Masih Amal Tabiat Buruk Kerana Tak Tahu Sedang Mengandung, Apa Kesannya?

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Amalan merokok dan alkohol dipercayai boleh menyebabkan kanser dan lain-lain masalah kesihatan utama. Pengambilan dua benda ini semasa anda mengandung boleh menyebabkan masalah serius yang memberi kesan kepada kesihatan kedua-dua ibu dan anak. Rokok dan alkohol mengandungi pelbagai kandungan yang berbahaya. Jadi, adalah terbaik jika anda boleh mengelakkan kedua-dua amalan ini secepat mungkin sebaik sahaja anda mengandung.

Merokok

Merokok adalah amalan yang amat mudah menyebabkan masalah kesuburan pada setiap individu. Wanita yang merokok mempunyai lebih kesukaran untuk mengandung berbanding dengan wanita yang tidak merokok. Jika si ibu merokok namun tidak menyedari dirinya sedang hamil, ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada si ibu dan juga bayi.

  • Bayi anda mungkin lahir dengan berat badan yang rendah, walaupun selepas kehamilan cukup bulan. Amalan merokok boleh melambatkan tumbesaran bayi sebelum dan selepas kelahiran.
  • Bayi anda juga boleh lahir lebih awal (kelahiran pramatang). Bayi pramatang selalunya akan mengalami masalah kesihatan yang serius.
  • Merokok juga boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru atau juga otak bayi. Kerosakan ini boleh terus berkembang sehingga alam kanak-kanaknya.
  • Merokok meningkatkan risiko anda mendapat pendarahan abnormal semasa mengandung atau selepas kelahiran. Ini boleh meletakkan kedua-dua ibu dan bayi dalam bahaya.
  • Merokok juga menggandakan risiko kecacatan kelahiran bayi anda, termasuklah masalah klef pada bibir bayi. Jika ini berlaku, bayi anda mungkin memerlukan pembedahan.

Alkohol

Wanita yang merancang untuk mengandung atau sedang mengandung disarankan untuk tidak mengambil sebarang alkohol untuk memastikan risiko kesihatan pada bayi adalah serendah mungkin.

  • Jika anda minum alkohol, minuman ini akan cepat masuk melalui tubuh anda dan sampai kepada bayi anda. Bayi memecahkan alkohol agak perlahan.
  • Ini akan menggandakan risiko keguguran dan mati semasa lahir.
  • Ibu hamil yang minum walau hanya sedikit alkohol dalam masa seminggu adalah lebih cenderung mendapat anak yang menunjukkan kelakuan agresif dan bermasalah, berbanding dengan wanita hamil yang tidak mengambil alkohol.
  • Kesan yang lebih teruk daripada pengambilan alkohol adalah sindrom alkohol fetal (FAS), ciri-ciri muka yang tidak normal, kecacatan jantung, dan kerosakan kepada sistem saraf pusat (kecacatan intelektual, kelewatan dalam perkembangan fizikal, masalah penglihatan dan pendengaran, dan pelbagai lagi masalah tingkah laku).

Rokok dan alkohol boleh menyebabkan kesan kesihatan yang amat negatif, terutamanya buat wanita yang sedang hamil. Sebagai kesimpulan, adalah lebih baik untuk anda berhenti merokok dan mengambil alkohol sebelum anda hamil atau jika anda sudah bersedia untuk hamil. Masih belum terlambat untuk anda menghentikan tabiat buruk ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    proses bersalin normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Test Image Upload

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh Billy Tran
    Uncategorized @ms 22/09/2020 . 1 minit bacaan

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Orang kelainan upaya (OKU) mempunyai cara yang tersendiri untuk memahami sesuatu perkara dan bertindak balas, melalui penggunaan bahasa isyarat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sendi siku terkehel

    Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata penutup mulut

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan