Tips memilih nama bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sudah tidak sabar menantikan kelahiran si manja? Sudah tentu di fikiran anda terngiang-ngiang beberapa pilihan nama bayi tidak kiralah bayi lelaki ataupun bayi perempuan. Jika anda masih dalam dilema untuk memilih, kami bantu anda dengan menyediakan beberapa tips penting yang boleh anda ambil kira dalam pemilihan nama si manja.

Sekiranya anda masih belum mengetahui jantina bayi, kami sarankan untuk anda menyediakan dua nama; satu untuk bayi lelaki dan satu untuk bayi perempuan. Jadi, anda tidaklah perlu terkocoh-kocoh memikirkan nama lain jika yang keluar nanti jantinanya berbeza daripada yang dijangka. Selamat memilih!

  1.    Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik

Sedang menimbang untuk memilih nama moden ataupun klasik? Tak jadi masalah! Apa pun nama yang anda pilih, pastikan ia memberikan maksud yang baik. Sudah tentulah nama itu yang akan menjadi nama panggilan buat anak anda nanti. Dan, setiap panggilan nama itu memberikan satu doa. Jika maksud nama anak anda baik, maka setiap kali anda memanggil namanya, setiap kali itu jugalah anda mendoakannya dengan kebaikan.

  1.    Jangan sampai tergeliat lidah

Ibu bapa moden sekarang berlumba-lumba memberi anak nama yang unik dan sukar disebut, sehingga boleh tergeliat lidah dibuatnya. Malahan, ada juga yang meletakkan nama anak sepanjang-panjang sehingga perlu menarik nafas dua kali untuk menghabiskan sebutan. Wah! Begitu teruja sekali ibu bapa untuk menamakan anak mereka. Sebaik-baiknya, carilah nama anak yang mudah disebut, dieja dan tidak terlalu panjang. Ini bagi memudahkan kita untuk menyebutnya. Bagi masalah nama panjang pula, kesulitannya akan dirasai sewaktu anak mengisi borang termasuklah semasa peperiksaan di sekolah.

  1.    Berbincang

Ada suami isteri yang boleh bergaduh disebabkan berselisih pendapat dalam memberikan nama anak. Jangan begitu! Berbincanglah dengan elok. Jika anda masih buntu untuk memilih nama yang sesuai untuk si manja, dapatkan pandangan daripada ibu bapa dan ahli keluarga anda. Ataupun, jika anda tidak tahu membuat pilihan, senaraikan beberapa pilihan nama dan kemudian barulah minta pendapat orang tua anda untuk memilih nama yang sesuai.

15 NAMA BAYI LELAKI

Adam

Ammar

Anaqi

Danish

Darwisy

Faris

Haziq

Huzair

Iman

Izzat

Muhammad

Nuqman

Nuh

Rayyan

Ziqri

15 NAMA BAYI PEREMPUAN

Adelia

Alya

Afia

Dania

Eshal

Haura

Humaira

Inas

Irdina

Kamelia

Nayli

Rania

Safiyyah

Yasmeen

Zara

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Tahukah anda, darah beku boleh berlaku disebabkan stres yang melampau? Kesan stres bukan sahaja mempengaruhi emosi anda, tetapi juga fizikal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Pernah tak anda rasa sakit perut dan kejang ketika berlari? Jangan risau, perkara ini sesuatu yang kerap terjadi. Jom ikuti tips senaman kami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah penglihatan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    punca gemuk

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan