Ibu Hamil JANGAN Ambil Mudah Jika Rasa Gatal, Ia Boleh Sebabkan 3 Komplikasi Ini Pada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 16/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Rasa gatal mungkin dianggap sebagai perkara biasa. Namun ada kala kegatalan yang dialami itu tidak boleh diabaikan terutamanya jika ia melibatkan ibu mengandung. Tetapi kenapa berlakunya gatal ketika hamil?

Rasa gatal ketika hamil

Kegatalan kulit yang dialami oleh individu yang hamil mungkin merupakan salah satu kesan sampingan kehamilan. Keadaan ini dipanggil sebagai Obstetric Cholestasis (OC), Cholestasis of pregnancy atau intrahepatic cholestasis of pregnancy. 

Ia menyebabkan kegatalan yang teruk, terutama pada tangan dan kaki. Keadaan ini biasanya tidak menimbulkan sebarang risiko yang serius untuk kesihatan jangka panjang ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, ia berisiko untuk menimbulkan komplikasi teruk kepada bayi. 

Istilah “cholestasis” berasal daripada perkataan Yunani “chole” yang bermaksud “hempedu” (bile) dan “stasis,” yang bermaksud “masih”.

OC berlaku apabila hati tidak boleh melakukan proses penyingkiran melalui hempedu dengan betul. Hempedu merupakan organ yang membantu memproses lemak badan. 

Simptom

ibu mengandung

Seperti yang dinyatakan di atas, gejala paling utama OC adalah rasa kegatalan yang tinggi; tiada sebarang ruam atau bintik kemerahan.

Walaupun dikatakan ia lebih cenderung dirasai pada bahagian tapak tangan dan kaki, namun terdapat juga individu yang mengalaminya di mana-mana bahagian badan.

Kegatalan yang dialami biasanya lebih teruk menjelang pada sebelah malam dan menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Paling biasa kegatalan berlaku pada trimester ketiga kehamilan (minggu ke 28- kehamilan dan ke atas), namun masih ada juga yang mengalami lebih awal.

Rasa gatal yang dialami mungkin akan menjadi semakin teruk menjelang tarikh anda bersalin. Walau bagaimanapun, kegatalan yang berlaku akan semakin berkurangan selepas melahirkan bayi.

Tanda dan simptom OC lain yang mungkin berlaku adalah seperti:

Punca 

Punca OC adalah tidak jelas. Genetik dan perubahan hormon kehamilan mungkin menjadi antara penyebab berlakunya masalah kegatalan ini. Anda berisiko untuk mengalami OC, sekiranya:

Jika anda pernah mengalami masalah ini, risiko untuk keadaan ini berulang pada kehamilan seterusnya adalah kira-kira 90 peratus. Tinggi, bukan?

Komplikasi

Kesan daripada Obstetric Cholestasis mungkin boleh berlaku kepada ibu atau melibatkan tumbesaran bayi di dalam kandungan. 

Bagi ibu, keadaan ini mungkin memberikan kesan sementara kepada fungsi badan dalam menyerap lemak. Penyerapan lemak yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan penurunan tahap vitamin K – yang melibatkan proses pembekuan darah. Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang untuk berlaku. 

Bagi bayi dalam kandungan pula, komplikasi OC boleh menjadi serius. Antaranya adalah seperti:

  • Bayi lahir terlalu awal (kelahiran pramatang)
  • Masalah melibatkan paru-paru kerana bernafas dalam meconium – sejenis bahan berwarna hijau melekit yang biasanya terkumpul dalam usus bayi – ia mungkin akan memasuki ke dalam cecair amniotik pada ibu jika ibu mengalami OC
  • Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba

Oleh sebab risiko bahaya kepada bayi adalah sangat tinggi, maka terdapat kemungkinan doktor mungkin akan mencadangkan untuk menggunakan prosedur kelahiran induce sebelum tarikh bersalin. 

jangan-ambil-mudah-jika-rasa-gatal-ketika-hamil

Rawatan masalah gatal ketika hamil

Sebenarnya tiada rawatan khusus yang boleh membantu mengatasi rasa gatal yang dialami oleh ibu mengandung. Biasanya doktor akan memberikan ubat atau krim sapu seperti calamine untuk membantu mengurangkan rasa gatal.

Ubat mengantuk seperti antihistamines mungkin diberikan kepada ibu yang sukar tidur pada waktu malam akibat kegatalan yang dialami. 

Merendam bahagian yang gatal dengan air suam mungkin dapat memberikan kelegaan sementara. Anda juga boleh menyapu bahagian terjejas dengan minyak kelapa selepas mandi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

    Ekzema adalah masalah kulit yang merangkumi kegatalan, bengkak serta ruam merah. Kini, penggunaan probiotik semakin meluas dalam merawat kondisi ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena ‘Prepare’ Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

    Antara petunjuk proses kelahiran bayi adalah ibu mengandung akan mengalami tanda kontraksi. Tapi adakah semua kontraksi itu sama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

    Perlukah anda ambil asid folik jika anda tidak mengandung? Ketahuilah manfaat dan cara untuk mengambil asid folik jika anda mahu amalkannya pada usia muda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    petua hilangkan selsema

    Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    reaksi janin saat ibu menangis

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/12/2020 . 3 minit bacaan
    sakit perut bawah

    Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan