Masalah sakit tekak, batuk serta kahak memerlukan kelegaan dengan kadar segera kerana ia akan menjejaskan aktiviti harian kalian. Bagaimana? Anda hanya perlu ambil lozeng sakit tekak yang berkesan!
Jika anda keliru mahu pilih produk yang mana satu, berikut beberapa jenama paling bagus dan popular pada tahun ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan lozeng?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa wujud banyak cara bagi merawat masalah di atas dan salah satu daripada usaha yang mungkin paling boleh membantu adalah dengan mengambil lozeng.
Persoalannya, apa yang dimaksudkan dengan itu? Adakah ia sama dengan ubat sakit tekak yang biasa diberikan oleh para doktor atau ahli farmasi? Ya, sebenarnya ia adalah sejenis pil atau gula-gula yang serupa.
Perbezaannya, kini terdapat lambakan syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk ini di pasaran. Apa yang jauh lebih menarik, sekarang anda boleh memilih lozeng dengan pelbagai bentuk, warna serta rasa.
Malangnya, tidak semua produk mampu melegakan gejala sakit tekak, batuk dan kahak dengan baik. Majoriti produk turut dipasarkan dan diiklankan di pasar raya sebagai manisan yang boleh diambil jika tiada masalah tekak.
Tidak perlu bimbang, masih ada beberapa produk yang berkualiti dan berkesan di pasaran seperti senarai berikut!
Jenama lozeng sakit tekak paling berkesan!
Disebabkan kesibukan menjalani kehidupan, ramai individu mungkin tidak mempunyai kesempatan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah sakit tekak mereka lalu memilih untuk mencari lozeng di farmasi.
Sebenarnya, tiada masalah! Ada beberapa jenis lozeng sakit tekak yang popular, bagus dan berkesan seperti di bawah:
#1. Original Sore Throat Soothing Lozenges
Pertama, jenama paling terkenal yakni Strepsils memiliki pelbagai variasi gula-gula antiseptik untuk sakit tekak yang sesuai bagi semua individu. Ia dipercayai boleh melegakan masalah ini dalam masa 1 ke 2 jam sahaja.
Menariknya, ia turut hadir dengan pelbagai variasi termasuk original, cool, soothing, extra strong, chesty cough atau lain-lain yang mempunyai kandungan bahan aktif serta warna dan perisa sesuai pilihan kalian sendiri.
Jika anda mahu produk lozeng asli tanpa sebarang warna dan perisa yang berlebihan, boleh pilih pek original ini ya!
#2. Lozenges with Natural Mint Flavor
Mengandungi pelbagai bahan aktif bersama perisa pudina yang menyegarkan, ia mampu melegakan gejala sakit tekak yang juga sesuai untuk semua individu serta mungkin tidak begitu mengeringkan mulut anda.
Apa yang membezakan produk ini dengan produk lain adalah ia dikatakan tidak mudah cair, larut atau habis di dalam mulut sekali gus membuatkan lozeng jenama ini mampu tahan lebih lama sehingga 2 ke 3 jam.
#3. Sugar Free Sore Throat Lozenges with Licorice
Digunakan sejak lebih 100 tahun dahulu, terkini jenama lozeng terkemuka ini hadir dengan formula akar manis bebas gula yang sudah tentu baik dalam usaha melegakan masalah ketidakselesaan pada tekak anda.
Dengan status halal seperti produk tempatan yang lain, ia juga dipercayai tidak akan memicu kesan alahan kecuali jika kalian ada masalah hipersensitif terhadap bahan-bahan lain yang terdapat di dalam produk ini.
Lozeng sakit tekak #4. Koflet Lozenges
Baik untuk masalah sakit tekak, batuk dan kahak, produk ini mengandungi bahan aktif seperti Syzygium aromaticum, Glycyrrhiza glabra, Trikatu serta lain-lain yang mampu memberikan kalian kelegaan sementara.
Untuk lebih efektif, anda disarankan untuk ambil ia dengan produk Koflet Syrup, Diakof Syrup dan Septilin yang juga daripada jenama Himalaya secara serentak sekitar 3 ke 4 kali sehari bagi kesan yang lebih optimum.
Lozeng sakit tekak #5. Cold & Cough Lozenges
Diperkaya dengan ekstrak daun ivy bersama pelbagai bahan aktif lain, ia sangat bagus buat individu yang ada masalah batuk atau kahak yang teruk dan dalam masa sama juga mampu melegakan kesakitan pada tekak.
Selain bebas gula dan alkohol, ia juga memiliki rasa manis daripada herba semula jadi yang tidak akan meloyakan atau memeningkan kepala. Dalam erti kata mudah, ia sesuai buat anda yang gemar sensasi semula jadi.
Adakah lozeng ini bagus untuk tekak?
Umumnya, masalah sakit tekak merupakan perkara yang mungkin tidak terlalu serius dan hanya memerlukan ubatan serta rawatan yang ringan daripada doktor atau melalui ikhtiar diri sendiri sahaja.
Dengan mengambil lozeng ini, ia sudah tentu dapat membantu untuk melegakan tetapi bukan menyelesaikan masalah tersebut seratus peratus. Ia cuma suatu usaha bagi meminimumkan gejala dan risiko.
Sekiranya lozeng sakit tekak dalam senarai di atas atau jenama lain tidak dapat mengatasi kesakitan anda, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mengelakkan sebarang kesan buruk berlaku!