Nak Berasmara Semasa Hamil, Ini 4 Posisi Seks Yang Sesuai Ketika Mengandung, Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

“Alamak, aku mengandung ke? Bagaimana dengan kehidupan seks aku dengan si suami nanti”?, fikir Nabila dalam hati. Sebenarnya, kegusaran seperti yang dirasakan ini tidak perlu timbul jika anda dan pasangan tahu cara untuk berasmara dengan betul dan selamat ketika perut anda sedang memboyot. Nak tahu posisi seks ketika hamil yang anda dan pasangan boleh cuba? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

Boleh atau tidak melakukan seks ketika hamil?

Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa boleh atau tidak melakukan seks semasa mengandung. Sebenarnya, tiada sebarang alasan yang kukuh untuk anda dan pasangan tidak melakukan hubungan seks ketika hamil melainkan doktor atau bidan melarang jika anda kondisi yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Aleece Fosnight, kaunselor seks dari Amerika, seks semasa mengandung sebenarnya bagus untuk wanita! Ini kerana orgasma yang berjaya dicapai oleh wanita akan menyebabkan tubuh badan mengeluarkan hormon dan melancarkan aliran darah sistem kardiovaskular mereka. Ini sekali gus memberi manfaat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

seks ketika hamil

Posisi seks ketika hamil yang anda boleh cuba!

Semasa hamil, tiada apa yang menghalang anda dan suami daripada berhubungan. Menurut ramai pakar, seks ketika hamil adalah dibolehkan malahan digalakkan. Ini kerana wanita seharusnya lebih banyak bergerak untuk memudahkan proses kelahiran kelak. Jadi, apa lagi yang anda tunggu?

Dalam pada itu, ada beberapa posisi yang boleh anda dan pasangan pertimbangkan untuk melancarkan perjalanan hubungan seks anda. Posisi berikut termasuklah:

#1. Missionary

Ini adalah posisi seks ketika hamil yang selalu diaplikasikan oleh setiap pasangan suami isteri sama ada sedang mengandung atau tidak. Cara melakukannya adalah mudah sahaja. Isteri perlu berbaring menelentang dan suami pula perlu berada di atasnya seakan menindih dan memasukkan zakar ke dalam faraj untuk proses penetrasi.

Pun begitu, anda perlu ingat untuk melakukan posisi ini hanya semasa trimester pertama sahaja, ya? Ini kerana semasa trimester kedua dan ketiga, rahim yang semakin membesar akan menekan pembuluh darah utama sekali gus menyekat aliran darah kepada bayi. Bukan itu sahaja, berat badan si suami yang berada di atas sudah pasti akan membuat isteri keletihan.

#2. Doggy style

Ya, mungkin posisi seks ketika hamil ini akan menyebabkan anda dan pasangan tidak saling bertentang mata semasa hubungan kelamin. Namun, jangan risau kerana ia tidak akan sekali mengurangkan keintiman sesama anda. Posisi ini sebenarnya juga sangat selamat untuk dilakukan walaupun ketika perut anda sedang memboyot.

Cara untuk melakukan hubungan seks dengan posisi ini adalah wanita perlu menonggeng dengan lutut dan sikunya direhatkan, dan suami melakukan penetrasi dari belakang. Posisi ini bukan sahaja selamat, namun ia juga boleh menyebabkan suami memasukkan zakar ke dalam faraj lebih dalam. Untuk lebih selamat, lakukan penetrasi dengan ritma yang relaks, ya? 

#3. Sponning

Apa yang paling penting semasa hubungan seks semasa hamil adalah posisi yang tidak memberi tekanan pada perut wanita. Jadi, posisi ini adalah yang paling bagus untuk anda. Bagaimanakah caranya? Senang sahaja. Wanita hanya perlu berbaring ke sisi dan suami berbaring di belakangnya sambil melakukan penetrasi. Mudah dan selesa, bukan?

#4. Woman on top

Selain itu, ada satu lagi posisi yang tidak akan memberi tekanan kepada wanita iaitu posisi wanita di atas. Caranya, suami hanya perlu berbaring dan membiarkan sahaja isteri ‘bekerja’. Posisi ini membolehkan wanita dengan perut yang boyot untuk mengawal sendiri ritma penetrasi. Ia juga sudah pasti lebih romantik kerana anda boleh melihat mata masing-masing.

Normal atau tidak rasa sakit ketika seks semasa hamil?

Mungkin bagi sesetengah wanita, hubungan intim semasa hamil adalah perkara yang biasa dan tidak mendatangkan rasa yang luar biasa. Namun, ada sesetengah wanita yang akan mengalami rasa sakit ketika melakukannya. Adakah ini normal?

Semasa hamil, ada beberapa bahagian tubuh badan wanita yang akan menjadi sedikit sensitif. Antara bahagian tersebut adalah puting payudara dan alat kemaluan. Apabila disentuh atau dirangsang, bahagian yang sensitif ini mungkin akan berasa sedikit sakit.

Apakah punca tahap sensitif ini? Ia adalah disebabkan oleh pengaliran darah dan hormon yang akan membuat bahagian seperti puting dan faraj. Jadi, ia mungkin perkara yang normal. Namun, anda tidak perlu memaksa pasangan anda melakukan seks jika ia menyiksakan.

Sebaliknya, gunakan posisi seks ketika hamil yang mungkin tidak akan mendatangkan rasa sakit yang teramat. Sebaiknya, anda perlu duduk berbincang bersama pasangan anda tentang kehidupan seks anda semasa hamil.

Boleh atau tidak seks semasa hamil menyebabkan keguguran?

Ada satu mitos yang sangat membelenggu kehidupan pasangan suami isteri. Mitos tersebut adalah hubungan kelamin semasa hamil akan menyebabkan keguguran! Adakah ini benar? Sebenarnya, ia adalah sekadar mitos semata-mata.

Menurut kajian yang dilakukan Canadian Medical Association Journal (CMAJ), seks semasa mengandung tidak akan menyebabkan keguguran. Jadi, jangan risau, ya? Anda dan pasangan masih boleh berasmara ketika isteri mengandung tanpa bimbang dengan risiko keguguran.

Bila anda perlu elak seks semasa hamil?

Pun begitu, ada ketika anda dan pasangan perlu elak daripada melakukan hubungan intim. Anda diingatkan untuk mengelakkan seks semasa hamil jika berlaku beberapa perkara berikut:

  • Berlaku pendarahan yang tidak diketahui punca pada faraj
  • Berlaku kebocoran pada air ketuban anda
  • Serviks anda mula terbuka secara tiba-tiba (cervical incompetence)
  • Plasenta anda mula menutupi bahagian bukaan serviks (placenta previa)
  • Anda pernah ada sejarah kelahiran pramatang

Konklusi

Konklusinya, tiada apa yang patut anda risaukan. Seks masih boleh dilakukan cuma anda perlu pastikan posisi seks ketika hamil ini adalah betul dan selamat, seperti yang telah dinyatakan oleh artikel. Pun begitu, ia hanya satu panduan semata-mata. 

Sebaiknya, anda dan pasangan duduk berbincang bersama terlebih dahulu. Atau untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat doktor atau bidan. Jadi, Nabila tidak lagi perlu risau tentang keperluan dan kemahuan suaminya jika dia hamil sekali lagi nanti, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

    Pernah tak anda lakukan benda bodoh hanya sebab anda ingin ‘beraksi’ dengan pasangan? Usaha untuk menangani nafsu seks sememangnya sukar...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

    Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

    Bertukar-tukar posisi seks boleh menjadi antara cara untuk menghangatkan aktiviti di ranjang anda! Tapi hati-hati, kerana ia juga boleh sebabkan kecederaan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cincin zakar

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    IUD terkeluar seks kasar

    Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan