home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Awas! Kunyit Ancam Kesihatan - Kajian

Awas! Kunyit Ancam Kesihatan - Kajian

Siapa yang tak kenal kunyit? Kunyit tau, bukan mengunyit. Ia merupakan antara bahan utama dalam masakan. Tapi tahu tak keburukan dan bahaya kunyit tehadap kesihatan? Ha…tak percaya? Baca perkongsian artikel ini.

Keburukan dan bahaya kunyit terhadap kesihatan

Dalam satu kajian yang diterbitkan di Environmental Research, sekumpulan penyelidik dari Stanford University menyatakan kunyit mungkin menyebabkan peningkatan neurotoksin dalam darah sekali gus meningkatkan ancaman kepada kesihatan secara keseluruhan.

Kajian yang dilakukan sejak 2014, para penyelidik berusaha mencari punca yang menyebabkan peningkatan neurotoksin dalam darah pada kebanyakan penduduk Bangladesh, khususnya dalam kalangan individu wanita dan kanak-kanak luar bandar.

Melalui analisis sampel tanah dan temu ramah yang dilakukan penyelidik dengan petani dan pembuat rempah-rempah, telah memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul selama ini.

Menurut salah seorang penyelidik, Jenna Forsyth, “Pada mulanya kami beranggapan punca keracunan plumbum adalah daripada alam sekitar, mungkin tanah atau air. Dan mungkin ia berpunca daripada saluran paip utama.”

“Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan membawa kami kepada satu jawapan dan penjelasan yang mengejutkan. Ia adalah mengenai bahan yang ditambah ke dalam makanan yang dimakan. Itulah puncanya,” jelas Jenna.

Kunyit bahan utama

bahaya kunyit

Sebelum ini terdapat kajian mengaitkan tentang kunyit yang mungkin menyebabkan keracunan. Selepas lima tahun kajian berterusan dilakukan, hasil kajian mencadangkan bahawa kunyit sememangnya mempunyai kaitan langsung dengan tahap neurotoksin dalam darah.

Keputusan ini dicapai setelah pasukan penyelidikan dari Stanford ini membuat lawatan ke atas sembilan daerah utama pengeluaran kunyit di Bangladesh bersama dua daerah yang menghasilkan sedikit rempah.

Di setiap lokasi kajian, penyelidik akan melakukan 154 wawancara ke atas individu yang menghasilkan dan menggunakan kunyit. Kajian turut mengumpul sampel kunyit, pigmen, habuk dan tanah dari pasar borong dan kedai runcit.

Hasilnya, sampel dan pigmen kunyit tujuh daripada sembilan daerah didapati tercemar dengan plumbum. Bukti pencemaran terbaik adalah daripada analisis isotop, di mana penyelidik menemui cap jari kimia.

Isotop yang diperolehi adalah sama dengan apa yang ditemui dalam darah pekerja industri penghasilan rempah kunyit di sana.

Haa, inilah salah satu keburukan dan bahaya kunyit yang ramai tak tahu!

Tingkatkan kebersihan

bahaya kunyit

“Daripada hasil kajian ini, kami mengesyorkan campur tangan segera daripada pengeluar dan pengguna kunyit untuk menangani krisis yang melibatkan kesihatan awam.

Ini adalah penting untuk memastikan kunyit bebas daripada plumbum,” ujar salah seorang penyelidik kajian ini.

Seperti di kebanyakan negara Asia lain, Bangladesh turut tidak terkecuali menjadikan kunyit sebagai antara rempah utama. Malahan berdasarkan kajian yang dilakukan, ia adalah bahan yang dimasukkan ke dalam makanan setiap hari.

Tanpa mengira jumlah, kandungan plumbum boleh menjadi toksik kepada otak dan badan. Ia boleh menurunkan IQ dan mengganggu perkembangan normal badan, terutama kepada golongan kanak-kanak.

Dalam kajian yang pernah diterbitkan pada tahun 2018, pasukan penyelidikan Stanford yang sama pernah mendedahkan lebih 30 peratus daripada 430 individu wanita hamil di pendalaman Bangladesh yang terdedah dengan toksin plumbum di dalam darah mereka.

Penjagaan kesihatan

Walaupun tidak terdapat bukti mengatakan rempah kunyit yang dihasilkan di Bangladesh dieksport ke luar dari negara itu tapi itu bukan bermaksud anda boleh mengabaikan isu ini.

Sebaiknya,hadkan pengambilan kunyit dalam penghasilkan makanan seharian anda.

Oleh sebab itu, jaga dengan keburukan dan bahaya kunyit. Ketahuilah pembuatannya amat tidak bersih dan mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Jenna E. Forsyth, Syeda Nurunnahar, Sheikh Shariful Islam, Musa Baker, Dalia Yeasmin, M. Saiful Islam, Mahbubur Rahman, Scott Fendorf, Nicole M. Ardoin, Peter J. Winch, Stephen P. Luby,
    Turmeric means “yellow” in Bengali: Lead chromate pigments added to turmeric threaten public health across Bangladesh. https://doi.org/10.1016/j.envres.2019.108722.
  2. Turmeric. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/cancer-in-general/treatment/complementary-alternative-therapies/individual-therapies/turmeric
  3. Turmeric. https://www.nccih.nih.gov/health/turmeric
  4. What is the History of Turmeric?. https://www.pbs.org/food/the-history-kitchen/turmeric-history/
  5. Ginger and Turmeric: How Do I Use Them and What Are Their Health Benefits? https://www.healthyfamiliesbc.ca/home/blog/ginger-and-turmeric-how-do-i-use-them-and-what-are-their-health-benefits
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 25/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung