Lobak merah, antara sayur dalam pantang terbaik
Lobak merah yang mengandungi kalium, vitamin A, vitamin B6 dan vitamin C ini terkenal kerana kebaikannya untuk fungsi mata.
Tetapi buat ibu selepas bersalin, sayuran ini sangat sesuai dijadikan menu makanan berpantang kerana ia dipercayai membantu mengurangkan nafsu makan. Kesannya, ia membolehkan berlakunya penurunan berat badan.
Pengambilan sayuran ini juga membantu meningkatkan tahap beta-karotena ibu dan susu badan. Selain itu pendedahan rasa lobak dalam susu ibu boleh meningkatkan penerimaan lobak merah oleh si kecil apabila mereka mula mengambil makanan pejal.
Lobak juga dianggap sesuai sebagai sayur untuk ibu berpantang caesar kerana ia membantu membaiki tisu yang rosak dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
Peria
Peria amat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana membantu memudahkan proses pengerakan usus – buang air besar – sekali gus mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit.
Sayur ini juga berfungsi membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Peria juga dipercayai menyebabkan rahim mengecut lebih banyak dan ini baik untuk mengeluarkan lochia – darah nifas.

Brokoli
Seperti lobak merah, sayur ini turut menawarkan manfaat kepada kesihatan mata kerana kandungan lutein dan vitamin A.
Mempunyai kandungan serat yang tinggi, brokoli sangat bagus diambil sebagai sayur untuk ibu berpantang yang berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau sembelit.
Kandungan kalium dan magnesium di dalam sayur ini turut berfungsi mengawal tekanan darah.
Sayur untuk ibu berpantang #Lobak putih
Bila menyebut lobak, automatik mesti terbayang lobak merah, betul tak? Tetapi lobak putih juga sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan.
Selain meningkatkan sistem imun, melegakan sakit perut dan sembelit, lobak putih amat digalakkan untuk diambil semasa tempoh berpantang kerana ia menggalakkan penghasilan susu badan.
Kebaikan lain lobak putih ini adalah dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas.

Akhir kata
Seperti yang penulis sebutkan pada awal tadi, tidak kira apa pun sayuran yang diambil, ia sebenarnya bergantung kepada tindak balas tubuh anda.
Misalnya walaupun brokoli mungkin memberikan manfaat dan bagus sebagai sayur untuk ibu berpantang tetapi sekiranya ia menyebabkan ketidakselesaan seperti perut kembung atau berangin, sebaiknya pilihlah sayuran lain.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen