Adakah Selamat Menaiki Bas Semasa Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa hamil, tubuh wanita akan menjadi lebih sensitif dan lemah. Ibu hamil perlu mempertimbangkan setiap perkara sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal, termasuklah makan angin. Tidak dinafikan, ramai juga wanita hamil yang gemar menggunakan bas sebagai pengangkutan untuk ke sana ke mari. Namun, adakah ianya selamat untuk mereka?

Selamatkah ibu hamil naik bas?

Mana-mana pengangkutan darat adalah selamat jika anda berhati-hati dan mengikut peraturannya betul-betul. Oleh itu, ramai bakal ibu yang menggunakan pengangkutan bas tanpa sebarang masalah. Malah, sesetengahnya juga menganggap bahawa menaiki bas adalah lebih selamat berbanding menaiki kereta, serta lebih relaks lagi memandangkan bukan anda yang sedang memandu. Walau bagaimanapun, jika anda risau ataupun mengalami sebarang komplikasi berkaitan kehamilan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah plasenta ataupun sejarah kelahiran pramatang, maka adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum memilih untuk menaiki bas.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya ambil jika menaiki bas?

Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga di bawah bagi mengelakkan sebarang komplikasi, tidak kiralah jika anda menaiki bas untuk perjalanan yang dekat ataupun jarak jauh:

  • Jangan naik atau turun daripada bas yang sedang bergerak, walau apa juga keadaan
  • Pilih tempat duduk di bahagian tengah, dalam bas tersebut supaya anda masih selamat jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
  • Anda digalakkan untuk tidak berdiri dalam bas yang sedang bergerak. Selain boleh membuatkan anda hilang kawalan dan juga terjatuh, anda juga mungkin akan mengalami kebarangkalian untuk ditolak oleh penumpang lain. Ada sesetengah bas yang menyediakan tempat berasingan untuk penumpang wanita
  • Bas yang tidak menyediakan penyaman udara boleh mendedahkan anda kepada debu dan asap. Berbeza dengan bas yang mempunyai penyaman udara, anda kurang terdedah kepada pencemaran
  • Pastikan anda menyimpan maklumat kecemasan sepanjang masa bagi memudahkan orang menghubungi waris anda jika berlaku sebarang perkara tidak diingini
  • Bawa barang yang ringan sahaja. Anda mungkin mengalami masalah sakit belakang badan jika menggalas beg yang berat
  • Bawa bersama anda pembersih tangan dan tisu basah bagi merendahkan risiko penyakit berjangkit

Bagaimana ingin selesa semasa dalam bas?

Kebanyakan bas kini menyediakan kemudahan seperti tempat duduk berkusyen, penyaman udara, malah ada juga yang menyediakan tandas di dalam bas serta tayangan wayang gambar untuk memberi keselesaan kepada para penumpangnya. Jadi, ia adalah satu pilihan yang baik untuk ibu hamil memilih pengangkutan bas yang menawarkan perjalanan yang lebih seronok. Walau bagaimanapun, jika anda merasai kesukaran untuk menaiki bas, mungkin tips di bawah boleh membantu anda lebih selesa di dalam bas:

  • Elakkan menggunakan bas semasa waktu puncak
  • Memandangkan pilihan tempat duduk adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Jadi, anda disarankan untuk sampai awal ke stesen bas
  • Jika anda tidak dapat tempat duduk, jangan malu untuk minta bantuan pada penumpang lain untuk memberikan tempat duduk pada anda
  • Bawa kipas tangan bersama bagi mengelakkan panas dan kelembapan di dalam bas
  • Sesetengah bas panas dan ada juga yang terlalu sejuk, jadi pakailah pakaian yang sesuai. Bawa bersama selimut kecil sebagai persediaan jika anda berasa sejuk
  • Cari bas yang mengamalkan kawasan larangan merokok. Asap rokok amat bahaya untuk anda dan bayi
  • Simpan semua barang anda dalam sebuah beg galas ringan
  • Bawa buku, majalah atau pemain MP3 untuk hiburan anda sementara waktu menunggu
  • Bawa sekali ubat anda bersama
  • Snek sihat mungkin diperlukan bagi mengelakkan anda lapar dan boleh dimakan jika tahap glukos darah rendah
  • Bawa sebotol air bersama

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Diabetes boleh diperbaiki melalui beberapa kaedah termasuklah pembedahan gastrik yang merupakan salah satu daripada kaedah pembedahan bariatrik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 16/10/2020 . 4 minit bacaan

    Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

    Mengalami pedih ulu hati pada waktu pagi bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pecahkan air ketuban

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu osteoporosis

    Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan