Doula: Apa yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila melibatkan keinginan mendapatkan anak, seseorang ibu sudah pasti mempunyai visi tersendiri bagi melalui fasa kelahiran yang diinginkan. Malah, mungkin ramai wanita memilih untuk melibatkan doula, bidan atau kedua-duanya sebagai sebahagian daripada pelan mereka untuk kehamilan, kelahiran, dan bulan-bulan awal pembelajaran penting untuk menjaga bayi yang baru lahir.

Fenomena doula di Malaysia

Menurut theasianparent, doula atau peneman kelahiran telah terlibat dalam proses bersalin seorang ibu yang berlaku di rumah sendiri. Kes itu diterukkan lagi dengan keadaan posisi bayi yang songsang. Akibatnya, bayi tersebut lemas dan gagal diselamatkan walaupun telah dikejarkan ke hospital.

Kes yang terjadi ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini, telah berlaku kes bersalin di rumah dengan doula menjadi penemannya.

Apa itu doula?

Doula adalah seseorang yang menyediakan sokongan emosi dan fizikal kepada anda semasa tempoh kehamilan dan kelahiran. Bagaimanapun, doula bukan profesional perubatan. Mereka tidak melakukan proses kelahiran bayi atau menyediakan rawatan perubatan.

Jenis-jenis doula

Menurut WebMD, secara asasnya, terdapat 3 jenis doula iaitu

  • Doula antepartum: Membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.
  • Doula labor: Berada di sisi ibu ketika bersalin. Namun, seorang doktor ada berkongsi tentang isu doula di Malaysia iaitu hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.
  • Doula pospartum: Berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan. Selain itu, membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.

Peranan seorang doula

Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:

  • Emosi
  • Pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
  • Fizikal (secara sentuhan seperti urutan)

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Adakah doula pengganti suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin?

Tidak, perkhidmatan doula adalah sebagai sokongan tambahan bagi si ibu. Walaupun sudah mempunyai doula, ia bukan untuk mengganti tugas suami. Malah, suami masih perlu memainkan peranan dalam hal penjagaan isteri dan proses bersalin.

Bagaimana pula dengan bidan?

Mungkin ramai ibu yang masih keliru mengenai perbezaan antara doula dan bidan (midwife). Menurut healthline, bidan adalah ahli perubatan terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu memberikan panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan