EDD Makin Hampir? Ini 7 Penjagaan PENTING Buat Ibu Selepas Bersalin, Sila Ambil Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tempoh berpantang adalah 1 jangka masa penting selepas melahirkan anak. Jom ketahui 7 penjagaan selepas bersalin yang tidak boleh dipandang enteng.

Tempoh berpantang

Selepas melahirkan anak adalah 1 fasa penting bagi setiap ibu.

Dalam jangka masa antara 6 hingga 8 minggu atau dipanggil tempoh berpantang, ibu selepas bersalin perlu memberikan penjagaan lebih rapi kepada diri. Kenapa?

Ini kerana dalam tempoh berpantang tersebut, ibu akan mengalami perubahan emosi dan fizikal.

Dalam masa yang sama, anda perlu belajar untuk menyeimbangkan tanggungjawab bergelar ibu.

Sepanjang tempoh itu, ibu yang baru melahirkan anda perlu berehat, memulihkan badan dan mengikat hubungan kasih sayang dengan si manja. Bukannya melakukan kerja berat seperti mengemas rumah dan membasuh baju, okay?

Kaedah berpantang adalah berbeza di setiap negara. Malahan di Malaysia juga pasti berbeza bagi setiap bangsa, sama ada Melayu, Cina mahupun India.

Tetapi kesemua kaedah berpantang pastinya berkisarkan tentang penjagaan selepas bersalin.

7 penjagaan selepas bersalin wajib tahu

2. Gunakan pek ais sekitar bahagian faraj Selepas melahirkan anak, anda mungkin akan berasa sakit pada bahagian sekitar faraj. Ia adalah 1 perkara normal untuk berlaku. Bagi mengurangkan rasa sakit itu, anda boleh menggunakan pek ais dengan meletakkannya sekitar faraj. Sebaiknya balut pek ais tersebut dengan tuala atau kain bersih dan lembut. 3. Menggunakan air suam Sememangnya mandi dengan air sejuk dapat memberikan kesegaran kepada badan. Tetapi buat ibu selepas bersalin, elakkan untuk buat sementara waktu. Pilihlah untuk mandi dengan air suam/panas. Selepas bersalin, anda mungkin akan mengalami kesakitan pada sekitar bahagian faraj dan rektum - organ pada bahagian punggung. Kedua-dua bahagian ini sukar untuk dicuci dan berisiko dijangkiti. Jadi gunakan air suam untuk mencuci dan bersihkannya dengan perlahan dan lembut. Jangan pula anda tidak mencucinya kerana mahu mengelakkan rasa sakit. 4. Pastikan minum air secukupnya Sebut pasal minum air ini, ia bukan air manis, berkarbonat atau sebarang minuman tenaga, okay? Tetapi perbanyakkan meminum air kosong. Ia bertujuan untuk memastikan badan kekal terhidrat. Lebih lagi ketika cuaca panas. Malahan amalan penjagaan selepas bersalin ini juga membantu menghindari risiko untuk berdepan masalah sembelit. Sembelit adalah 1 isu normal kerap dialami ibu selepas bersalin. Jadi sewaktu tempoh berpantang, pastikan anda mengambil makanan tinggi serat dan memperbanyakan pengambilan air, okay?

Ini adalah senarai penjagaan selepas bersalin umum untuk ibu yang baru melahirkan anak. 

  1. Menggunakan pad dan bukan tampon

Sama seperti ketika kedatangan haid, selepas bersalin lapisan pada rahim akan ‘menipis’ dan anda akan mengalami pendarahan. Proses ini dipanggil lochia.

Keadaan yang berlaku sepanjang tempoh berpantang ini biasanya berlarutan sehingga 6 minggu, sekali gus akan mendedahkan anda kepada jangkitan pada bahagian faraj. 

Jadi penggunaan pad atau tuala wanita adalah lebih baik. Ini kerana jika anda menggunakan tampon, ia akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami masalah jangkitan pada bahagian intim.

  1. Gunakan pek ais sekitar bahagian faraj

Selepas melahirkan anak, anda mungkin akan berasa sakit pada bahagian sekitar faraj. Ia adalah 1 perkara normal untuk berlaku.

Bagi mengurangkan rasa sakit itu, anda boleh menggunakan pek ais dengan meletakkannya sekitar faraj.

Sebaiknya balut pek ais tersebut dengan tuala atau kain bersih dan lembut.

  1. Menggunakan air suam 

Sememangnya mandi dengan air sejuk dapat memberikan kesegaran kepada badan.

Tetapi buat ibu selepas bersalin, elakkan untuk sementara waktu. Pilihlah untuk mandi dengan air suam/panas.

Selepas bersalin, anda mungkin akan mengalami kesakitan pada sekitar bahagian faraj dan rektum – organ pada bahagian punggung.

Kedua-dua bahagian ini sukar untuk dicuci dan berisiko dijangkiti.

Jadi gunakan air suam untuk mencuci dan bersihkannya dengan perlahan dan lembut.

Jangan pula anda tidak mencucinya kerana mahu mengelakkan rasa sakit.

  1. Pastikan minum air secukupnya

7-penjagaan-selepas-bersalin-penting-buat-ibu

Sebut pasal minum air ini, ia bukan air manis, berkarbonat atau sebarang minuman tenaga, okay? Tetapi perbanyakkan meminum air kosong. 

Ia bertujuan untuk memastikan badan kekal terhidrat. Lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Malahan amalan penjagaan selepas bersalin ini juga membantu menghindari risiko untuk berdepan masalah sembelit. 

Sembelit adalah 1 isu normal yang kerap dialami ibu selepas bersalin.

Jadi sewaktu tempoh berpantang, pastikan anda mengambil makanan tinggi serat dan perbanyakkan pengambilan air, okay?

  1. Makanan bernutrisi

Ini adalah 1 aspek penting dalam penjagaan selepas bersalin buat ibu, terutamanya untuk ibu menyusu badan.

Pengambilan makanan bernutrisi sangat digalakkan bagi memberikan manfaat kepada bayi melalui penyusuan

Pastikan makanan yang diambil mengandungi nutrisi seperti protein, zat besi dan kalsium; kesemuanya terkandung dalam buah-buahan, sayuran dan produk tenusu. 

  1. Berehat

9 bulan anda membawa bayi di dalam kandungan anda ke mana sahaja.

Anda mungkin menikmati saat-saat itu, tetapi dalam masa yang sama pastinya ia meletihkan anda dan adakalanya mendatangkan ketidakselesaan.

Jadi dalam tempoh berpantang, inilah masa untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi walaupun anda perlu menyusukan si manja setiap 3 jam, menukar lampin dan membelai mereka.

Namun, pastikan anda tetap mencuba untuk mendapatkan tidur 7 hingga 8 jam setiap hari.

Anda mungkin perlu menukar corak tidur buat seketika. Peraturan PENTING – bayi tidur, maka anda juga harus tidur.

  1. Dapatkan bantuan

tempoh berpantang

Walaupun anda gembira dengan kelahiran si manja, namun itu tidak bermakna segala tanggungjawab menjaga bayi perlu dipikul sendirian. Jika terlalu letih, anda berisiko mengalami tekanan. 

Sekiranya mampu, upah penjaga yang boleh membantu melakukan tugasan rumah serta menjaga si manja apabila anda perlu berehat.

Jika tidak, minta pertolongan ahli keluarga terdekat jika mereka boleh membantu.

Penjagaan selepas bersalin penting buat si ibu

Dalam keseronokan menerima cahaya mata, ia tidak bermakna anda perlu melupakan dan mengabaikan penjagaan diri anda sendiri.

Anda adalah watak utama paling penting yang memerlukan penjagaan diri.

Tentukan untuk diri anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi serta menjaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan badan anda. 

Jika anda sayang si manja, anda juga perlu untuk menyayangi diri anda sendiri, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Manfaat Luar Biasa Terapi Air Untuk Kelembapan Kulit

    Menyesuaikan diri anda dengan terapi air boleh membantu anda untuk mengekalkan kelembapan kulit tanpa perlu berbelanja secara berlebihan untuk produk kosmetik dan alat solek hanya untuk meremajakan wajah anda. Rahsia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 08/03/2019 . 3 minit bacaan

    Kepentingan Air Kosong untuk Si Manja Anda

    Nutrien yang paling penting ialah air. Bagi bayi dan kanak-kanak, keperluan air adalah kritikal kerana mereka memerlukan lebih banyak cecair dinisbahkan pada saiz badan mereka berbanding orang dewasa. Ginjal atau ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    ibu bersalin

    Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan