backup og meta

Pantang Larang Pesakit Tiroid, Ikut Saranan Ini Sebelum Bersenam @ Makan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/07/2023

    Pantang Larang Pesakit Tiroid, Ikut Saranan Ini Sebelum Bersenam @ Makan!

    Sekiranya anda mempunyai pantang larang penyakit tiroid, sudah bukan menjadi rahsia lagi senaman dan diet yang sihat dapat membantu menguruskan gejala dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

    Pun begitu, harus anda faham bahawa pesakit dengan masalah tiroid yang tidak terkawal mempunyai risiko yang berbahaya untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau pengamalan diet tertentu. Oleh kerana itu, ada pantang larang penyakit tiroid

    Justeru, jika anda ingin mengetahui apakah risiko-risiko yang harus difahami terutamanya bagi pesakit tiroid, teruskan membaca sampai ke penghujung ya!

    Sebelum itu, mari kenali terlebih dahulu punca penyakit ini yang disebabkan oleh fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal iaitu, hipertiroidisme dan hipotiroidisme.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kanser, anda boleh klik di sini.

    Pantang larang penyakit tiroid: Hipertiroidisme & hipotiroidisme

    • Hipertiroidisme

    Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan.

    Hipertiroidisme, atau kelenjar tiroid yang terlalu aktif, berlaku apabila kelenjar tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

    Ini boleh mengakibatkan banyak gejala, termasuk keletihan, insomnia, penurunan berat badan yang tidak disengajakan, degupan jantung yang cepat, dan banyak lagi.

    Bagi mereka dengan penyakit hipertiroidisme, biasanya disebabkan oleh penyakit Grave (gangguan autoimun), senaman akan memanaskan badan dengan cara yang berbahaya.

    Ini kerana, menurut ahli endokrinologi, pesakit dengan kondisi ini sudah pun dalam keadaan seolah-olah berlari di atas treadmill sepanjang masa, walaupun dalam keadaan tidur.

    Justeru, senaman yang berat atau berlebihan boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan jantung jika hormon tiroidnya tidak terkawal.

    pantang larang penyakit tiroid

    • Hipotiroidisme

    Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis).

    Hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif.

    Pengeluaran hormon tiroid berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.

    Pesakit dengan hipotiroidisme, biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun penyakit Hashimoto juga harus berhati-hati.

    Tiroid yang tidak aktif mampu menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan, berisiko membuat jantung pesakit ‘terkejut’ apabila bersenam.

    Oleh sebab itu, pakar menasihatkan pesakit dengan hipotiroidisme untuk tidak melakukan senaman selama beberapa minggu sehingga keadaan mereka kembali terkawal.

    Pantang larang penyakit tiroid: Berhati-hatilah dengan diet ‘mesra tiroid’

    Malangnya, begitu banyak maklumat salah mengenai makanan dan suplemen yang menyatakan dapat meredakan simptom-simptom gangguan tiroid. Sebagai contoh:

    • Kekurangan iodin

    Kekurangan iodin adalah penyebab utama hipotiroidisme tetapi kebanyakan diet mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

    Maka, pesakit harus berhati-hati dalam mengelakkan pengambilan makanan tambahan atau hidangan dengan kandungan iodin yang tinggi seperti kelp untuk menjaga keseimbangan tiroid mereka.

    • Soya

    Soya dapat menjadi sumber yang sihat untuk diet sesiapa sahaja, tetapi persoalannya adalah berapa banyak?

    Apabila soya diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hari, ia mampu menimbulkan komplikasi hipotiroidisme terhadap seseorang yang menderita penyakit Hashimoto. Ia juga boleh mempengaruhi proses penyerapan hormon tiroid.

    Justeru, apa sahaja persoalan berkenaan kondisi tiroid sama ada simptom atau diet, haruslah dirujuk kepada doktor atau pakar terlebih dahulu, supaya sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

    Selain diet, bolehkah pesakit bersenam?

    pantang larang penyakit tiroid

    Apabila pantang larang penyakit tiroid seseorang pesakit berjaya dikawal kembali dengan penggunaan ubat-ubatan, aktiviti senaman boleh dilakukan dan mampu membantu proses penyembuhan secara menyeluruh.

    Mereka dengan masalah hipotiroidisme misalnya, sering mengalami masalah keletihan dan kenaikan berat badan akibat penggunaan ubat tiroid.

    Senaman bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap tenaga malah mengawal berat badan.

    Apabila anda mengalami pantang larang penyakit tiroid, senaman mempunyai banyak manfaat yang tidak hanya mempengaruhi kesihatan anda secara keseluruhan, tetapi dapat membantu melegakan beberapa gejala dimiliki. Contohnya:

    • Meningkatkan tahap tenaga: Sekiranya anda mempunyai tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme), anda mungkin sering merasa letih, tetapi senaman yang kerap akan dapat mengatasi masalah tersebut
    • Memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak dan lebih baik: Apabila tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon (hipertiroidisme), tidur anda mungkin terganggu, mengakibatkan tidur yang kurang lena dan tidak berkualiti. Justeru, bersenam mampu membantu dengan menghasilkan tidur malam yang nyenyak
    • Meningkatkan mood: Depresi adalah antara masalah mental dan emosi yang sering berlaku terhadap pesakit dengan gangguan tiroid, terutamanya hipotiroidisme. Maka, senaman dapat membantu dengan merembeskan hormon ‘bahagia’ (endorfin) dan secara langsung membuat anda berasa lebih sihat
    • Meningkatkan ketumpatan tulang: Kehilangan ketumpatan tulang boleh berlaku dengan penyakit hipertiroidisme, tetapi kajian menunjukkan bahawa senaman dapat membantu untuk mendapatkan kembali kehilangan tersebut
    • Meningkatkan metabolisme tubuh badan: Apabila anda mempunyai hipotiroidisme, metabolisme mula merosot, menyebabkan penambahan berat badan. Bersenam boleh menjadi ‘alat’ bantuan lain di samping ubat tiroid, untuk membantu menyokong metabolisme yang sihat dengan membakar kalori dan mengembangkan otot, yang seterusnya menyingkirkan lemak berlebihan

    Kesimpulannya, pesakit tiroid harus mengetahui pantang larang penyakit tiroid seperti diet dan senaman bagi menyesuaikan kondisi kesihatan mereka.

    Pun begitu, setiap pesakit disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal dan juga regim diet yang ingin diamalkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan