Opss! Rasa Ada Cecair Celah Paha, Apa Ibu Perlu Buat Bila Air Ketuban Bocor?

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila sudah tiba masanya untuk bayi lahir, air ketuban anda akan pecah. Jadi, apa yang anda jangkakan jika air ketuban pecah? Bagaimana jika air ketuban pecah semasa anda sedang membeli-belah? Usah risau! Situasi ini tidaklah secemas seperti yang anda tonton dalam drama atau filem.

Apa akan jadi jika air ketuban saya pecah?

Bayi anda dilindungi dalam membran yang penuh dengan cecair dipanggil cecair amniotik. Apabila membran ini pecah, cecair akan keluar melalui serviks dan vagina anda. Selalunya, air ketuban pecah adalah tanda-tanda anda hendak bersalin, tetapi ia juga boleh berlaku sebelum tarikh jangkaan bersalin anda.

Apa yang anda rasa semasa air ketuban pecah?

Pengalaman setiap orang berbeza. Adakah ia rasa seperti meletup? Atau ia keluar seperti satu pancuran ataupun meleleh perlahan-lahan? Sebenarnya, anda akan rasa seperti semua di atas. Untuk sesetengah keadaan, ia mungkin rasa seakan-akan lelehan air yang jatuh seperti anda terkencing. Untuk keadaan lain pula, ia boleh jadi lebih dramatik. Namun, selalunya, ibu akan rasa tekanan, kemudian rasa letupan kecil diikuti dengan lelehan, sebaik sahaja air ketuban pecah.

Anda boleh memastikan kebocoran cecair amniotik bukan air kencing jika airnya tidak berbau. Sesetengah wanita memberitahu air ketuban berbau manis, seperti klorin atau air mani. Air ketuban kelihatan jernih ataupun berserta sedikit darah.

Bila air ketuban saya akan pecah?

Air ketuban pecah pada peringkat pertama bersalin, iaiatu apabila kontraksi bermula. Akan tetapi, bukan semua wanita berpengalaman air ketuban pecah pada masa yang sama. Kira-kira satu dalam 10 wanita mengalami air ketuban pecah sebelum melahirkan bayi. Ini dipanggil membran ruptur pra-bersalin (PROM). Dalam sesetengah kes terpencil, kira-kira tiga dalam 100 wanita mengalami air ketuban pecah lebih awal, iaitu sebelum usia kehamilan 37 minggu. Ini juga dipanggil membran ruptur pramasa pra-bersalin (PROM). Jika air ketuban anda pecah lebih awal, anda mungkin memerlukan induksi untuk memulakan proses bersalin.

Apa yang perlu saya lakukan jika air ketuban saya pecah? 

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah bertenang dan hubungi hospital bersalin anda. Pada penghujung kehamilan, kemungkinan ada 800ml cecair. Jadi, untuk memastikan air ketuban tidak menjadi masalah untuk anda, pakailah tuala wanita untuk melindungi pakaian anda daripada kebocoran dan kotor. Jika banyak air ketuban yang pecah, anda perlu meletakkan tuala kecil yang bersih pada bahagian intim anda. Semasa pergi ke hospital, anda boleh melindungi tempat duduk anda dengan plastik dan tuala bersih.

Bagaiman jika air ketuban saya pecah sebelum tempoh jangkaan bersalin?

Dalam kes PROM, anda boleh menunggu sehingga kontraksi bermula iaitu dalam tempoh 24 jam selepas air ketuban pecah. Tidak mengapa jika anda mandi atau membersihkan diri ketika ini, tetapi elakkan daripada melakukan hubungan seks kerana perbuatan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada bayi anda. Jika tempoh 24 jam telah berlalu (selepas air ketuban pecah) dan anda masih belum rasa kontraksi, segera hubungi doktor anda.

Dalam kes PPROM, bermakna air ketuban anda pecah di saat usia kandungan anda kurang daripada 37 minggu, anda perlu menghubungi Pakar Obstetrik & Ginekologi dan segera ke hospital. Sementara anda pergi ke hospital, tumpukan pada cecair amniotik anda. Kehilangan cecair boleh menimbulkan risiko pada bayi dan ia boleh dilihat pada warna cecair. Berbanding berwarna jernih, cecair amniotik anda akan tercemar dengan banyak darah atau kehijauan atau gelap diikuti dengan bau busuk.

Penting untuk anda memerhatikan cecair amniotik sebaik sahaja air ketuban pecah, terutama jika air ketuban pecah sebelum tempoh bersalin. Kira-kira satu dalam 100 bayi mendapat jangkitan, berbanding satu dalam 200 bayi yang mana air ketubannya belum pecah sebelum tempoh bersalin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

    Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    bersalin secara normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

    Kanser perut mempunyai pelbagai tanda dan simptom yang anda perlu ketahui. Salah satu simptomnya ialah sakit perut yang berpanjangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Rawatan penyakit perut yang berkaitan kanser bergantung kepada jenis dan tahap barah tersebut sewaktu didiagnosis. Ambil tahu tentangnya dari sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Masih Perlu Dirawat, Saiz Besar Lebih 10cm Perlu Dibuang!

    Masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

    Ah hampanya! Dah cuba pelbagai cara menidurkan bayi, tetapi semua tak berkesan! Ingin cuba mainan gantung, tapi ragu-ragu? Baca artikel ini dahulu ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    Cara menghilangkan sakit perut

    Rawatan Dan Pencegahan Untuk Kanser Perut, Jangan Terleka Dengan Pemakanan Yang Tak Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    Penyebab sakit perut

    Ada 19 Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Ubah Gaya Pemakanan Anda Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    pemeriksaan perut

    Usah Risau Jika Anda Didiagnosis Dengan Kanser Perut, Ini Semua Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan