Terdapat ramai wanita berdepan situasi tidur berkeringat atau badan kehangatan secara tiba-tiba selepas bersalin. Apakah sebenarnya keadaan tersebut dan adakah cara mengatasi keringat malam yang dialami itu?
Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai situasi yang perlu dihadapi ibu selepas melahirkan anak ini.
Untuk lebih banyak info tentang Kehamilan, dapatkannya di sini.
Tidur berkeringat, mengapa ia terjadi?
Tubuh anda mengalami perubahan luar biasa semasa tempoh kehamilan.
Selepas bayi dilahirkan, ada beberapa perkara yang tidak akan kembali kepada keadaan asal atau mungkin mengambil sedikit masa.
Anda mungkin mengalami perubahan fizikal dan emosi yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Antaranya:
- Kesakitan pada faraj dan keputihan
- Pengecutan rahim
- Inkontinen urin
- Masalah usus
- Rasa sakit dan bengkak pada payudara
- Perubahan keadaan kulit dan rambut
- Perubahan mood dan kemurungan
- Penurunan berat
Pernahkah anda bangun di tengah malam dalam keadaan tidur berkeringat sehingga baju basah?
Selain daripada perubahan yang dinyatakan di atas, anda juga mungkin berdepan situasi tidur berpeluh waktu malam selepas bersalin (postpartum night sweats) atau hangat memerah (hot flashes).
Punca di sebalik tidur berkeringat waktu malam
Sebelum mengetahui cara mengatasi keringat malam itu, ayuh kita bongkar faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa anda mengalami masalah tidur berpeluh.
Umumnya, berpeluh pada waktu malam boleh berlaku kerana beberapa sebab.
Ada kalanya, bangun dalam keadaan panas dan berpeluh tidak dianggap sebagai ‘berpeluh malam’.
Sebaliknya, ia mungkin berlaku kerana anda berselubung dengan kain selimut yang tebal dan ditambah cuaca panas.
Seorang wanita selepas bersalin yang mengalami masalah postpartum night sweats ini boleh berdepan situasi berpeluh secara berlebihan pada waktu siang atau malam.
Masalah peluh malam selepas bersalin selalunya disebabkan oleh penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron.
Tubuh memerlukan kedua-dua hormon ini pada tahap yang tinggi semasa berbadan dua, tetapi tidak lagi selepas kelahiran anak.
Biasanya tubuh memerlukan tempoh masa beberapa minggu setelah melahirkan bayi untuk tahap kedua-dua hormon ini kembali kepada keadaan sebelum hamil.
Perubahan inilah yang mempengaruhi suhu badan anda pada waktu malam dan membuatkan tubuh berpeluh.
Tanda-tanda mengalami peluh malam
Anda boleh mengenal pasti dengan mudah sekiranya mengalami masalah peluh malam ini selepas bersalin.
Simptom paling jelas adalah anda berpeluh pada waktu malam semasa tidur.
Anda juga berdepan situasi seperti:
- Bau badan kuat
- Kerap terjaga
- Tubuh berasa basah atau lencun
- Kerengsaan
- Penat
Baca juga: