backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diambil Sewaktu Berpantang, Penting Untuk Bakal Ibu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/09/2022

    Ini Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diambil Sewaktu Berpantang, Penting Untuk Bakal Ibu Tahu

    Makanan ketika berpantang; mesti yang terlintas di fikiran anda adalah makanan yang tidak sedap. Tetapi sangkaan itu salah, makanan berpantang sedap sebenarnya. Jom ketahui makanan berpantang selepas bersalin yang boleh anda cuba. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini. 

    Tempoh berpantang

    Setiap wanita yang melalui proses melahirkan anak, akan menempuhi satu tempoh yang dinamakan tempoh berpantang. Sebagai contoh, bagi wanita Melayu, tempoh berpantang adalah selama 40 hingga 55 hari, manakala bagi wanita Cina dan India pula adalah selama 30 hari. 

    Sepanjang tempoh berpantang ini, setiap individu wanita yang baru bersalin perlu mengelakkan daripada mengambil sesetengah jenis makanan yang dikatakan panas, berangin, sejuk ataupun tajam.

    Keadaan ini kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan luka bersalin serta kesihatan dalaman wanita. Hakikatnya, ia adalah lebih kepada kepercayaan yang diwarisi sejak zaman dahulu dalam masyarakat Melayu. 

    Walau bagaimanapun dari sudut perubatan moden, kepercayaan ini dianggap tidak tepat kerana tidak terdapat bukti ataupun kajian saintifik yang menunjukkan terdapat jenis-jenis makanan yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu.

    Pada dasarnya berpantang ini adalah untuk memberikan makanan berkhasiat kepada ibu untuk mengembalikan tenaga dan tahap kesihatan secara keseluruhan. Walau apa pun, ia adalah hak anda sama ada ingin mengikuti pantang larang tersebut atau tidak. 

    makanan berpantang selepas bersalin

    Makanan berpantang selepas bersalin: Ini yang boleh dan tidak boleh dimakan

    Sebelum kita pergi kepada senarai makanan berpantang selepas bersalin yang boleh anda cuba, apa kata kita ketahui terlebih dahulu mengenai jenis makanan boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang.

    Makanan boleh dimakan

    Ayam dan daging

    • Ayam biasa
    • Burung puyuh
    • Merpati
    • Ayam hitam
    • Ayam didik
    • Ayam selasih
    • Ayam kampung
    • Daging batang pinang
    • Daging kurang lemak
    • Daging kambing

    Ikan

    • Haruan 
    • Yu
    • Selar
    • Gelama
    • Jenahak
    • Merah
    • Tenggiri
    • Kurau
    • Bawal putih
    • Senangin
    • Bilis 
    • Salmon 
    • Siakap

    Ulam-ulaman

    • Halia
    • Serai
    • Lengkuas
    • Pegaga
    • Mengkudu
    • Ulam raja
    • Jantung pisang
    • Daun ubi cekur
    • Bunga kantan
    • Kunyit hidup
    • Daun kaduk
    • Daun kesum
    • Pudina
    • Kari 

    makanan berpantang selepas bersalin

    Sayur-sayuran

    Buah-buahan

    Makanan lain

  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang, rebus, kukus dan bakar
  • Air

    • Air suam
    • Pati kunyit
    • Jus pegaga
    • Air halia
    • Kopi
    • Manjakani
    • Halia kurma
    • Madu
    • Air coklat
    • Minuman malt seperti Horlicks

    Untuk memudahkan anda, terdapat beberapa senarai herba atau rempah yang boleh anda sediakan dalam jumlah yang banyak. Ini kerana ia merupakan antara bahan yang akan digunakan setiap hari dalam menu masakan berpantang, antaranya:

    • Lada hitam
    • Lada putih
    • Biji halba
    • Kayu manis
    • Cengkih
    • Biji ketumbar
    • Biji sawi
    • Jintan putih
    • Jintan manis

    Makanan tidak boleh dimakan

    bersalin

    Ayam dan daging

    • Kurangkan pengambilan ayam dan daging pada bahagian berlemak

    Jenis ikan yang tidak boleh ada dalam makanan berpantang selepas bersalin

    • Ikan kering
    • Ikan masin
    • Keli
    • Bawal hitam 
    • Terubuk
    • Duri
    • Pari
    • Sembilang
    • Parang
    • Kembung
    • Tamban
    • Cencaru
    • Tongkol
    • Udang
    • Ketam
    • Kerang (paling tidak boleh dimakan)

    Sayur-sayuran

    • Ubi kayu
    • Kangkung
    • Petola
    • Terung
    • Timun
    • Tomato
    • Kubis
    • Saderi
    • Sayur keladi
    • Pucuk ubi
    • Kacang panjang
    • Labu
    • Kacang botol
    • Petai
    • Jering
    • Cili padi 
    • Asam keping

    Buah-buahan

    • Nanas
    • Limau
    • Lai
    • Tembikai
    • Kiwi
    • Epal hijau
    • Pir
    • Pisang
    • Jambu
    • Belimbing
    • Durian
    • Mangga
    • Betik
    • Ciku 
    • Langsat
    • Nangka
    • Cempedak
    • Ubi kayu
    • Sengkuang
    • Manggis
    • Kuinin 

    Makanan lain

    • Tempe
    • Produk makanan daging yang diproses
    • Bihun
    • Mee
    • Kuey teow
    • Laksa
    • Makanan berminyak

    Air

    • Air berais
    • Air sejuk
    • Minuman bergas/ berkarbonat
    • Tebu
    • Cincau
    • Kelapa muda
    • Jus buah
    • Cuka buah 

    Makanan berpantang selepas bersalin

    makanan berpantang selepas bersalin

    Kita sudah mengetahui jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diambil sepanjang tempoh berpantang. Jadi apa kata kita lihat pula senarai menu makanan berpantang selepas bersalin yang boleh anda cuba. 

    Ikan bakar berempah

    Bahan-bahan:

    • Ikan
    • Bawang putih – ditumbuk
    • Bawang merah – ditumbuk
    • Halia – ditumbuk
    • Kunyit – ditumbuk
    • Serbuk kari
    • Garam 
    • Lada hitam

    Cara penyediaan:

    1. Lumurkan semua bahan pada ikan.
    2. Bakar ikan sehingga masak.

    Sup ikan

    Bahan-bahan:

    • Ikan – dilumur dengan garam dan digoreng, jika tidak mahu digoreng juga tiada masalah
    • Bawang putih – kisar
    • Bawang merah – kisar
    • Halia – kisar
    • Sup bunjut ikan
    • Air
    • Sayur – lobak dan bunga kubis
    • Lada hitam 
    • Daun sup

    Cara penyediaan:

    1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.
    2. Masukkan sayur lobak dan kubis bunga.
    3. Bila sayur sudah hampir lembut, masukkan ikan.
    4. Akhir sekali, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
    5. Apabila kuah sudah mendidih, api sudah boleh dimatikan.
    6. Taburkan daun sup sebelum dihidang.

    Menu makanan berpantang selepas bersalin #Masak stim

    Bahan-bahan:

    • Ikan
    • Bawang putih – dihiris
    • Bawang merah – dihiris
    • Halia – dihiris
    • Serai – dihiris
    • Lada hitam
    • Air limau nipis (boleh ditukar kepada air asam jawa)
    • Daun ketumbar
    • Garam

    Cara penyediaan:

    1. Letakkan semua bahan ke atas ikan.
    2. Kukus ikan sehingga masak.

    Kari ikan (tanpa santan)

    Bahan-bahan:

    • Ikan
    • Bawang putih – dihiris
    • Bawang merah – dihiris
    • Halia – dihiris
    • Halba campur
    • Daun kari
    • Air asam jawa
    • Serbuk kari ikan
    • Air

    Cara penyediaan:

    1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
    2. Masukkan daun kari dan serbuk kari ikan. Tumis seketika sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
    4. Bila ikan sudah masak, masukkan garam dan tunggu sehingga mendidih.

    Ayam bakar berempah

    Bahan-bahan:

    • Ayam
    • Bawang putih – ditumbuk
    • Bawang merah – ditumbuk
    • Halia – ditumbuk
    • Kunyit – ditumbuk
    • Serai – ditumbuk
    • Lengkuas – ditumbuk
    • Serbuk kari
    • Lada hitam
    • Garam
    • Madu 

    Cara penyediaan:

    1. Gaulkan semua bahan bersama ayam. Diperap untuk seketika.
    2. Bakar ayam sehingga masak.

    Baca juga:

    Singgang ikan, antara menu makanan berpantang selepas bersalin

    Bahan-bahan:

    • Ikan
    • Bawang putih – dikisar
    • Bawang merah – dikisar
    • Halia – dikisar
    • Kunyit  – dikisar
    • Serai – dititik
    • Air
    • Sedikit air asam jawa
    • Lada hitam garam

    Cara penyediaan:

    1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
    2. Masak sehingga ikan masak.

    Ikan masak asam

    Bahan-bahan:

    • Ikan goreng
    • Bawang putih – dihiris
    • Bawang merah – dihiris
    • Halia – dihiris
    • Air asam jawa
    • Lada hitam
    • Garam 

    Cara penyediaan:

    1. Tumiskan bahan hiris dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
    2. Masukkan air asam jawa dan lada hitam.
    3. Masukkan garam mengikut kesesuaian.

    Terpulang kepada individu

    Tidak dinafikan pada zaman moden ini, rata-rata individu kurang mengamalkan pantang larang kepercayaan terdahulu sama ada dalam aspek pemakanan mahupun penjagaan keseluruhan.

    Walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah untuk memastikan makanan yang diambil adalah berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrisi yang optimum kepada badan. Kini anda telah tahu senarai makanan berpantang selepas bersalin. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan