8 Makanan yang Harus Dielakkan Ibu Hamil Sewaktu Berbuka Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 23/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Sepanjang waktu kehamilan, wanita mengalami beberapa perubahan metabolisme.  Jika anda berpuasa sewaktu hamil, anda sebaiknya melakukan beberapa ubah suai dalam gaya pemakanan. Perubahan gaya pemakanan yang diperlukan ibu hamil termasuklah mengelakkan pengambilan beberapa jenis makanan pada saat berbuka puasa dan sahur yang berpotensi mengganggu pengambilan nutrien dan menimbulkan risiko kesihatan.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sepatutnya dielakkan ibu hamil sewaktu berbuka puasa.

Makanan yang sebaiknya dielakkan ibu hamil saat berbuka puasa

1. Teh herba

Sebaiknya elakkan pengambilan teh herba yang diadun dengan daun chamomile, raspberry atau rosemary sewaktu berbuka puasa. Walaupun teh herba tersebut sebenarnya menyehatkan, namun sifatnya boleh berubah menjadi berbahaya jika diambil secara berlebihan, karena boleh menyebabkan terjadinya kontraksi.

Malangnya, tidak semua produk teh mencatatkan setiap campuran bahan-bahan herba yang digunakan. Adalah lebih baik untuk anda merujuk doktor sebelum mengambil teh herba.

2. Susu dan keju yang tidak dipasteurkan

Makanan ini termasuk dalam senarai makanan yang tidak boleh dimakan ibu hamil saat berbuka puasa. Ibu hamil dilarang mengambil susu mentah, serta keju lembut seperti keju brie, camembert, feta, blue cheese, dan roquefort.

Elakkan jenis keju tersebut sekali pun tertulis sudah dipasteurkan pada pek produk. Keju lembut dibuat daripada keju yang tidak dipasteurkan dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria listeria yang berbahaya bagi ibu dan janin.

3. Makanan yang terlalu manis

Minuman atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi perlu dielakkan wanita hamil sewaktu berbuka puasa. Hal ini untuk mengelakkan obesiti ibu dan bayi. Obesiti pada ibu hamil akan mengakibatkan banyak risiko, seperti preeklampsia dan diabetes gestasi.

4. Makanan dengan pewarna

Contohnya pelbagai makanan berwarna keemasan. Perhatikan kandungan pewarna dalam komposisi makanannya. Hindari makanan yang mengandung pewarna rhodamin dan metanil yellow.

5. Makanan segera

Kebanyakan makanan segera dibuat daripada daging diproses dan sayuran atau salad, yang mungkin tidak segar dan mengandung bakteri berbahaya.

6. Mi segera

Apatah lagi jika diambil secara berlebihan disebabkan kandungan MSG di dalamnya dinilai dapat mengganggu pertumbuhan saraf janin dan mencetus gangguan saraf ketika anak lahir.

7. Makanan beku

Makanan beku mengandung garam tinggi sedangkan para ibu dianjurkan untuk mengelakkan pengambilan garam berlebihan. Oleh itu, pilih makanan beku yang organik serta rendah garam dan lemak.

8. Buah pencetus asid perut

Beberapa jenis buah-buahan sebaiknya dihindari saat hamil. Buah nanas, misalnya, sebaiknya dihadkan karena dapat mengakibatkan pedih asid perutb sehingga terjadi cirit-birit.. Begitu juga nangka, durian, dan cempedak perlu dielakkan karena mengandungi gas tinggi.

Memilih snek berbuka puasa untuk ibu hamil

Selain makanan utama, para calon ibu juga membutuhkan makan snek untuk melengkapkan keperluan nutrien harian sewaktu berpuasa. Berikut adalah panduan dalam memilih snek sehat:

  • Elakkan makanan yang terlalu manis, tinggi kalori, dan tak ada zat nutrien
  • Elakkan makanan yang terlalu masin, terutamanya bagi ibu yang berisiko hipertensi atau mengalami kaki bengkak
  • Elakkan makanan yang banyak mengandungi pengawet atau kimia

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Panduan Berpuasa ketika Hamil Trimester Ketiga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 23/04/2018 . 2 minit bacaan