Kurang Tidur @ Terlebih Tidur: Apa Kesannya kepada Ibu Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tidur adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan manusia. Apatah lagi jika anda sedang hamil. Tidak cukup tidur semasa hamil bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan ibu, bahkan juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Meskipun anda tidak pernah mengalami masalah tidur sebelum ini, namun jangan terkejut jika anda akan mengalaminya semasa kehamilan. Ini kerana perubahan tubuh dan hormon semasa hamil akan membuatkan anda tidak dapat tidur lena. Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk menambah waktu tidur malam mereka pada siang hari. Meridap atau tidur siang penting untuk membantu ibu hamil cukup rehat dan cukup tidur.

Namun, bagaimana pula keadaannya jika ibu hamil terlebih tidur? Ketahui kesan jika ibu kurang tidur dan terlebih tidur semasa kehamilan.

Kesan jika ibu hamil kurang tidur

Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah tidur semasa hamil. Wanita hamil yang tidak mendapat tidur secukupnya adalah berisiko mengalami keadaan kesihatan serius, malahan juga boleh merumitkan proses kelahiran anda. Terdapat kajian yang menunjukkan wanita hamil yang tidur kurang daripada enam jam pada waktu malam mengalami masa bersalin yang panjang serta cenderung melahirkan secara pembedahan caesarean.

Berikut adalah antara impak yang akan terjadi jika ibu tidak cukup tidur semasa kehamilan.

  • Menjejaskan kesihatan ibu hamil dan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti hipertensi dan kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi).
  • Ibu mengalami apnea tidur dan berdengkur semasa tidur, yang mana boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Ibu boleh mendapat preeklampsia yang bukan sahaja membahayakan ibu, tetapi juga bayi.
  • Tidur yang tidak lena semasa hamil boleh mengurangkan jumlah hormon tumbesaran yang dilepaskan untuk bayi. Ini boleh menjurus kepada masalah tumbesaran atau perkembangan pada bayi dalam kandungan.

Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa tidur yang anda alami semasa trimester pertama boleh memberi kesan kepada kesihatan anda semasa trimester ketiga. Ibu hamil yang tidak mendapat cukup tidur (kurang daripada lima jam pada waktu malam) semasa trimester pertama adalah hampir 10 kali lebih cenderung untuk mendapat preeklampsia pada hujung kehamilan.

Kesan jika ibu terlebih tidur

Bukan sahaja kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi, malahan, ibu yang terlebih tidur juga boleh memberi kesan kepada kehamilannya. Tidur berlebihan, iaitu tidur melebihi 10 jam pada waktu malam, semasa trimester pertama juga boleh meningkatkan risiko mendapat preeklampsia. Malahan, risikonya adalah dua kali ganda.

Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk mendapat tidur yang cukup (tidak lebih dan tidak kurang) bagi memelihara kesihatan tubuhnya dan kandungan. Ibu juga disarankan untuk mendapatkan tidur siang antara 30 minit hingga 60 minit bagi menggantikan tidur yang tidak cukup pada malam hari. Pakar juga menyarankan supaya ibu hamil meluangkan masa sekurang-kurangnya 8 jam di atas katil pada setiap malam, supaya mereka boleh dapat paling kurang 7 jam waktu tidur malam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan