Persiapan Ramadan untuk Ibu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramadan dan wanita hamil

Kajian menunjukkan bahawa 75% wanita Muslim yang hamil di seluruh dunia mengambil keputusan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Bagaimanapun, cara berpuasa mereka mungkin berbeza antara satu sama lain.

Wanita hamil dibenarkan untuk memilih tidak berpuasa atas syarat-syarat tertentu terutamanya jika mungkin membawa kemudaratan kepada wanita tersebut. Ahli keluarga, doktor, bidan atau ahli agama boleh membantu anda membuat keputusan yang sesuai.

Bagaimana bersiap sedia untuk Ramadan 

Rancang bulan puasa anda untuk memudahkan urusan

Bincang dengan pakar bidan anda. Mereka boleh memeriksa kesihatan anda dan memastikan tiada komplikasi berlaku sewaktu puasa. Komplikasi ini termasuklah diabetes (diabetes gestasi) atau anemia. Sewaktu bulan Ramadan, anda patut menjalani pemeriksaan lebih kerap untuk memastikan kandungan gula dalam darah terkawal. Diabetes sebelum kehamilan menjadi lebih teruk sewaktu puasa.

Ubah gaya makan anda, terutamanya tentang minuman yang anda ambil. Jika anda menggemari minuman berkafein seperti kopi, teh, dan kola, elakkan minuman tersebut semampu boleh sebelum berpuasa. Ini boleh mengurangkan kesan pening kepala apabila berhenti pengambilan. Had pengambilan kafein untuk wanita hamil adalah 200mg sehari. Coklat dan teh hijau juga perlu diambil kira kerana turut mengandungi kafein juga.

Minta pertimbangan majikan anda sewaktu Ramadan. Majikan anda mungkin akan mengurangkan beban kerja anda atau memberikan lebih banyak waktu rehat.

Rujuk pakar kesihatan untuk keperluan pemakanan anda.

Buat jurnal pemakanan untuk merekodkan makanan dan minuman yang anda ambil.

Beli barang dapur sebelum bulan puasa.

Apa tanda amaran yang patut anda awasi?

Anda patut mendapatkan bantuan pakar kesihatan jika:

Anda mempunyai masalah dengan berat badan anda,  sama ada pertambahan berat badan yang tidak mencukupi (tidak bertambah berat badan) atau penurunan berat badan. Ini bermakna anda perlu mengawasi berat badan anda sewaktu berpuasa.

Anda mempunyai masalah dengan air kencing anda. Ini termasuklah haus berlebihan, kurang kencing, air kencing berwarna gelap atau berbau aneh. Ini merupakan tanda dehidrasi yang boleh membawa kepada jangkitan saluran kencing (UTI) atau isu kesihatan lain.

Anda merasa sakit dan suhu badan meningkat.

Anda merasa loya dan mula muntah.

Apa tanda kecemasan?

Bantuan kecemasan diperlukan segera jika:

Pergerakan bayi anda bukan seperti kebiasaaan. Contohnya, tidak bergerak aktif seperti biasa.

Anda mengalami rasa sakit seperti sakit kontraksi. Ini mungkin petanda kelahiran pramatang.

Anda mula berasa pening, lemah atau penat walaupun sudah mendapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda mengalami simptom ini, berhenti berpuasa, minum air campuran gula dan garam. Atau, oral rehydration solutions seperti Dioralyte boleh membantu. Setelah itu, minta bantuan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

    Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 23/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

    Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Kehamilan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    aktiviti bersukan

    Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    sakit perut bawah

    Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya virus influenza

    Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan