backup og meta

Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

Semasa kelahiran secara vakum, doktor akan menggunakan alat vakum untuk membantu bawa bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong ke belakang?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kelahiran secara vakum

Alat peranti vakum yang dikenali sebagai pengekstrak vakum, menggunakan cawan lembut yang dilekatkan pada kepala bayi dengan penyedut. 

Seperti prosedur bersalin lain, pastinya wujud risiko yang berkaitan dengan kelahiran secara vakum.

Malahan, kaedah bersalin normal juga boleh mengakibatkan komplikasi pada ibu dan bayi.

Umumnya, penggunaan alat bantuan kelahiran pengekstrak vakum ini adalah bagi mengelakkan kelahiran caesarean atau mencegah tekanan pada janin. 

Terkejut lihat kepala bayi lonjong

Jangan panik. Keadaan tersebut TIDAK akan menjadi bentuk kepala bayi anda selama-lamanya.

Semasa dilahirkan, semua si manja yang baru lahir mempunyai bentuk kepala bayi tidak normal dan berubah-ubah.

Namun, anda harus menjangkakan bayi yang lahir secara normal melalui saluran faraj akan mumpunyai bentuk kepala lonjong atau disebut sebagai cone shape.

Hakikatnya, situasi itu adalah perkara biasa. Tubuh manusia adalah ciptaan yang menakjubkan!

Pada tengkorak bayi terdapat dua titik lembut serta mudah lentur. 

Untuk membantu kepala bayi masuk ke saluran kelahiran yang ketat dan sempit, bahagian itu akan bertindih dan dimampatkan – dikenali sebagai head molding.

kepala bayi lonjong
Terdapat komplikasi yang perlu dihadapi oleh ibu mengandung jika bersalin vakum.

Selalunya, isu kepala bayi lonjong ke belakang ini jarang berlaku pada kelahiran melalui proses pembedahan C-Sec.

Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada anda bersalin secara kelahiran faraj atau caesarean, jika bayi turun ke pelvis untuk tempoh yang lama, maka kemungkinan untuk wujud kepala bayi melonjong adalah lebih ketara.

Superficial scalp wounds

Merupakan keadaan kulit kepala yang biasa terjadi kesan daripada kelahiran secara vakum. 

Bahkan, selepas kelahiran faraj normal, ia bukanlah perkara pelik untuk melihat bengkak pada bahagian kecil kulit kepala si manja. 

Seperti yang dijelaskan awal tadi, semasa bersalin, serviks dan saluran kelahiran akan memberikan banyak tekanan pada bahagian kepala bayi yang akan bergerak memasuki saluran tersebut terlebih dahulu. 

Ini mengakibatkan pembengkakan yang dapat membuat kepala bayi lonjong.

Pembengkakan mungkin berlaku pada sebelah bahagian kepala bayi jika kepalanya condong ke satu sisi semasa kelahiran.

Pembengkakan ini biasanya hilang dalam 1 hingga 2 hari selepas melahirkan.

Vakum cawan logam

Pengekstrak vakum asalnya mempunyai cawan logam, sekali gus meningkatkan risiko untuk bayi mengalami pembengkakan pada kepala yang berbentuk seakan kon – dikenali sebagai chignon.

Adakalanya, tempat bekas cawan logam yang diletakkan pada kepala bayi menyebabkan sedikit perubahan warna kulit serta lebam. 

kepala bayi lonjong
Kepala bayi yang melonjong dapat dielakkan dengan penggunaan cawan plastik semasa pembedahan.

Namun pada hari ini, kebanyakan pengekstrak vakum menggunakan cawan sedutan plastik atau Silastik.

Penggunaan cawan tersebut tidak akan menyebabkan pembentukan kepala bayi lonjong chignon dan kurang mengakibatkan pembengkakan.

Berapa lama keadaan kepala bayi lonjong?

Selalunya tengkorak bayi yang mudah lentur itu akan kembali ke tahap perkembangan dalam tempoh 48 jam. 

Ini bermaksud, kepala bayi melonjong akan berubah dan kelihatan bulat dalam tempoh 2 hari. Pun begitu, adakalanya ia mungkin memakan masa beberapa minggu. 

Tetapi ibu ayah usah bimbang, keadaan kepala yang lonjong itu tidak akan kekal lama. 

Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan itu berlanjutan selepas beberapa minggu atau anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik.

Tip untuk mengurangkan kesan kepala bayi lonjong

Ada ke cara mengembalikan kepala bayi yang lonjong?

Biasanya, keadaan kepala bayi anda akan kembali kepada bentuk bulat yang comel dalam tempoh masa antara 2 hari dan beberapa minggu selepas dilahirkan

Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi bentuk kepala si manja. Antaranya: 

  • Berbaring pada kedudukan yang sama
  • Tekanan pada bahagian belakang tengkorak
  • Tidak mengubah posisi arah kepala bayi ketika berbaring
  • Kepala senget (distortion) disebabkan trauma atau anomali genetik
4 cara kurangkan masalah kepala lonjong 

Jika kepala bayi berada dalam keadaan lonjong untuk tempoh yang lebih lama, mesti anda ingin tahu cara mengurangkannya, betul tak? Ada beberapa cara mengembalikan kepala bayi yang lonjong boleh dicuba.

  1. Pastikan bayi tidak berbaring secara menelentang pada satu posisi untuk tempoh yang lama. Jika tidak ia boleh mengakibatkan plagiocephaly – keadaan belakang kepala atau sisi rata.
kepala bayi lonjong
Pastikan bayi anda tidak baring dalam posisi melentang dalam tempoh yang lama.
  1. Galakkan bayi untuk berubah kedudukan dengan meletakkan mereka menghadap arah yang berbeza atau menggerakkan mainan ke posisi berlainan.
  2. Anda juga boleh mendukung bayi atau meletakkan si manja dalam baby carrier untuk mengurangkan dan melegakan tekanan yang dialami bahagian belakang kepala mereka. 
  3. Berikan bayi tummy time yang secukupnya beberapa kali sehari. Tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka. 

Pemeriksaan doktor

Jika wujud sebarang keraguan mengenai keadaan kepala bayi anda selepas kelahiran secara vakum, rujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian dan jalan penyelesaian terbaik.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Assisted Vaginal Delivery. https://www.acog.org/womens-health/faqs/assisted. accessed on Dec 12, 2020
  2. Vacuum Extraction Delivery. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/22305-vacuum-extraction-delivery. accessed on Dec 12, 2020
  3. Forceps or vacuum delivery. https://www.nhs.uk/pregnancy/labour-and-birth/what-happens/forceps-or-vacuum-delivery/. accessed on Dec 12, 2020
  4. Vacuum Extraction Injury. https://www.birthinjuryguide.org/birth-injury/types/vacuum-extraction-injury/. accessed on Dec 12, 2020
  5. Infant and toddler health. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20045964. accessed on Dec 12, 2020
  6. Your Baby’s Head. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Your-Babys-Head.aspx. accessed on Dec 12, 2020

 

 

 

Versi Terbaru

07/05/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ibu Baru Bersalin, Awasi 5 Tanda Tali Pusat Anak Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena 'Prepare' Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!


Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 07/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan