backup og meta

Ibu Mengandung Keluar Banyak Keputihan? Ikut 3 Tip Ini Elak Jangkitan Masa Hamil!

Ibu Mengandung Keluar Banyak Keputihan? Ikut 3 Tip Ini Elak Jangkitan Masa Hamil!

Fasa mengandung adalah satu tempoh yang paling membimbangkan seseorang wanita terutama sekali jika berlaku sebarang perkara atau perubahan pada tubuh semasa hamil. Salah satunya adalah keputihan semasa mengandung, adakah ia normal berlaku kepada ibu hamil

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Keputihan semasa mengandung adalah perkara biasa

Ramai wanita mengalami keputihan semasa hamil trimester pertama, keputihan semasa hamil trimester kedua atau keputihan semasa hamil trimester ketiga, tetapi ramai yang masih tidak pasti apakah ia yang sebenarnya. 

Untuk pengetahuan anda, keputihan atau cecair keputihan yang dihasilkan daripada kelenjar dalam vagina dan serviks akan membawa keluar sel-sel mati dan bakteria daripada tubuh. Ini bertujuan bagi memastikan kebersihan vagina anda selain mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

Keputihan semasa mengandung yang normal juga disebut sebagai leukorrhea dan sifatnya adalah cair, putih dan mempunyai bau yang ringan. 

Menurut Dr. Sheryl Ross yang berkhidmat di Providence Saint John’s Health Center, California, salah satu petanda jika seseorang wanita itu hamil adalah berlakunya peningkatan cecair keputihan dan ia akan berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

Tanda keputihan semasa hamil ini akan berlaku boleh bermula seawal seminggu atau dua minggu selepas konsepsi, bahkan sebelum anda berhenti mengalami haid.

Seiring dengan fasa kehamilan, keputihan yang berlaku akan menjadi lebih jelas atau ketara, dan ia akan menjadi lebih ketara pada fasa akhir kehamilan anda.

keputihan semasa mengandung
Keputihan ketika hamil yang teruk.

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, anda akan mendapati keputihan anda mengandungi lendir yang pekat dengan beberapa garis darah yang disebut sebagai “show”. Ini adalah tanda awal untuk melahirkan anak dan anda tidak perlu risau jika ia berlaku.

Apakah yang menyebabkan perubahan pada keputihan semasa mengandung?

Pengeluaran cecair keputihan akan menjadi surut dan naik di sepanjang kitaran haid seseorang wanita yang disebabkan oleh faktor turun naik tahap hormon tubuh.

Apabila anda hamil, hormon akan turut memainkan peranannya dalam sebarang perubahan pada keputihan yang berlaku. Selain itu, perubahan pada bahagian serviks semasa kehamilan turut memberi kesan terhadap keputihan.

Apabila bahagian serviks dan dinding menjadi lembut, tubuh akan menghasilkan lebih banyak cecair keputihan semasa mengandung bagi membantu mengelakkan sebarang jangkitan.

Kepala bayi anda juga akan mula menekan bahagian serviks apabila saat kelahiran hampir tiba, yang juga menyebabkan peningkatan penghasilan keputihan. 

Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

keputihan semasa mengandung
Bahaya jika ibu hamil ada keputihan.

Jika anda menyedari sebarang perubahan yang tidak normal terhadap keputihan anda, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

Ini kerana mungkin berlakunya tanda-tanda jangkitan atau masalah yang berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut merupakan antara tanda-tanda keputihan semasa mengandung yang tidak normal:

  • Berwarna kuning, hijau atau kelabu
  • Mempunyai bau yang kuat dan busuk
  • Mengalami kegatalan, kemerahan atau pembengkakan vulvar

Keputihan yang tidak normal mungkin menjadi salah satu tanda jangkitan. Sebagai contoh, jangkitan yis adalah sejenis jangkitan yang sering berlaku semasa kehamilan.

Sekiranya anda mempunyai jangkitan yis semasa hamil, doktor mungkin akan menyarankan penggunaan krim vagina atau suppository. Berikut merupakan antara cara untuk anda mengelakkan jangkitan yis.

  • Pakai pakaian yang longgar yang membolehkan tubuh anda bernafas
  • Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas
  • Keringkan kemaluan anda setelah mandi, berenang atau bersukan
  • Tambahkan yogurt atau mana-mana makanan yang difermentasi ke dalam diet harian anda bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat

Selain itu, keputihan yang tidak normal juga boleh disebabkan oleh faktor penyakit kelamin atau STD.

Sekiranya anda menyedari bahawa anda mempunyai sebarang jangkitan berkaitan penyakit kelamin atau STD, nyatakan kepada doktor dengan segera bagi mengurangkan risiko pemindahan jangkitan tersebut kepada bayi anda yang akan dilahirkan kelak. 

Tip bagi mengelakkan jangkitan vagina yang boleh menyebabkan keputihan semasa mengandung

keputihan
Keputihan wanita yang tidak normal.
  • Pastikan vagina anda sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan sabun yang bersifat ringan dan air bersuhu suam
  • Jangan sesekali menggunakan sabun atau pencuci dengan wangian atau sebarang produk pencuci wanita. Selain itu, elakkan juga penggunaan penyembur wanita dan mandian buih
  • Lap bahagian tubuh anda dengan kering terutamanya pada bahagian vagina selepas mandi

Ya, keputihan semasa mengandung mungkin normal namun anda masih perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Discharge During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/vaginal-discharge-during-pregnancy-1025/. Accessed Sept 20, 2021.
  2. Discharge During Pregnancy: What’s Normal? https://www.lamaze.org/Giving-Birth-with-Confidence/GBWC-Post/discharge-during-pregnancy-whats-normal. Accessed Sept 20, 2021.
  3. Discharge in pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-symptom-checker/discharge-pregnancy. Accessed Sept 20, 2021.
  4. Vaginal discharge in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/vaginal-discharge/. Accessed Sept 20, 2021.
  5. Vaginal Discharge During Pregnancy. https://www.healthhub.sg/live-healthy/993/pregnancy-vaginal-discharge-during-pregnancy. Accessed Sept 20, 2021.

Versi Terbaru

14/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!

Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan