
Kebanyakan wanita akan mengalami pertambahan berat badan dengan mudah ketika hamil. Namun begitu, terdapat juga wanita yang mengalami kesukaran untuk berat badan mereka bertambah. Ini adalah disebabkan oleh kondisi kesihatan, kondisi tubuh badan, hilang selera makan kerana morning sickness. Tanpa mengira puncanya, ini akan menyebabkan ibu hamil mengalami risiko komplikasi kehamilan yang lebih tinggi. Namun begitu, anda tidak perlu berasa tertekan dan ikuti tip-tip berikut bagi mendapatkan berat badan yang ideal ketika hamil.
Makan dengan sihat
Sajian paling ideal adalah makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi anda. Ibu hamil yang kurang berat badan cenderung untuk mengambil makanan kurang kalori dan amaun protein yang tidak mencukupi. Anda sewajarnya makan makanan yang tinggi dengan lemak baik seperti minyak zaitun dan buah avokado.
Selain itu, minum lebih banyak jus buah-buahan segar yang kaya dengan vitamin C atau beta-karotena seperti jus oren, jus anggur, jus lobak dan jus aprikot. Sentiasa sediakan snek seperti kismis, kacang, yogurt atau biskut sebagai sajian kudapan yang senang dicapai apabila anda berasa lapar. Susu, mentega atau marjerin juga boleh digunakan dalam makanan anda untuk kalori dan tenaga yang ekstra.
Sajian kecil tetapi kerap
Kebiasaannya, sajian utama dimakan 3 kali sehari. Namun begitu, anda boleh cuba makan 5 hingga 6 kali sehari sajian utama yang lebih kecil kuantitinya. Di antara waktu sajian ini, selitkan snek seperti yogurt atau buah-buahan kering untuk membekalkan protein, kalsium dan mineral.
Jangan terlepas waktu sarapan
Makan sarapan anda setiap hari. Waktu ini merupakan waktu makan yang paling penting sepanjang hari. Pastikan sarapan anda membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari anda. Makanan seperti mentega kacang atau keju boleh dijadikan sebagai sumber protein ekstra ketika bersarapan.
Elakkan makanan ringan atau makanan yang diproses
Walaupun makanan jenis ini dapat mengisi kalori yang diperlukan, anda perlu tahu bahawa makanan ini hanya akan menambah berat badan sedangkan anda memerlukan nutrisi juga. Selain itu, makanan jenis ini juga mampu menjejaskan kesihatan individu.
Dapatkan bantuan profesional
Pakar perubatan akan menasihatkan anda berkenaan berapa banyak pertambahan berat badan yang diperlukan, tip menambahkan berat badan serta memeriksa kondisi anda yang menghalang pertambahan berat badan. Berbincanglah juga dengan doktor anda mengenai pengambilan vitamin dan suplemen pranatal.
Walau apapun punca kesukaran menambahkan berat badan anda semasa kehamilan, anda perlu sentiasa kekal positif. Ia akan membantu anda untuk mendapatkan kembali selera makan anda. Paling penting, sentiasa berhubung dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan profesional bagi permasalahan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: