Mengidam Nak Makan Lemon Masam Masa Mengandung? – Ini Pro & Kontra Bakal Ibu Kena Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semasa mengandung, macam-macam yang ibu mengandung akan mengidam bukan?

Lebih mengejutkan, ada yang sampai teringin makan sabun, kapur dan pelbagai benda aneh.

Antara yang biasa kita dengar, ada ibu hamil yang mengidam lemon.

Persoalannya, apakah kesan makan dan minum lemon semasa mengandung?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Pengambilan lemon semasa mengandung

minum air suam

Secara umumnya, rata-rata bakal ibu akan mengalami mual-mual dan muntah semasa sedang hamil.

Ini akan berlaku terutamanya pada waktu pagi – kondisi yang dikenali sebagai morning sickness.

Mungkin disebabkan itu, ramai ibu hamil percaya bahawa pengambilan lemon boleh meredakan kondisi ini.

Ya, mungkin idea ini adalah logik jika difikirkan. Ini kerana buah yang tergolong dalam kategori sitrus ini memang bagus untuk melegakan mual dan muntah.

Pun begitu, ia adalah agak berbeza bagi ibu hamil.

Kalian perlu tahu bahawa makan dan minum lemon semasa mengandung mempunyai beberapa pro dan kontra masing-masing.

Jom kita ketahuinya bersama-sama!

Manfaat pengambilan lemon semasa hamil

Bibir dan Penjagaannya - lemon madu

Selain meredakan morning sickness, berikut adalah manfaat pengambilan lemon semasa hamil:

#1. Ia membantu anda kekal berhidrasi

Pakar percaya, wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak perlu mengambil kira-kira 300 kalori dan 300 ml air sehari terutamanya pada trimester kedua kehamilan.

Oleh itu, pengambilan lemon yang hampir memenuhi kriteria ini sangat penting ketika perut anda sedang memboyot!

#2. Buah yang kaya dengan folat

Lemon sangat kaya dengan folat.

Sebiji buah sitrus ini yang bersaiz normal sangat rendah dengan kalori dan mengandungi kira-kira 6.38 mikrogram (mcg) folat.

Semasa kehamilan, wanita sangat memerlukannya untuk perkembangan janin yang kuat, sihat dan sempurna.

#3. Lemon membantu merangsang imunisasi tubuh badan

Buah lemon juga adalah sumber vitamin C yang sangat baik. Ini sangat membantu merangsang sistem imun tubuh badan dalam melawan jangkitan biasa seperti demam atau selesema.

Dalam pada itu, buah sitrus ini juga mengandungi komponen anti-bakteria dan anti-kanser yang sangat kuat.

Ini kerana kandungan flavanones, eriocitrin dan hesperetin di dalamnya menjadikan lemon sebagai buah yang mampu melawan kuman, bakteria dan virus.

Mudarat pengambilan lemon semasa hamil

true-lemon-can-help-us-lose-weight

Pun begitu, ketahuilah bahawa di sebalik manfaatnya tersembunyi juga mudarat iaitu:

#1. Buah lemon boleh jadi punca pedih ulu hati

Seakan sudah menjadi lumrah wanita mengandung, kebanyakan mereka akan mengalami pedih ulu hati.

Ia berpunca dari pengambilan makanan atau minuman berasid tinggi termasuklah lemon.

Oleh itu, sila kurangkan pengambilannya dan ikuti langkah berikut:

  • makan sedikit tetapi lebih kerap
  • jangan berbaring selepas makan
  • elak makanan yang boleh mencetuskan simptom

#2. Buah kuning ini sangat tinggi kandungan gula

Mungkin ramai yang sedar perkara ini namun masih mengabaikannya.

Sekali lagi, ibu hamil sangat disarankan untuk mengelak dari mengambil makanan atau minuman bergula tinggi.

Lemon juga tidak terkecuali dari ini tidak kira jika ia dijadikan sebagai makanan atau minuman.

Oleh itu, sila kurangkan pengambilannya dan carilah makanan atau minuman yang lebih berkhasiat,

#3. Ia mungkin menyebabkan gigi rosak

Dalam pada itu, bakal ibu perlu tahu bahawa buah sitrus ini boleh membawa kepada kerosakan gigi.

Ini kerana pengambilannya secara berlebihan boleh merosakkan enamel pada gigi anda terutamanya kondisi gigi yang rapuh ekoran kehamilan.

Walaupun ada yang mengatakan lemon boleh menyeimbangkan kandungan pH dalam tubuh badan, ketahuilah bahawa ia juga mungkin boleh merosakkan gigi dan senyuman anda.

Konklusinya, pengambilan lemon semasa mengandung mempunyai pro dan kontra masing-masing.

Walau bagaimanapun, tidak salah untuk makan atau minum buah sitrus ini. Cuma, jangan berlebihan.

Ibu mengandung disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

Ya, jangan terkejut dengan kenyataan di mana memang wujud kesan ambil pil perancang! Apakah ia? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kontraseptif 03/02/2021 . 3 minit bacaan

Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
apa itu gdm

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan