Bahaya Jika Anda Muntah Teruk semasa Mengandung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bagi kebanyakan wanita, mabuk hamil adalah salah satu petanda pertama yang menunjukkan seseorang itu hamil. Walaupun digelar mabuk hamil atau bahasa Inggerisnya, morning sickness, namun lebih daripada separuh kes loya dan muntah semasa hamil tidak hanya berlaku pada waktu pagi sahaja. Simptom-simptom ini selalunya terjadi pada awal kehamilan sehinggalah usia kandungan 14 minggu. Bagaimanapun, sesetengah wanita hamil mungkin mengalami muntah dan loya lebih lama daripada tempoh tersebut. Bagi ibu hamil yang mengalami gejala ini, mereka mungkin akan berasa letih kerana perlu berulang-alik ke tandas banyak kali dan sukar untuk makan atau minum, sekali gus menyebabkan kesan negatif pada kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan.

Apakah simptom mabuk hamil dan muntah teruk?

Apabila seseorang wanita hamil rasa loya dan muntah berlebihan, dia dianggap mempunyai hyperemesis gravidarum (HG). Disebabkan HG boleh menjurus kepada komplikasi kehamilan lain, jadi wanita hamil yang mengalami gejala seperti ini sering memerlukan rawatan hospital.

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala lazim HG:

−Anda mengalami loya dan muntah teruk yang berpanjangan dan berterusan. Kebanyakan wanita hamil boleh mengalami gejala ini sehingga 50 kali sehari.
−Tubuh anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Disebabkan muntah berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi, jadi jika anda minum kurang daripada 500 ml air sehari, kesihatan anda akan terjejas teruk.
−Anda berkemungkinan mendapat ketosis. Jika anda muntah berterusan, keton akan dihasilkan kerana lemak badan sudah terurai menggantikan glukos yang menyediakan tenaga. Ini adalah masalah kesihatan yang serius yang membentuk kimia asid dalam darah dan urin anda.
−Anda mengalami penurunan berat badan. Apabila mendapat muntah berlebihan, anda akan rasa sukar untuk makan atau minum. Jadi, anda akan kehilangan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan anda pada kadar normal.

Sementara wanita hamil yang mengalami gejala loya dan muntah akan beransur pulih selepas usia kandungan 14 minggu, namun berbeza dengan mereka yang mengalami HG, yang akan merasai gejala ini lebih lama. Beberapa simptom mungkin akan pulih dengan sendiri selepas minggu ke-20 tanpa rawatan. Bagaimanapun, wanita hamil dengan HG masih akan mengalami muntah berlebihan walaupun selepas bayi dilahirkan.

Bagaimana untuk merawat HG?

Untuk melegakan simptom HG, doktor anda akan mempreskripsi ubat yang sesuai untuk ibu hamil, walaupun ketika itu anda berada dalam trimester pertama. Perubatan ini termasuklah ubat anti-muntah atau ubat anti-sakit, steroid, vitamin B6 dan B12 atau gabungan perubatan tersebut. Dalam kes yang lebih teruk di mana anda tidak boleh mengawal loya dan muntah, doktor anda perlu memeriksa keadaan anda lebih rapi sebelum memberikan rawatan yang betul untuk anda. Anda mungkin akan diberikan suntikan terus cecair intravena ke dalam pembuluh darah anda. Ubat anti-sakit dalam bentuk suntikan juga akan diberikan untuk menghentikan muntah teruk. Anda juga mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat sehinggalah doktor menemukan perubatan yang terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

    Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu, Ada 9 Kebaikan Kolostrum Anda Perlu Tahu, Semuanya Membantu Si Manja!

    Ibu, tahukah anda tentang khasiat susu kolostrum yang mana merupakan titisan susu ibu paling awal selepas bayi lahir? Ini kelebihannya yang harus anda tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 23/11/2020 . 5 minit bacaan

    Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

    Salah satu kebaikan daun sirih ialah ia boleh membantu mempercepatkan kesembuhan luka. Namun, benarkah terdapat khasiat daun sirih untuk mata?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pantang Larang Bayi Hidap G6PD, Mak Ayah Sila Alert! Salah Satunya, Tak Boleh Makan Ini

    Tahukah anda, pesakit yang mempunyai penyakit kekurangan G6PD mempunyai pantang larangnya yang tersendiri? Jika anda ingin tahu, jom baca artikel kami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hidung mancung

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan ketika tidur

    AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    kulit terkena air panas

    Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    mitos haid wanita

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan