Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa sahaja yang boleh tahan dengan bunyi bising ketika tidur, bukan? Penutup telinga (earplug) dicipta untuk tujuan yang satu ini!

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa penggunaannya adalah agar tidur anda lebih berkualiti dan berkuantiti.

Pun begitu, kalian tidak seharusnya begitu yakin bahawa ia benar-benar selamat sebelum mengikuti artikel ini.

Kenapa? Tenang, jom sama-sama kita rungkai misteri ini dengan lebih mendalam lagi!

Penutup telinga untuk tidur yang lebih lena?

Earplug adalah objek yang sangat umum digunakan ketika lena kerana ia mampu menghalang bunyi bising daripada mengganggu tidur anda.

Buat anda yang tinggal di kawasan bandar atau dekat dengan jalan besar, maka ia mungkin sangat membantu.

Segala bunyi kenderaan, perbualan, mesin atau hingar-bingar kota pasti dapat ditangkis dengan cara mudah ini.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Iranian Journal of Nursing and Midwifery Research, dikatakan bahawa penutup telinga mampu membantu merangsang tubuh badan menghasilkan hormon melatonin.

Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, hormon inilah yang berfungsi membantu tubuh badan untuk lebih relaks agar kita mudah berehat dan tertidur.

Dalam pada itu, tidur dengan earplug juga sangat penting untuk mendapatkan tidur yang lena, cukup lantas membuat tubuh badan lebih segar-bugar pada keesokan hari.

Secara umum, penggunaannya bukan sahaja bagus malah juga selamat untuk tubuh badan!

Pakai earplug semasa tidur masih ada risiko?

earplug

Kalian harus ingat bahawa setiap perkara pasti ada pro dan kontranya masing-masing begitu juga dengan penutup telinga untuk tidur ini.

Di sebalik manfaat yang kami senaraikan di atas tadi, penggunaan earplug juga sebenarnya boleh memberikan kesan negatif.

Sekiranya anda terlalu kerap menggunakannya, ia mungkin akan membuat telinga tersumbat dengan tahi telinga.

Ketika tidur, telinga kita secara automatiknya akan memproses sendiri tahi telinga atau kotoran agar ia tidak masuk ke dalam telinga.

Namun jika anda tidur dengan earplug, maka tahi telinga dan kotoran ini mungkin akan masuk semula, berkumpul lantas tersumbat.

Bukan itu sahaja, penyumbatan ini juga mungkin akan meningkatkan risiko telinga anda dijangkiti dengan kuman, bakteria atau virus.

Kesannya? Ini yang mungkin kalian alami pada telinga:

  • Kekotoran
  • Kegatalan
  • Kesukaran mendengar
  • Vertigo (rasa diri seakan terpusing)
  • Tinnitus (telinga berdengung/ berdesing)

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini atau sebarang ketidakselesaan akibat perbuatan tidur dengan penutup telinga, segera berjumpa doktor ya?

Ini petua yang kalian boleh amalkan!

Mahu terus menggunakan penutup telinga untuk tidur walaupun sudah tahu akan risiko alat ini? Boleh, namun cara penggunaannya perlu tepat.

Sebelum itu, tanya pada diri sendiri sama ada anda memang benar-benar memerlukan ia untuk tidur terlebih dahulu.

Jika tidak dan anda masih boleh tidur walaupun sedikit sukar, adalah disarankan untuk kalian tidak menggunakannya.

penutup telinga

Dalam pada itu, ketahuilah bahawa penggunaan earplug dibolehkan pada waktu anda memang sukar tidur. Namun, janganlah pakai terlalu kerap.

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), berikut adalah cara menggunakan penutup telinga untuk tidur yang tepat:

  • Bersihkan tangan sebelum menyentuh atau memegang penutup telinga untuk tidur
  • Bersihkan earplug sebelum memasangnya ke dalam telinga
  • Pastikan earplug kering sebelum memasangnya ke dalam telinga
  • Masukkan earplug ke dalam telinga dengan lembut
  • Jika sudah terpasang dan tidak mudah tercabut, jangan memaksanya untuk masuk lebih dalam
  • Jika earplug anda itu menggunakan kapas, jangan lupa untuk cuci dan ganti secara berkala
  • Gunakan penutup telinga untuk tidur yang berkualiti tinggi sahaja

Boleh pakai penutup telinga untuk tidur secara berkala

Konklusinya, penggunaan earplug adalah sangat bagus terutamanya buat mereka yang tinggal di kawasan yang sibuk dan bising seperti di bandar.

Ia mungkin akan membuat tidur anda lebih berkualiti dan berkuantiti.

Pun begitu, ketahuilah ia juga akan membawa risikonya yang tersendiri seperti penyumbatan tahi telinga, kotoran dan jangkitan kuman, bakteria atau virus.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian menggunakannya dengan berwaspada dan berpandukan kepada petua yang kami nyatakan di atas tadi.

Sebenarnya, adalah lebih baik untuk tidur tanpa menggunakannya.

Jika terpaksa, gunakan penutup telinga untuk tidur secara berkala.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri, tubuh badan kita memerlukan tempoh masa untuk rehat dengan cara tidur waktu malam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 4 minit bacaan

Jangan Amalkan Minum Air Sebelum Tidur! Jika Tak Kena Gayanya, Boleh Ganggu Tidur

Air, seperti yang kita tahu, adalah sumber penghidratan yang penting buat tubuh manusia. Tetapi, apakah manfaat atau keburukan minum air sebelum tidur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 17/12/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat posisi tidur

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
tak cukup tidur

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
apa punca tidur berdengkur

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
melelapkan mata

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan