backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Guna Alat Penyembur Hidung Untuk Elak Alahan? Sebelum Spray, Pastikan Anda Tahu Jenis Yang Sesuai!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/09/2021

    Guna Alat Penyembur Hidung Untuk Elak Alahan? Sebelum Spray, Pastikan Anda Tahu Jenis Yang Sesuai!

    Jika anda mempunyai masalah alergi, alat semburan hidung dapat membantu untuk meredakan simptom yang anda alami. Tetapi, ia bergantung kepada jenis alergi anda.

    Oleh itu, jika anda ingin gunakan alat semburan hidung, anda perlu tahu jenis alat yang bersesuaian dengan kondisi anda.

    Apa itu alat semburan hidung (nasal spray)?

    Seperti namanya, alat semburan hidung merupakan sejenis alat yang mengandungi ubat cecair yang boleh disembur ke dalam hidung.

    Kebanyakan alat semburan ini bertujuan untuk melegakan hidung tersumbat yang diakibatkan oleh alergi ataupun demam.

    Ada pelbagai jenis semburan hidung, dan kebanyakannya boleh memberikan kelegaan yang lebih cepat daripada penggunaan pil.

    Anda boleh dapatkan alat semburan hidung di farmasi berdekatan ataupun melalui preskripsi daripada doktor.

    Jenis alat semburan hidung untuk rawat gejala alergi

    gejala alergi

    1. Alat semburan hidung untuk hidung tersumbat (decongestants)

    Alat semburan jenis ini boleh dibeli di farmasi ataupun melalui preskripsi yang diberikan oleh doktor anda.

    Alat ini melegakan rasa tersumbat dengan cara menyempitkan saluran darah di dalam hidung untuk mengecilkan tisu yang membengkak.

    Decongestants sesuai digunakan jika anda mahukan kelegaan pantas. Anda boleh gunakan alat semburan ini ketika terkena demam selesema ataupun semasa diserang alergi yang teruk.

    Walau bagaimanapun, alat ini tidak boleh digunakan lebih daripada tiga hari.

    Decongestants boleh menyebabkan penggunanya jadi terlalu bergantung pada ubat tersebut dan kemudiannya menyebabkan pesakit terkena efek ‘rebound’.

    2. Alat semburan air garam (saline)

    Alat semburan air garam ini berfungsi dengan cara melonggarkan mukus dan mengelakkannya daripada menjadi keras.

    Tambah lagi, alat ini juga boleh digunakan sebagai alat pertama untuk penghidap alergi kerana ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.

    Disebabkan alat semburan ini tidak mengandungi apa-apa bahan kimia melainkan air garam, anda bebas menggunakannya seberapa kerap yang anda mahukan.

    Alat ini tidak boleh mengubati keadaan hidung tersumbat. Namun, jika anda mahu kekalkan hidung dalam keadaan lembap, anda boleh pilih untuk menggunakan alat semburan air garam.

    3. Alat semburan steroid

    Alat semburan steroid ataupun corticosteroid digunakan untuk merawat simptom yang disebabkan oleh serangan alergi.

    Ia juga berkesan untuk melegakan keadaan hidung tersumbat yang disebabkan oleh jangkitan sinus.

    Sama seperti alat yang lain, alat semburan steroid ini juga boleh didapati di farmasi yang berhampiran tanpa sebarang preskripsi.

    Alat semburan steroid sesuai digunakan untuk merawat alergi bukan rhinitis, alergi rhinitis (hay fever), sinusitis dan juga polip hidung (nasal polyp).

    Hati-hati dan jangan gunakan semburan hidung secara terlalu kerap. Alat ini boleh buatkan hidung anda rasa pedih, sakit tekak, rasa tidak sedap pada bahagian tekak dan hidung berdarah.

    Apa itu efek ‘rebound’? 

    jenis alergi

    Efek rebound merupakan satu keadaan yang berlaku apabila seseorang itu terlampau bergantung kepada penggunaan penyembur hidung untuk merawat gejala alergi.

    Jika anda gunakan penyembur hidung terlalu banyak, alat tersebut tidak akan berkesan lagi untuk melawan simptom yang anda alami.

    Walau berapa banyak pun ubat yang anda gunakan, anda tidak akan dapat melegakan simptom tersebut. Keadaan inilah yang diberi nama efek rebound.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan daripada menggunakan semburan hidung lebih daripada 3 hari.

    Jika anda rasa mengalami efek di atas, anda perlu tunggu selama 2 minggu sebelum boleh menggunakan ubat itu semula.

    Anda mahu gunakan penyembur hidung?

    Kalau jawapannya ialah ya, pastikan anda lakukannya dengan cara yang betul. Jika anda ingin gunakan penyembur hidung:

    1. Tutup lubang hidung yang tidak menerima ubat.
    2. Masukkan hujung botol ke dalam lubang hidung yang tersumbat.
    3. Tarik nafas dalam-dalam sambil picit botol. Kemudian, jauhkan botol daripada hidung dan cuba bernafas sekali atau dua kali.
    4. Jika ingin ulang langkah yang sama, tunggu 10 saat sebelum gunakan penyembur hidung.
    5. Anda juga boleh ulang langkah sama 1-4 untuk hidung yang sebelah lagi.

    Kesimpulan

    Jika anda ingin gunakan alat penyembur hidung, pastikan anda gunakannya dengan cara yang betul mengikut jenis alergi yang anda alami.

    Selain itu, pastikan anda tidak gunakannya dengan berlebihan. Jika tidak, anda akan alami efek rebound!

    Paling penting, pastikan jika anda alami gejala alergi yang teruk, teruslah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jangan hanya bergantung pada alat semburan hidung semata-mata ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan