Berat Naik Mendadak Ketika Hamil & Doktor Suruh Kurangkannya? Apa Kata Cuba Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berat naik mendadak ketika hamil adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap individu wanita mengandung. Tetapi kalau berat anda menjadi berlebihan, bagaimana untuk mengurangkan berat?

Berat naik mendadak ketika hamil

Kenaikan berat sepanjang tempoh kehamilan adalah normal tetapi bagi individu wanita yang sudah mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu situasi ini mendatangkan dilema yang merungsingkan hati.

Namun, berita baiknya, terdapat kajian dan penyelidikan dijalankan mencadangkan bahawa mengurangkan berat ketika hamil adalah perkara yang dibolehkan dan ia mungkin akan memberikan manfaat.

Ini khususnya bagi individu wanita dengan berat yang berlebihan atau mempunyai nilai BMI melebihi 23. 

Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai berat badan normal sebelum mengandung mungkin tidak sesuai untuk mengurangkan berat.

Tetapi jika anda berasa perlu untuk menurunkan berat dan akan memperolehi manfaat daripadanya, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu, okay?

berat badan naik semasa hamil

Berat yang disarankan

Sebelum kita fahami cara untuk mengurangkan berat badan, anda harus tahu mengenai kenaikan berat yang disarankan bagi setiap individu wanita hamil mengikut BMI.

  • Wanita yang kekurangan berat badan dengan nilai BMI <18.5, perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18 kilogram (kg)
  • Wanita dengan purata berat badan nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu mendapat kira-kira 11.5 hingga 16 kg
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dengan nilai BMI 23 hingga 26.9, sepatutnya menambah berat dari 7 hingga 11.5 kg
  • Manakala wanita dengan nilai BMI 27 dan ke atas disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9 kg sahaja

Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg. Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan. 

Berikut merupakan penambahan berat badan mengikut minggu yang dicadangkan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-22.9:

  • Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogram
  • Minggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogram
  • Minggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram

Tip cegah berat badan naik semasa hamil

Menggunakan alasan “makan untuk dua orang” adalah antara punca mengapa berat naik mendadak ketika hamil Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi menurunkan berat anda:

berat naik mendadak ketika hamil

Mengurangkan berat dengan kawal pengambilan kalori

Anda memerlukan kalori untuk memastikan bayi anda membesar tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Apa yang penting adalah untuk mengawal kenaikan berat badan anda agar tidak terlalu cepat naik.

Anda boleh memilih untuk mengisi perut anda dengan sesuatu makanan yang lebih sihat seperti minum susu skim, kentang bakar berbanding kentang goreng atau isi ayam bakar tanpa lemak menggantikan ayam goreng.

Ketika menyediakan makanan, pilihlah makanan yang dapat mengenyangkan anda untuk tempoh jangka panjang tetapi masih mempunyai kandungan kalori yang rendah. Antara contoh pilihan makanannya adalah:

  • Sayuran segar, terutama daun hijau
  • Buah-buahan dengan kandungan air tinggi, seperti tembikai
  • Isi ayam
  • Ikan
  • Bijirin gandum seperti oat

Mengurangkan berat dengan kawal jumlah makanan dan lemak

Pastikan saiz dan kuantiti hidangan makanan yang diambil adalah bersesuaian dan mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan. Walau bagaimanapun, anda tetap perlu memastikan ada pengambilan lemak dalam hidangan makanan anda.

Ini kerana sesetengah jenis lemak adalah penting dalam membantu perkembangan bayi dalam kandungan anda. Sebaiknya pengambilan makanan bergoreng, (jika anda terlalu teringin untuk makan makanan sebegitu), ambillah dalam kuantiti yang terkawal.

Elakkan berat naik mendadak ketika hamil dengan bersenam 

tip-mengurangkan-berat-ketika-hamil

Siapa kata wanita hamil tidak boleh bersenam atau melakukan aktiviti fizikal?

Anda masih boleh melakukan senaman tetapi pastikan ia adalah bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Anda boleh memilih untuk mengikuti kelas yoga pranatal atau hanya berjalan kaki mengelilingi taman.

Paling penting luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti fizikal. 

Kawallah berat dengan baik

Berat naik mendadak ketika hamil boleh mendatangkan beberapa risiko masalah kesihatan kepada anda dan bayi dalam kandungan seperti kelahiran pramatang, diabetes, tekanan darah tinggi dan kecacatan kelahiran.

Jadi pastikan anda mengawal pemakanan serta melakukan senaman yang bersesuaian untuk memastikan anda kekal aktif dan sihat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Doktor Suruh Tambah Berat Badan Semasa Hamil? Ini Langkah Tepat Yang Boleh Membantu Anda!

Walau bagaimanapun, bagaimanakah untuk menentukan bahawa pertambahan berat badan tersebut dikategorikan sebagai pertambahan yang normal ketika wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kehamilan, Penjagaan Ibu 23/11/2019 . 2 minit bacaan

4 Tabiat Untuk Mengurangkan Berat

Mengurangkan berat dan mengekalkan penurunan berat badan untuk jangka masa yang panjang memerlukan perubahan gaya hidup yang mudah. Berlapar, kekurangan atau pengambilan makan secara berlebihan tidak boleh menjadi ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 21/03/2019 . 2 minit bacaan

10 Cara Hindari Masalah Berat Badan Naik Ketika Bercuti

Masalah berat badan naik ketika bercuti adalah satu isu yang menjadi kebimbangan ramai individu, terutama wanita. Artikel di bawah akan memberikan tip untuk mengelakkan kenaikan berat badan ketika bercuti. 1.Ikut ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 04/02/2019 . 2 minit bacaan

Berat Badan Naik Mendadak?

Kenaikan berat badan adalah sesuatu yang dijangka untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan alasan “makan untuk dua orang” sentiasa. Berat badan naik secara tidak terkawal boleh mendatangkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 13/12/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
berat badan naik haid

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
kesan buang rahim

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
syarat derma darah

Nak Derma Darah Tapi TAKUT Gemuk, Betul Ke Badan Akan Berisi Lepas Derma Darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan