 prosedur yang selamat sepenuhnya bagi ibu hamil dan kandungan. 

Scan 4D yang dilakukan beroperasi pada tahap intensiti yang sama dengan peralatan scan 2D. 

Ia akan memancarkan gelombang bunyi ke dalam badan dan menghasilkan gambar berdasarkan gema yang didengar. 

Hakikatnya teknologi imbasan ultrabunyi mempunyai banyak persamaan dengan radar. 

scan 4D

Umumnya, jika anda melakukan scan bayi, tidak kiralah scan 2D, scan 3D mahupun scan 4D, prosedur tersebut tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi dan biasanya tidak akan menyakitkan mereka.

Kajian mencadangkan bahawa kaedah imbasan scan 4D adalah selamat untuk dilakukan.

Di samping itu, gambar yang terhasil dapat membantu doktor untuk mengetahui jika wujud sebarang kesan pada bayi dan memudahkan mereka untuk menjelaskannya.

Kebanyakan doktor lebih gemar melakukan imbasan ultrabunyi 4D kepada ibu mengandung kerana proses tersebut dapat menunjukkan sebarang masalah kepada bayi.

Antaranya seperti kecacatan kelahiran tertentu melibatkan sumbing pada lelangit yang tidak mungkin dapat dikesan pada prosedur imbasan standard.

Perbezaan scan bayi: 2D, 3D dan 4D

Imbasan ultrabunyi dapat menunjukkan perkembangan janin dalam kandungan melalui gambar. Ia membantu mendiagnosis jangkitan, pembengkakan dan penyebab rasa sakit pada ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, seiring dengan kemahuan teknologi pada masa kini, klinik kehamilan dapat menawarkan pelbagai teknik ultrasound yang berbeza.

Sementara teknik imbasan 2D memberikan gambaran bayi yang kelabu dan kabur, ultrabunyi 3D dan 4D menawarkan gambaran bayi yang lebih baik dan realistik.

2D, 3D, 4D: Pilihan terbaik ibu mengandung

Teknik imbasan 2D, menghasilkan gambar yang terdiri daripada garis besar badan dan gambar organ dalaman yang kabur.

ibu mengandung

Secara tidak langsung, ia menyebabkan kebanyakan bakal ibu dan bapa berasa tidak berpuas hati.

Seperti namanya, scan 3D memberikan gambaran 3 dimensi. Dalam 3 dimensi ultrabunyi, anda akan dapat melihat kulit, jantina dan bentuk wajah si manja dalam kandungan.

Satu-satunya perbezaan antara scan 3D dan scan 4D adalah teknik imbasan ultrabunyi 4D membolehkan ibu mengandung mengetahui waktu jangkaan bersalin

Maka, pastinya teknik scan bayi 4D paling maju dapat memberikan parents untuk melihat bayi yang bergerak.

Tip untuk scan bayi

Berikut beberapa perkara yang disarankan untuk ibu mengandung lakukan sebelum menjalani prosedur imbasan ultrabunyi bagi membantu mendapatkan gambar terbaik:

  1. Waktu sesuai

Biasanya jantina bayi dapat ditentukan secara tepat selepas 16 minggu tempoh kehamilan. Pada minggu ke 24 hingga 26, anda mungkin boleh melihat ciri wajah bayi dengan lebih jelas. 

Jika mengandung bayi kembar, ini masa yang terbaik untuk mendapatkan gambar scan 3D bayi.

Sekiranya anda hanya mahu melakukan 1 imbasan, tempoh antara minggu ke 27 hingga 32 adalah yang terbaik. 

Manakala pada minggu 33 hingga 37, mungkin akan sedikit mencabar apabila bayi semakin membesar. ruang dalam kandungan yang sempit menyukarkan untuk menangkap wajah si manja. 

  1. Perbanyakkan minum air

Semakin dekat dengan hari untuk melakukan imbasan, anda dinasihatkan untuk banyak minum air. Ia dapat membantu menentukan kualiti gambar yang akan diperolehi.

Minum air akan dapat meningkatkan kualiti dan kejernihan air ketuban yang dianggap sebagai ‘tingkap’ untuk melihat bayi.

Semakin jelas tingkap, maka gambar yang diambil akan semakin baik.

ibu mengandung

  1. Makan 

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil makanan ringan seperti roti sandwic, salad atau semangkuk pasta, dalam tempoh 45 minit hingga sejam sebelum scan bayi dilakukan.

Ia akan menjadikan bayi lebih aktif untuk bergerak.

  1. Jus buah

Meminum jus buah seperti oren atau epal juga membuatkan bayi semakin aktif bergerak. Gula semula jadi dalam jus akan memberikan tempoh aktif yang lebih lama. 

Cubalah minum segelas jus 30 minit sebelum temu janji anda. 

  1. Pakai pakaian longgar

Ibu mengandung disarankan untuk berpakaian longgar dan memilih memakai seluar. 

Ia membantu memberikan keselesaan sepanjang tempoh 15 hingga 30 minit prosedur imbasan ultrabunyi dilakukan. 

https://www.questionpro.com/t/AQG9BZhrqY

Tidak salah untuk melakukannya…

Tiada kata dapat menggambarkan keterujaan dan kegembiraan bakal ibu dan bapa saat melihat wajah si kecil buat pertama kalinya semasa scan bayi dilakukan. 

Tidak kiralah 2D, 3D atau 4D, imbasan ultrabunyi adalah 1 inovasi terbesar dan terbaik dalam teknologi berkaitan kesuburan dan kehamilan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Mengapa Ibu Hamil Senang Alami Mood Swings? Ada Kaitan Dengan 7 Hormon Ini!

Mood swings dengan ibu mengandung ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan. Tetapi perubahan hormon apakah yang menjadi punca kepada keadaan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
koyakan faraj

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
urat simpul

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan