backup og meta

Mengalami Gejala Mata Dan Hidung Berair, Adakah Ia Disebabkan Alahan Atau Sinusitis?

Mengalami Gejala Mata Dan Hidung Berair, Adakah Ia Disebabkan Alahan Atau Sinusitis?

Apabila melibatkan mata atau hidung berair, anda mula mengesyaki ia adalah tindak balas daripada alergi atau alahan terhadap sesuatu.

Tetapi pernahkan anda terfikir ia juga berkemungkinan akibat daripada sinusitis?

Ramai pesakit dengan alahan juga mempunyai masalah sinus.

Sinusitis kronik adalah keadaan keradangan sinus yang boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair, sakit muka atau tekanan, deria bau berkurangan dan keletihan.

Ia juga boleh menjadi alahan jika tidak semua simptom adalah sama.

Menurut abcNews, dalam kaji selidik secara dalam talian melibatkan lebih 600 pesakit asma dan alergi, penyelidik mendapati bahawa kira-kira separuh daripadanya mendiagnosis sendiri simptom sebagai alahan ketika mereka benar-benar mempunyai jangkitan sinus atau sinusitis.

Walaupun 70 peratus kaji selidik ini melibatkan doktor penjagaan primer paling dipercayai untuk mengesahkan alergi atau sinusitis dengan betul, hanya 36 peratus melaporkan perundingan doktor apabila mereka mengalami simptom keadaan ini.

Menurut Dr Stacey Silvers, doktor telinga, hidung dan tekak di Hospital Beth Israel, New York City, kajian berkenaan menyerlahkan lagi betapa kerap seseorang mendiagnosis diri mereka. Sebagai manusia, ia adalah tindak balas semula jadi untuk membuat carian dalam talian dan muncul dengan diagnosis sendiri. Tetapi 10 hingga 15 kali sehari beliau mendapat pesakit dengan yakin menyatakan mereka mempunyai X, tetapi sebenarnya mereka mempunyai Y.

Bagaimana untuk mengetahui ia alahan atau sinusitis?

Berdasarkan Health24, jangkitan sinus menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada lapisan sinus. Keradangan boleh menyebabkan penyumbatan, menghalang aliran lendir di dalam rongga sinus.

Alergi/Alahan

Rinitis alergi (allergic rhinitis) disebabkan oleh pelbagai faktor alam sekitar, seperti debunga di udara atau bulu haiwan seperti kucing atau anjing. 

Dalam rinitis alergi, sistem imun bertindak balas kepada sesuatu yang ia terdedah seolah-olah ia adalah penceroboh yang berbahaya. Ia mewujudkan antibodi IgE yang kemudiannya menyebabkan pelepasan histamin yang membawa kepada simptom alergi.

Rinitis alergi biasanya akan hilang dengan antihistamin dan semburan hidung, dan akan bertambah baik apabila perengsa dikeluarkan daripada alam sekitar.

Sinusitis

sinusitis
Sumber grafik: Health24
  • Sinusitis boleh menyebabkan satu penyakit yang sangat teruk dan amat perlu untuk dirawat dengan antibiotik kuat sehingga 10 hari.
  • Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan tekanan yang teruk di dalam sinus, serta penyakit sistemik dengan sakit badan dan demam.
  • Sinusitis juga boleh bermula sebagai rinitis alergi. Jika lendir tidak dibersihkan dengan sepenuhnya, ia boleh dijangkiti bakteria dan menyebabkan sinusitis bakteria, jadi sinusitis boleh disebabkan oleh virus atau bakteria.

Terdapat dua jenis sinusitis:

Sinusitis akut – jangkitan yang berlanjutan sehingga 3 minggu, disebabkan oleh jangkitan bakteria dalam kebanyakan kes, dan biasanya berlaku sebagai komplikasi lewat (sekunder) daripada virus jangkitan pernafasan seperti selesema biasa, atau akibat alahan yang tidak dirawat.

Sinusitis kronik – jangkitan yang berlanjutan lebih daripada 3 minggu juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria, tetapi lebih kerap adalah gangguan keradangan kronik yang serupa dengan asma bronkial. Sinusitis kronik boleh bertahan selama berbulan-bulan atau tahun jika dirawat dengan tidak sesuai. Alahan, masalah struktur atau masalah imunologi boleh membawa kepada jangkitan sinus kronik.

Dalam sinusitis kronik, hidung dan sinus menjadi meradang dan kadang-kadang dijangkiti, yang membawa kepada simptom yang berterusan daripada keradangan yang berterusan ini. Perkara yang rumit adalah bahawa banyak simptom boleh hadir dalam kedua-dua (alergi dan sinusitis) keadaan ini.

Apakah yang anda boleh lakukan?

Sekiranya anda tidak pasti dengan simptom yang dialami, anda perlu berjumpa doktor anda atau merujuk pakar telinga, hidung dan tekak untuk pemeriksaan selanjutnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Are you suffering from allergies or sinusitis? https://www.health24.com/Medical/Sinusitis/about-sinusitis/are-you-suffering-from-allergies-or-sinusitis-20170728 Accessed on Feb 12, 2109.

Allergies or Chronic Sinusitis? Most Get It Wrong and Don’t Get Treated https://abcnews.go.com/Health/Allergy/allergies-chronic-sinusitis-wrong-untreated/story?id=13647353 Accessed on Feb 12, 2109.

Allergy And Chronic Sinusitis http://www.aaoallergy.org/allergy-information-for-patients/allergy-chronic-sinusitis/ Accessed on Feb 12, 2109.

Sinusitis and allergy https://www.allergy.org.au/patients/allergic-rhinitis-hay-fever-and-sinusitis/sinusitis-and-allergy Accessed on Feb 12, 2109.

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Susah Tidur Kalau Hidung Tersumbat, Cuba 5 Cara Atasinya Bantu Anda Cepat Lena

7 Jenis Ubat Selesema Yang Tiada Kesan Mengantuk, Boleh Ambil Siang Hari!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan