backup og meta

Tip Untuk Kekal Sihat Dan Cergas

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Tip Untuk Kekal Sihat Dan Cergas

    Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana anda menjadi terlalu malas untuk melakukan apa sahaja aktiviti atau tugasan dan anda hanya menginginkan untuk tidur dan berbaring sepanjang hari? Malah, situasi ini mendorong anda untuk memilih pemakanan yang tidak sihat. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan diri? Ikuti tip berikut untuk membantu anda kekal sihat dan cergas.

    Positif

    Mulakan hari anda dengan sesuatu yang positif. Sebaiknya elakkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan emosi anda, terutama pada waktu pagi. Jangan lupa untuk bersarapan untuk memberikan anda tenaga untuk memulakan hari anda dengan lebih bertenaga.  Anda juga boleh memilih untuk berada dalam persekitaran individu yang positif, ini secara tidak langsung, dapat membantu anda menjadi lebih positif.

    1. Menjaga diri

    Mengambil berat tentang diet pemakanan anda, perbanyakan memakan buah-buahan dan sayuran dengan bijirin. Pilih diet pemakanan rendah kandungan lemak tepu dan kolesterol, kandungan gula, garam dan lemak yang seimbang. Dalam masa yang sama, luangkan masa sekurangnya 30 minit untuk aktif secara fizikal, sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Jika tidak dapat meluangkan masa 30 minit sehari, pecahkan kepada 3 sesi dengan 10 minit pada setiap sesi. Anda boleh memilih sama ada untuk berjalan, bersukan, menari, yoga, berlari atau mungkin sebarang aktiviti lain yang anda gemari.

    1. Minum air

    Perbanyakan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 liter sehari, ini turut membantu mengurangkan keinginan makan anda. Elakkan minuman manis atau berkarbonat yang boleh merosakkan kesihatan gigi anda, sekali gus meningkatkan risiko peningkatan berat badan dan masalah kesihatan seperti diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan minuman beralkohol tetapi jika anda tidak boleh mengelaknya, mungkin anda boleh kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

    1. Kurangkan terdedah kepada matahari

    Pendedahan secara berlebihan kepada matahari boleh membawa kepada risiko kanser kulit termasuk masalah melanoma yang kronik. Elakkan dari berada di bawah cahaya matahari antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Jika perlu berada di bawah cahaya matahari, pastikan anda memakai krim pelindung matahari dengan SPF15 dan ke atas, memakai baju berlengan panjang dan memakai topi sebagai pelindung kepada.

    1. Mengurangkan berat badan

    Masalah berat badan berlebihan adalah punca utama yang menyebabkan diri berisiko untuk menghidapi pelbagai masalah kesihatan. Antaranya seperti:

    • Tekanan darah diri
    • Kandungan kolesterol tinggi
    • Diabetes type 2
    • Penyakit jantung
    • Stroke
    • Beberapa jenis kanser

    Mengalami masalah berat badan berlebihan juga cenderung untuk mengalami masalah berkaitan kecederaan berkaitan berat. Masalah umum berkaitan arthritis adalah seperti pada bahagian tulang belakang, pinggul dan lutut.

    Jika anda sememangnya mengalami masalah berat badan, langkah pertama yang harus anda lakukan adalah untuk mengelakkan sebarang pertambahan berat berat terlebih dahulu sebelum anda bersedia mencuba untuk mengurangkannya.

    1. Elakkan merokok

    Merokok dan tembakau sememangnya satu habit yang mendatangkan keburukan kepada diri. Ia boleh menyebabkan penyakit jantung, kanser mulut, tekak atau paru-paru. Tabiat ini juga menjadi faktor utama kepada masalah kesihatan seperti emfisema dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Anda mungkin mengalami kesukaran untuk berhenti pada mulanya, malahan anda mungkin akan menemui kegagalan walaupun telah mencuba lebih 5-6 kali untuk berhenti. Jangan berputus asa. Kurangkan bilangan jumlah rokok yang dihisap dari hari ke hari untuk mengelakkan badan anda dari terkejut kerana kehilangan nikotin. Jika masih merasa sukar, pelbagai program berhenti merokok tersedia untuk anda sertai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan