
Anda mungkin penat, rasa kembung dan tidak selesa ataupun sudah lambat untuk pergi kerja namun dengan hanya beberapa minit sahaja, tips-tips berhias pintar ini akan menyebabkan anda kelihatan cantik dan bersinar sepanjang hari.
Warna gangsa yang lebih menawan
Alihkan perhatian orang lain terhadap wajah anda yang kusam itu kepada kulit anda yang bersinar keperangan. Dengan sedikit sapuan higlighter berwarna gangsa, rupa sepucat mana pun akan kembali bersinar dan cantik. Sapukan sedikit pada bahagian atas pipi, sedikit di dahi dan dagu dan secuit di hidung. Dengan berhati-hati, sapu lebihan menggunakan berus untuk mengelakkan mekap anda tenggelam.
Helah yang membuka mata
Kehamilan membawa sinar semula jadi kepada mata anda. Anda hanya perlu melengkapkannya dengan mekap yang mudah dan segara untuk dipakai. Untuk menampakan lagi mata yang cantik dan menawan itu, guna pensil mata pada bahagian atasa bulu mata anda. Pilih pensil yang tebal supaya anda tidak perlu terlalu berhati-hati dan tepat dan gunakan yang ada sedikit pengerlap untuk menambah keseksian mata. Tint bulu mata akan menggariskan bentuk mata anda dengan cepat tanpa perlu anda membuang masa mencari maskara namun uji terlebih dahulu pada bahagian kulit yang lain kerana kulit anda menjadi lebih sensitif ketika mengandung. Ataupun, gunakan penggulung bulu mata untuk menampakan seri wajah.
Naikkan bibir anda
Tiada apa yang lebih menonjolkan selain gincu bibir yang baru. Formula tahan lama membolehkan anda tidak perlu untuk touch-up dari semasa ke semasa. Warna gincu yang sesuai akan menonjolkan wajah anda secara semula jadi. Pilih warna yang sesuai dengan tona kulit anda, lazimnya satu atau dua letau lebih gelap berbanding warna semula jadi bibir anda tapi jangan risau untuk mencuba warna merah menyala untuk saat menonjol anda.
Sentuhan ringkas untuk wajah anda
Untuk menyegarkan semula kulit anda dengan cepat, cuba pengabus wajah berwangian. Ianya kan mengurangkan wajah anda daripada kelihatan kembung, menenangkan kulit sensitif dan menyegarkan semula mekap anda. Pejamkan mata anda dan semburkan beberapa kali pada jarak sekitar 25cm daripada wajah anda. Simpan dalam botol kecil supaya anda boleh bawa ke mana-mana dalam beg anda bila anda rasa perlu. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk untuk digunakan pada musim panas.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Peningkatan dalam bilangan remaja mengandung di Malaysia
- Pengambilan anak angkat di Malaysia
- Jika anak anda dirogol
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: