backup og meta

Bersenam Dulu Sebelum Breakfast Lebih Banyak Manfaat, Kajian Berjaya Sahkan!

Bersenam Dulu Sebelum Breakfast Lebih Banyak Manfaat, Kajian Berjaya Sahkan!

“Makanlah dulu sebelum bersenam, baru ada tenaga”, kedengaran biasa, bukan? Tetapi bagaimana kalau ada yang mengatakan bersenam sebelum breakfast adalah lebih baik untuk kesihatan, boleh terima?

Bersenam sebelum breakfast, boleh ke?

Biasanya kita akan disaran untuk mengambil sarapan sebelum melakukan senaman pada waktu pagi. Sudah tentulah kita akan terfikir, bagaimana untuk bersenam jika tidak bersarapan terlebih dahulu, dari mana untuk kita perolehi tenaga, bukan?

Sebaliknya, dalam satu kajian baru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism mendapati mengubah masa bersarapan dan bersenam boleh membantu mengawal paras gula dalam darah pada tahap yang lebih baik.

Menurut salah seorang penyelidik dari University of Birmingham, Dr Gareth Wallis,

“Penyelidikan ini mencadangkan bahawa melakukan senaman selepas tidak makan semalaman boleh meningkatkan manfaat kesihatan senaman individu tanpa mengubah intensiti, tempoh atau persepsi ketika bersenam.”

Kajian enam minggu

Kajian enam minggu ini dilakukan penyelidik dari University of Bath dan University of Birmingham melibatkan 30 peserta lelaki yang diklasifikasikan sebagai obes atau mempunyai berat badan berlebihan.

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, intervensi iaitu mereka yang makan sarapan sebelum / selepas bersenam dan kumpulan kawalan yang tidak mengubah gaya hidup. Hasil analisis mendapati individu yang bersenam sebelum breakfast akan membakar dua kali lebih banyak lemak berbanding kumpulan yang bersenam selepas breakfast.

Manakala sampel tisu otot yang diambil menunjukkan, otot bagi individu dalam kumpulan yang bersenam sebelum breakfast adalah lebih responsif kepada insulin berbanding kumpulan yang bersenam selepas bersarapan. 

Membakar lemak lebih efektif

Penyelidik melihat peningkatan lemak yang digunakan kerana kekurangan tahap insulin ketika bersenam apabila individu tidak makan sepanjang malam.

Ini bermakna mereka akan menggunakan lemak daripada tisu lemak dan lemak antara otot untuk memberikan tenaga. 

Walaupun kajian tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam berat badan sepanjang tempoh enam minggu kajian, tetapi ia membuktikan kesan positif kepada kesihatan.

Dalam erti kata lain, badan dalam bertindak balas dengan lebih baik kepada insulin dan memastikan tahap gula dalam darah berada dalam kawalan.

Keadaan ini sekali gus dalam mengurangkan risiko untuk mengalami diabetes dan penyakit jantung

Penyelidik dari Jabatan Kesihatan di University of Bath, Dr Javier Gonzalez menjelaskan, “Keputusan kajian menunjukkan mengubah masa bersarapan mempunyai hubung kait dengan masa anda bersenam.

Situasi ini dapat membawa perubahan mendalam dan positif kepada kesihatan secara keseluruhan.

Individu terlibat dalam kajian yang bersenam sebelum breakfast membakar dua kali ganda jumlah lemak berbanding individu yang bersenam selepas makan pagi.”

Mengikut kesesuaian

Teruja bukan dapat mengetahui yang bersenam sebelum breakfast juga memberikan manfaat kepada kesihatan.

Tetapi harus diingatkan, individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan insulin atau tahap gula dalam darah, dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan dalam pengambilan tempoh hidangan makanan. 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/10/191018080619.htm /Accessed on Oct 22, 2019

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7589073/Working-stomach-breakfast-help-fight-type-2-diabetes.html /Accessed on Oct 22, 2019

Versi Terbaru

22/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Diri Anda Ketagih Guna "Fitness Tracker"! Ini Cara Elakkannya

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan