backup og meta

4 Tip Bersenam Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan

4 Tip Bersenam Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan

Pejam celik sahaja, bulan ramadan yang ditunggu-tunggu setahun lamanya kini sudah tiba lagi. Tidak dapat dinafikan, di sebalik kemeriahan menyambut kedatangan bulan mulia ini sudah pasti tubuh badan kita akan berasa agak lemah dan lesu kerana berpuasa. Oleh itu, apa kata kita bersama-sama melakukan senaman untuk kekal cergas semasa berpuasa. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip bersenam semasa berpuasa di bulan ramadan.

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa bersenam semasa berpuasa adalah tidak semudah yang disangka kerana ia adalah sama sekali berbeza dengan aktiviti senaman semasa bulan-bulan yang lain. Disebabkan itu, anda perlu tahu apa dan bagaimana untuk melakukannya tanpa mendatangkan sebarang mudarat kepada anda.

Berikut merupakan tip bersenam semasa berpuasa:

bersenam semasa berpuasa

#1. Bila waktu sesuai untuk anda bersenam?

Menurut jurulatih kecergasan terkemuka negara kita iaitu Kevin Zahri, aktiviti senaman wajar dikurangkan atau dihentikan terus sepanjang ramadan. Ini bertujuan untuk merehatkan badan yang sudah aktif sepanjang tahun serta membolehkan badan membaiki setiap wear-n-tear.

Pun begitu, anda masih boleh bersenam di bulan puasa. Cuma, jangan lakukannya ketika sedang berpuasa. Sebaliknya, anda boleh bersenam pada waktu yang sesuai dan tenaga dalam badan mencukupi untuk menghadapi aktiviti fizikal, iaitu:

  • Sesudah iftar
  • Selepas tarawih
  • Sebelum sahur

#2. Berapa lama perlu anda bersenam?

Dalam pada itu, anda perlu mengehadkan waktu senaman anda kepada 30 hingga 45 minit sahaja untuk satu sesi. Jika senaman yang anda lakukan itu berintensiti tinggi, hadkan sesi itu kepada 30 minit sahaja. Jika ia ringan atau sederhana sahaja, anda boleh panjangkan sedikit had waktu senaman anda kepada 45 minit.

Namun begitu, anda perlu lihat kepada kondisi badan anda juga. Jika badan anda mula menunjukkan tanda keletihan yang teruk, sila berhenti daripada aktiviti senaman anda dan berehat.

#3. Berapa kerap perlu anda bersenam?

Selain itu, anda juga harus tahu kekerapan anda perlu bersenam. Menurut kajian, bersenam 3 hingga 4 kali berselang hari dalam masa seminggu merupakan pilihan yang paling baik. Sebelum melaksanakannya, anda boleh membuat perancangan rutin senaman anda sendiri agar dapat memupuk disiplin dalam diri.

Sebaiknya, bincang terlebih dahulu dengan doktor atau jurulatih kecergasan untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkara ini untuk mengelakkan anda mengalami keletihan yang teruk.

bersenam semasa berpuasa

#4. Apa jenis senaman yang boleh anda lakukan?

Ketika sedang berpuasa, anda tidak disarankan untuk melakukan senaman kardio yang berintensiti tinggi seperti HIIT, Tabata atau sukan kompetitif. Sebaliknya, anda boleh lakukan senaman yang berintensiti rendah seperti slow jog, brisk walk atau sukan kasual.

Kevin Zahri juga menyatakan bahawa cuaca yang panas dan lembap yang kita alami di Malaysia menyebabkan cuaca menjadi faktor rintangan untuk melakukan senaman di bulan ramadan. Oleh itu, beliau mengesyorkan untuk melakukan senaman ringan ini di dalam rumah sahaja. Selain itu, beliau juga menegaskan untuk anda berhenti sekiranya mula berasa pening atau loya pada bila-bila masa.

Selain senaman, apakah aspek yang perlu dijaga ketika berpuasa?

Anda perlu lebih peka terhadap menu anda semasa berbuka atau bersahur. Sebaiknya, makan makanan yang mempunyai kalori dan nutrien yang tinggi untuk memastikan anda kekal cergas walaupun berpuasa. Anda juga perlu minum air dengan banyak bagi memastikan anda kekal berhidrasi. Jumlah yang disyorkan adalah sekurang-kurang 2 hingga 2.5 liter air sehari terutamanya pada hari anda bersenam.

Namun begitu, perkara yang paling anda fokuskan ketika bulan ramadan adalah aspek kerohanian anda. Di bulan berbahagia ini, anda boleh dekatkan diri dengan tuhan dan banyakkan beribadat kepadanya. Jika anda lihat dari sudut yang lain, solat tarawih pada setiap malam juga boleh dianggap sebagai senaman yang baik, bukan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Tip Kecergasan Dan Senaman Di Bulan Ramadhan. https://my.theasianparent.com/10-tip-kecergasan-dan-senaman-ramadhan. Accessed on May 6, 2019.

Panduan Senaman Bulan Puasa Ramadhan. https://kevinzahri.com/panduan-senaman-bulan-puasa-ramadhan-3/. Accessed on May 6, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan