Bagaimanakah kedudukan anda ketika duduk? Sedar atau tidak, kebanyakan orang lebih selesa duduk bersilang kaki.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Bagaimanakah kedudukan anda ketika duduk? Sedar atau tidak, kebanyakan orang lebih selesa duduk bersilang kaki.
Tidak kira lelaki mahupun wanita, ramai yang duduk dalam keadaan kaki bersilang. Lebih-lebih lagi apabila kaki anda berasa kebas.
Ya, kedudukan ini mungkin membantu anda mencapai keselesaan dan sangat berfungsi. Tetapi pernahkah anda terfikir tabiat ini mungkin memberi kesan kepada kesihatan?
Vena varikos adalah pembesaran urat yang keluar dari kulit, biasanya pada betis dan kaki. Ia biasanya tidak serius tetapi boleh menjadi keadaan yang membimbangkan jika ianya menyebabkan kesakitan atau sangat teruk.
Umur, genetik, obesiti dan kehamilan adalah faktor risikonya, tetapi punca yang menyebabkan saluran darah meregang dan lemah sehingga menghalang darah mengalir dengan betul masih belum ada kepastian.
Walaupun keadaan itu menjadi kepercayaan popular, tetapi para doktor bersetuju bahawa ianya bukan disebabkan amalan duduk kaki bersilang.
Menurut kajian dalam Journal of Clinical Nursing menyatakan bahawa apabila duduk dalam keadaan kaki bersilang, ini menyebabkan kenaikan tekanan darah dan ia kembali normal apabila anda tidak menyilangkannya.
Walau bagaimanapun, sudap pasti anda tidak mahu tekanan darah terus meningkat, jadi jika mahu kekal dalam keadaan duduk, pastikan sekurang-kurangnya anda bangun untuk meregang atau berjalan setiap 15 hingga 20 minit.
Apabila duduk silang kaki dikaitkan dengan tekanan darah, ia juga memberi kesan terhdap kesihatan jantung anda.
Ini kerana dengan kaki bersilang, ia mendorong lebih banyak darah naik ke jantung. Tetapi ia selalunya tidak bermakna menjejaskan kesihatan jantung anda atau menyebabkan rangsangan terutama berisiko dalam tekanan darah.
Walau bagaimanapun, jika anda berisiko kepada pembekuan darah, sebaiknya berbincang dengan doktor mengenai postur dan duduk terlalu kerap dalam kedudukan tidak aktif yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
Terdapat sedikit bukti mengenai duduk kaki bersilang. Ia boleh menyebabkan masalah peredaran darah dalam jangka panjang. Seperti mana-mana kedudukan lain seperti berlutut dan kekal dalam satu kedudukan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kebas pada kaki anda.
Tetapi duduk dengan kaki bersilang boleh menekankan saraf peroneal, yang terletak di bahagian belakang lutut yang boleh menyebabkan kaki kebas.
Oleh itu, kebanyakan orang akan mengubah kedudukan mereka apabila mula berasa tidak selesa atau membetulkan postur ketika duduk.
Semasa tempoh kehamilan, tubuh mengalami pelbagai perubahan fizikal. Apabila uterus membesar, pusat graviti anda akan bergerak ke hadapan. Anda mungkin mendapati perbezaan pada diri anda semasa berjalan, berdiri dan duduk.
Bagaimanapun, duduk silang kaki tidak menyakiti anda dan bayi. Ketegangan otot, sakit belakang dan kekejangan adalah keadaan biasa semasa hamil.
Namun, kedudukan duduk sebegini mungkin menyebabkan pergelangan kaki bengkak atau kekejangan betis, cuba duduk dengan tapak kaki di lantai atau diletakkan di atas bangku.
Oleh itu, pastikan anda mempunyai kerusi yang selesa di tempat kerja. Pastikan kaki anda tetap rata di atas lantai, lutut lurus ke atas kaki anda dan pinggul tidak lebih rendah daripada lutut anda.
Paling penting, bergerak seketika apabila mendapat peluang. Kekal dalam kedudukan sama yang terlalu lama pasti akan membuatkan sesiapa sahaja mengalami kesakitan yang tidak diingini.
Jadi, jangan terlalu biasakan diri anda dengan keadaan duduk silang kaki. Ia mungkin beri keselesaan pada anda, tapi ingat ia juga beri kesan kepada kesihatan anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen