Nak Kembali Langsing Lepas Bersalin, Pakai Bengkung, Tapi Benarkah Ini Manfaatnya? Atau Ada Mudarat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selepas melahirkan anak, pastinya akan ada yang menyarankan untuk anda mengamalkan pemakaian bengkung bersalin. Namun adakah ia boleh mendatangkan manfaat atau lebih kepada mudarat?

Apa sebenarnya bengkung bersalin?

Secara mudahnya bengkung bersalin ini adalah produk yang dililitkan di pinggang untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak. 

Umumnya, terdapat pelbagai jenis produk bengkung yang berbeza di pasaran. Berikut adalah variasi bengkung yang sering digunakan di negara Barat, seperti:

#Belly wrap

Merupakan bengkung elastik lebar yang boleh dilaraskan dan akan menutupi badan daripada tulang rusuk sehingga ke bahagian atas pinggul. Ia memberikan tekanan pemampatan lembut. 

#Abdominal compression binder 

Bengkung ini adalah antara alat perubatan yang direka untuk dipakai selepas pembedahan pada abdomen

Ia memberikan tekanan pemampatan sederhana sehingga kuat yang boleh dilaraskan (velcro) mengikut kesesuaian.

Walaupun ia tidak dikhususkan untuk penggunaan wanita selepas bersalin, tetapi masih ada yang memilih untuk menggunakannya. 

#Waist trainers/cinchers

Juga merupakan bengkung lebar boleh dilaraskan yang merangkumi bahagian tengah badan – dari bawah dada sehingga ke bahagian atas pinggul. 

Jenis bengkung ini biasanya digunakan oleh golongan selebriti. Ia diperbuat daripada bahan getah atau bahan lain dan berkemungkinan mengandungi plastik atau logam.

Tujuan pemakaiannya adalah bagi mengurangkan ukuran pinggang secara drastik dan menawarkan pemampatan lebih kuat.

melahirkan anak

#Korset

Terdapat dalam pelbagai bentuk, ukuran, gaya dan tahap pemampatan yang berbeza. Namun, kebanyakannya dianggap untuk membentuk badan agar tampak lebih menarik.

Itu adalah jenis bengkung yang digunakan di Barat. Bagaimana pula jenis bengkung bersalin yang terdapat di Malaysia?

Terdapat beberapa pilihan bengkung daripada tradisional sehingga moden seperti:

  • Bengkung tradisional bertali
  • Bengkung lilitan jawa
  • Bengkung tali zig zag
  • Bengkung bertali/barut
  • Bengkung sarung moden – tube
  • Bengkung moden – velcro

Pastinya setiap jenis produk bengkung mempunyai fungsinya yang tersendiri dan dapat membantu pemulihan selepas melahirkan anak.

Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan ia sesuai dan dicipta khusus untuk membantu wanita pulih selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan. 

Ini kerana jika anda menggunakan produk yang salah, ia boleh menyebabkan kesakitan dan berisiko mendatangkan bahaya. 

Manfaat pemakaian bengkung bersalin

Fungsi utama membalut perut anda selepas bersalin adalah untuk memberikan sokongan dan menyelaraskan bahagian tersebut agar organ dan otot abdomen dapat menjalankan tugasnya dengan baik. 

Ia juga membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim. 

Bagi ibu mengandung yang menjalani pembedahan caesarean, penggunaan bengkung dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya. 

Pemakaian bengkung bersalin mungkin dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan, menstabilkan dasar pelvis dan membantu menyembuhkan diastis rektum – keadaan selepas kehamilan biasa di mana otot-otot abdomen terpisah.

Berdasarkan kajian, pemakaian bengkung juga dapat membantu wanita bangun dan berjalan lebih jauh.

Dalam penyelidikan lain pun mendakwa bahawa bengkung yang dipakai dapat mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas menjalani pembedahan C-Sec.

Bagi wanita yang mempunyai masalah estetika – berkaitan penampilan fizikal, sudah pasti pemakaian bengkung dapat membantu anda untuk tampak lebih langsing dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil lebih cepat. 

Jadi adakah ia bermakna pemakaian bengkung selepas melahirkan anak membawa manfaat seperti mengurangkan berat badan?

bengkung kuruskan badan

Bengkung bantu kurangkan berat badan?

Sememangnya ada yang mengatakan bengkung bersalin dapat membantu mengurangkan berat badan.

Namun, menurut pakar kesihatan wanita, dakwaan bahawa bengkung dapat mengawal pengekalan air dan mengurangkan berat badan tidak dapat dibuktikan secara perubatan. 

Pun begitu, kebanyakan ibu selepas bersalin yang mengamalkan penggunaan bengkung ini menyatakan mereka kehilangan berat dengan lebih cepat.

Tetapi keadaan itu mungkin disalah ertikan dengan penyingkiran semua cecair kehamilan tambahan sebagai penurunan berat badan. 

Walau apapun, jika pemakaiannya dapat membantu mengurangkan kesakitan sehingga membolehkan anda bergerak lebih aktif, pastinya secara tidak langsung ia membolehkan penurunan berat badan berlaku.

Tidak sesuai untuk semua

Walaupun bengkung sekadar produk yang dipakai pada bahagian luar badan, namun bukan semua wanita boleh memakainya selepas bersalin. 

Ini terutamanya bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan, khususnya pada luka bahagian czer atau mengalami komplikasi kehamilan atau kelahiran lain seperti preeklampsia atau amnionitis.

Pokok pangkalnya, jika penggunaan bengkung bersalin dapat memberikan keselesaan dan sokongan tambahan, anda bebas untuk memakainya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 23/08/2020 . 3 minit bacaan

Tahu Tak, Nak Mandi Selepas Bersalin Pun Ada Syaratnya, Bukan Boleh Terus MANDI!

Selesai proses kelahiran, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Boleh ke mandi selepas bersalin? Ini penjelasan penjagaan ibu selepas melahirkan anak ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas Bersalin Czer? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Oh, Baru Tahu! Selain Bersalin Normal & Czer, Ade 3 Lagi Kaedah Bersalin Natural

Teknik melahirkan anak secara normal atau caesarean adalah biasa. Tetapi sebenarnya ada banyak kaedah bersalin semula jadi yang jarang kita ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 07/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

proses bersalin normal

Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
kontraksi

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan