Demam Semasa Hamil: Punca, Implikasi dan Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Demam merupakan satu kondisi atau tindak balas normal yang berlaku dalam badan jika anda terinfeksi oleh kuman atau virus. Jika suhu badan anda melebihi paras normal iaitu sekitar 36.5°C sehingga 37.2°C, anda akan disahkan menghidapi demam.

Semasa hamil, tubuh badan anda menjadi sangat lemah akibat ketidakseimbangan hormon serta ketidakstabilan sistem imun. Kondisi ini sangat membimbangkan buat bakal ibu kerana khuatir ia akan mendatangkan implikasi kepada kandungan mereka. Persoalannya, apakah punca kondisi ini berlaku dan adakah benar demam akan mendatangkan implikasi kepada kandungan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apakah punca demam semasa hamil?

Semasa kehamilan, terdapat beberapa kondisi yang boleh mengakibatkan demam, iaitu:

  • Jangkitan virus influenza
  • Keracunan makanan
  • Infeksi saluran air kencing
  • Infeksi saluran pernafasan
  • Pneumonia (infeksi paru-paru)
  • Gastroenteritis (infeksi perut)
  • Tonsilitis (infeksi tonsil)
  • Pyelonephritis (infeksi buah pinggang)

Kondisi-kondisi ini merupakan kondisi biasa yang boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan. Namun begitu, terdapat juga kemungkinan berlakunya kondisi yang lebih serius dan demam semasa hamil merupakan antara petandanya, iaitu:

  • Listeria
  • Keguguran septik
  • Chorioamnionitis

Apakah implikasi demam semasa hamil?

Demam semasa hamil kebiasaannya tidak akan mendatangkan bahaya kepada anda dan kandungan. Namun begitu, anda disarankan untuk sentiasa berwaspada terhadap suhu badan anda. Demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi dan tidak dirawat dengan betul akan mendatangkan kesan sampingan seperti keguguran selain boleh membawa maut kepada bayi dan juga anda. Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Rawatan demam semasa hamil

Umum mengetahui bahawa paracetamol adalah selamat digunakan untuk merawat demam semasa hamil. Setiap dos paracetamol iaitu satu hingga dua tablet 500mg akan berkesan sehingga empat jam, dan maksimum 4g iaitu bersamaan lapan tablet 500mg boleh diambil dalam masa 24 jam.

Namun begitu, anda perlu mengelakkan daripada mengambil paracetamol terlalu kerap terutamanya ketika lewat kehamilan. Ini kerana pengambilan paracetamol pada setiap hari ketika trimester ketiga disahkan menjadi antara punca semput pada awal usia bayi anda setelah lahir kelak.

Terdapat juga ubat-ubatan selain paracetamol yang berupaya mengurangkan demam. Seperti contoh, ibuprofen serta aspirin. Namun begitu, ubat-ubatan ini tidak disyorkan oleh doktor kerana ia tidak selamat untuk ibu hamil dan mempunyai kesan sampingan yang lain.

Jika anda menghidapi demam semasa hamil, perkara paling penting untuk anda ketahui adalah jangan biarkan suhu badan anda meningkat melebihi 39°C kerana bayi dalam kandungan anda tidak dapat menanggung suhu yang terlalu tinggi. Jika paracetamol tidak berkesan untuk menurunkan suhu badan, gunakan cara alternatifl seperti menuam badan dengan air suam atau tidur dalam bilik yang mempunyai penyaman udara.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan