backup og meta

Idea Makanan Berpantang, Ini 7 Jenis Sayur Baik Untuk Ibu Baru Bersalin & Baby

Idea Makanan Berpantang, Ini 7 Jenis Sayur Baik Untuk Ibu Baru Bersalin & Baby

Apakah jenis sayur untuk ibu berpantang yang amat disarankan untuk wanita selepas bersalin?

Umumnya, tempoh berpantang adalah masa untuk memulihkan badan dan kesihatan. Jadi, amat penting untuk ibu mendapatkan rehat dan makan makanan yang seimbang.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui jenis sayur dalam pantang yang boleh diambil. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Diet ketika berpantang

Dalam merancang diet berpantang selepas bersalin, ia biasanya melibatkan matlamat utama seperti:

  • Untuk kembali kepada berat sebelum kehamilan
  • Membekalkan nutrisi terbaik buat bayi baru lahir
  • Mendapatkan nutrisi mencukupi bagi mengembalikan tenaga yang hilang

Seperkara yang mungkin ramai terlepas pandang, secara hakikatnya diet selepas bersalin adalah tidak jauh berbeza dengan pemakanan sihat harian.

  • Susu rendah lemak atau tanpa lemak seperti yogurt, susu, keju dan telur
  • Protein tanpa lemak atau rendah lemak termasuk ikan, ayam, tauhu, kekacang, bijian, lentil dan daging lembu tanpa lemak
  • Bijirin penuh seperti oat, quinoa, beras perang dan roti gandum
  • Buah-buahan seperti sitrus, beri, mangga, tembikai, epal dan pisang
  • Sayur-sayuran termasuklah sayuran berdaun seperti sawi

Dengan cara ini, anda akan mendapat semua vitamin dan mineral yang ada dalam kumpulan makanan berbeza, yang mungkin tidak ada pada kumpulan makanan lain.

Tetapi apakah sayur dalam pantang yang boleh diambil ya? 

Sayur untuk ibu berpantang

Berikut merupakan antara sayuran yang baik untuk ibu selepas bersalin:

Kangkung

Mungkin anda pernah mendengar bahawa kangkung tidak boleh dimakan semasa berpantang kerana boleh menyebabkan badan berangin?

Namun sebenarnya, ia bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Ini kerana reaksi tindak balas setiap individu adalah berbeza.

Ini bermakna, anda boleh makan sayur kangkung ketika berpantang. Malahan pengambilan kangkung dikatakan boleh membantu pengeluaran susu ibu dengan berkesan.

Selain itu kandungan zat besi dalam kangkung turut boleh membantu menambah kekuatan dan mencegah anemia selepas bersalin.

Bayam, salah satu sayur untuk ibu berpantang

sayur untuk ibu berpantang
Sayur bayam kaya dengan vitamin.

Sayuran berdaun hijau seperti bayam amat bagus dimasukkan dalam diet selepas bersalin.

Ini kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta tinggi vitamin B. Bahkan sayur bayam untuk ibu berpantang ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai hidangan wajib ada.

Ia juga mengandungi antioksidan, serat, zat besi, magnesium, kalium dan kalsium. Bayam merupakan sayuran antiradang yang kaya dengan zat besi dan berfungsi membantu mengurangkan gula dalam darah.

Tomato untuk ibu berpantang?

Berfungsi membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Tomato untuk ibu berpantang adalah sumber makanan utama likopena antioksidan – yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Di samping itu, tomato juga dapat mengurangkan tanda regangan (stretch marks) serta pigmentasi. 

Kandungan air yang tinggi dalam tomato bersama serat amat bagus untuk membantu mencegah sembelit – antara isu penghadaman sering dialami wanita selepas bersalin.

Lobak merah, antara sayur dalam pantang terbaik

Lobak merah yang mengandungi kalium, vitamin A, vitamin B6 dan vitamin C ini terkenal kerana kebaikannya untuk fungsi mata. 

Tetapi buat ibu selepas bersalin, sayuran ini sangat sesuai dijadikan menu makanan berpantang kerana ia dipercayai membantu mengurangkan nafsu makan. Kesannya, ia membolehkan berlakunya penurunan berat badan.

Pengambilan sayuran ini juga membantu meningkatkan tahap beta-karotena ibu dan susu badan. Selain itu pendedahan rasa lobak dalam susu ibu boleh meningkatkan penerimaan lobak merah oleh si kecil apabila mereka mula mengambil makanan pejal.

Lobak juga dianggap sesuai sebagai sayur untuk ibu berpantang caesar kerana ia membantu membaiki tisu yang rosak dengan menggalakkan penghasilan kolagen. 

Sayur peria untuk ibu berpantang juga?

Peria amat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana membantu memudahkan proses pengerakan usus – buang air besar – sekali gus mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit.

Sayur ini juga berfungsi membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Peria juga dipercayai menyebabkan rahim mengecut lebih banyak dan ini baik untuk mengeluarkan lochia – darah nifas.

Jadi, sayur peria untuk ibu berpantang sangat bagus.

sayur untuk ibu berpantang
Antara tanda nifas berbahaya selepas bersalin.

Brokoli

Seperti lobak merah, sayur ini turut menawarkan manfaat kepada kesihatan mata kerana kandungan lutein dan vitamin A.

Mempunyai kandungan serat yang tinggi, brokoli sangat bagus diambil sebagai sayur untuk ibu berpantang yang berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau sembelit.

Kandungan kalium dan magnesium di dalam sayur ini turut berfungsi mengawal tekanan darah.

Sayur untuk ibu berpantang #Lobak putih

Bila menyebut lobak, automatik mesti terbayang lobak merah, betul tak? Tetapi lobak putih juga sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Selain meningkatkan sistem imun, melegakan sakit perut dan sembelit, lobak putih amat digalakkan untuk diambil semasa tempoh berpantang kerana ia menggalakkan penghasilan susu badan.

Kebaikan lain lobak putih ini adalah dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas.

sayur untuk ibu berpantang
Lobak putih enak dibuat sup atau masak air.

Kesimpulan

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang sayur untuk ibu berpantang, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Reasons Why You Should Be Eating More Tomatoes. https://www.floridatomatoes.org/news-events/10-reasons-why-you-should-be-eating-more-tomatoes/, Accessed on Oct 24, 2022.
  2. Carrot Juice For Post Partum Mother: An Introduction To Vegetable Consumption. https://journal-aipkind.or.id/index.php/seajom/article/view/122, Accessed on Oct 24, 2022.
  3. Bitter Melon. https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/hn-2043009, Accessed on Oct 24, 2022.
  4. The New Mother: Taking Care of Yourself After Birth. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/health-library/the-new-mother-taking-care-of-yourself-after-birth. Accessed on Oct 24, 2022.
  5. Tovar, A., Kaar, J. L., McCurdy, K., Field, A. E., Dabelea, D., & Vadiveloo, M. (2019). Maternal vegetable intake during and after pregnancy. BMC pregnancy and childbirth, 19(1), 267. https://doi.org/10.1186/s12884-019-2353-0. Accessed on Oct 24, 2022.

Versi Terbaru

11/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan