backup og meta

Tip Mengendalikan Asma semasa Hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    Tip Mengendalikan Asma semasa Hamil

    Asma ataupun penyakit lelah adalah keadaan kesihatan yang melibatkan paru-paru. Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa, tetapi, jika wanita hamil mengalaminya, asma boleh mengakibatkan komplikasi serius.

    Mengapa asma semasa hamil perlu dibimbangkan?

    Disebabkan asma ialah keadaan kronik, anda lebih cenderung mendapatnya sebelum hamil. Jika anda sudah boleh mengawal simptom asma sebelum kehamilan, terdapat sedikit risiko komplikasi berkaitan asma. Walau bagaimanapun, jika anda masih belum boleh mengawal simptom asma anda, anda berisiko tinggi mendapat pelbagai masalah semasa kehamilan nanti, termasuklah:

    • Mabuk hamil
    • Pendarahan pada faraj
    • Pre-eklampsia
    • Tumbesaran janin terhalang
    • Kelahiran rumit
    • Kelahiran pramatang
    • Berat badan semasa lahir rendah

    Dalam kes-kes teruk, nyawa kandungan bayi anda dalam bahaya.

    Adakah kehamilan menjadikan asma semakin buruk?  

    Asma ialah keadaan yang agak biasa. Semasa kehamilan, asma boleh mengurangkan jumlah pengambilan oksigen untuk paru-paru anda dan juga bayi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna yang anda akan mengalami kesukaran kehamilan disebabkan asma. Jika anda telah mendapat asma sebelum hamil, anda boleh lebih mengawal simptom yang muncul dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku serangan asma. Sebilangan wanita hamil mengalaminya semasa kehamilan. Sesetengah wanita pula mendapat asma semasa hamil sedangkan mereka tidak pernah mengalaminya sebelum itu.

    Rawatan asma semasa hamil adalah dianggap selamat. Ingatlah bahawa adalah lebih selamat lagi untuk merawat simptom dengan perubatan berbanding membiarkannya tidak dirawat semasa kehamilan. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan paling selamat untuk anda ambil.

    Selamatkah jika saya mendapatkan ubat asma semasa hamil? 

    Semasa hamil, setiap ubat yang anda ambil boleh memberi kesan kepada bayi anda. Kebanyakan perubatan asma adalah selamat digunakan semasa tempoh kehamilan. Namun, terdapat beberapa kebimbangan dinyatakan mengenai penggunaan glucocorticoids sistemik semasa hamil, kerana ia dikaitkan dengan peningkatan risiko klef mulut bayi, kelahiran pramatang, berat badan semasa lahir rendah, dan pre-eklampsia.

    Perlu dinyatakan bahawa adalah lebih selamat jika anda mengambil ubat untuk mengawal asma berbanding membiarkannya tidak dirawat dan memberikan risiko serangan asma. Semasa serangan berlaku, tubuh anda akan mengalami kurang oksigen, yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

    Jika anda mengalami simptom asma semasa hamil, bercakaplah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Ingatlah untuk mengikuti preskripsi yang diberikan doktor dan menghabiskan dos anda.  Jangan menukar ubat sendiri. Anda mungkin perlu berulang-alik berjumpa doktor bagi memantau simptom dan menyesuaikan dos dengan sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan