Semasa mengandung, macam-macam yang ibu mengandung akan mengidam bukan?
Lebih mengejutkan, ada yang sampai teringin makan sabun, kapur dan pelbagai benda aneh.
Antara yang biasa kita dengar, ada ibu hamil yang mengidam lemon.
Persoalannya, apakah kesan makan dan minum lemon semasa mengandung?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!
Pengambilan lemon semasa mengandung
Secara umumnya, rata-rata bakal ibu akan mengalami mual-mual dan muntah semasa sedang hamil.
Ini akan berlaku terutamanya pada waktu pagi – kondisi yang dikenali sebagai morning sickness.
Mungkin disebabkan itu, ramai ibu hamil percaya bahawa pengambilan lemon boleh meredakan kondisi ini.
Ya, mungkin idea ini adalah logik jika difikirkan. Ini kerana buah yang tergolong dalam kategori sitrus ini memang bagus untuk melegakan mual dan muntah.
Pun begitu, ia adalah agak berbeza bagi ibu hamil.
Kalian perlu tahu bahawa makan dan minum lemon semasa mengandung mempunyai beberapa pro dan kontra masing-masing.
Jom kita ketahuinya bersama-sama!
Manfaat pengambilan lemon semasa hamil
Selain meredakan morning sickness, berikut adalah manfaat pengambilan lemon semasa hamil:
#1. Ia membantu anda kekal berhidrasi
Pakar percaya, wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak perlu mengambil kira-kira 300 kalori dan 300 ml air sehari terutamanya pada trimester kedua kehamilan.
Oleh itu, pengambilan lemon yang hampir memenuhi kriteria ini sangat penting ketika perut anda sedang memboyot!
#2. Buah yang kaya dengan folat
Lemon sangat kaya dengan folat.
Sebiji buah sitrus ini yang bersaiz normal sangat rendah dengan kalori dan mengandungi kira-kira 6.38 mikrogram (mcg) folat.
Semasa kehamilan, wanita sangat memerlukannya untuk perkembangan janin yang kuat, sihat dan sempurna.
#3. Lemon membantu merangsang imunisasi tubuh badan
Buah lemon juga adalah sumber vitamin C yang sangat baik. Ini sangat membantu merangsang sistem imun tubuh badan dalam melawan jangkitan biasa seperti demam atau selesema.
Dalam pada itu, buah sitrus ini juga mengandungi komponen anti-bakteria dan anti-kanser yang sangat kuat.
Ini kerana kandungan flavanones, eriocitrin dan hesperetin di dalamnya menjadikan lemon sebagai buah yang mampu melawan kuman, bakteria dan virus.
Mudarat pengambilan lemon semasa hamil
Pun begitu, ketahuilah bahawa di sebalik manfaatnya tersembunyi juga mudarat iaitu:
#1. Buah lemon boleh jadi punca pedih ulu hati
Seakan sudah menjadi lumrah wanita mengandung, kebanyakan mereka akan mengalami pedih ulu hati.
Ia berpunca dari pengambilan makanan atau minuman berasid tinggi termasuklah lemon.
Oleh itu, sila kurangkan pengambilannya dan ikuti langkah berikut:
- makan sedikit tetapi lebih kerap
- jangan berbaring selepas makan
- elak makanan yang boleh mencetuskan simptom
#2. Buah kuning ini sangat tinggi kandungan gula
Mungkin ramai yang sedar perkara ini namun masih mengabaikannya.
Sekali lagi, ibu hamil sangat disarankan untuk mengelak dari mengambil makanan atau minuman bergula tinggi.
Lemon juga tidak terkecuali dari ini tidak kira jika ia dijadikan sebagai makanan atau minuman.
Oleh itu, sila kurangkan pengambilannya dan carilah makanan atau minuman yang lebih berkhasiat,
#3. Ia mungkin menyebabkan gigi rosak
Dalam pada itu, bakal ibu perlu tahu bahawa buah sitrus ini boleh membawa kepada kerosakan gigi.
Ini kerana pengambilannya secara berlebihan boleh merosakkan enamel pada gigi anda terutamanya kondisi gigi yang rapuh ekoran kehamilan.
Walaupun ada yang mengatakan lemon boleh menyeimbangkan kandungan pH dalam tubuh badan, ketahuilah bahawa ia juga mungkin boleh merosakkan gigi dan senyuman anda.
Konklusinya, pengambilan lemon semasa mengandung mempunyai pro dan kontra masing-masing.
Walau bagaimanapun, tidak salah untuk makan atau minum buah sitrus ini. Cuma, jangan berlebihan.
Ibu mengandung disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu okay!
[embed-health-tool-due-date]