Sekiranya anda mempunyai pantang larang penyakit tiroid, sudah bukan menjadi rahsia lagi senaman dan diet yang sihat dapat membantu menguruskan gejala dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Pun begitu, harus anda faham bahawa pesakit dengan masalah tiroid yang tidak terkawal mempunyai risiko yang berbahaya untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau pengamalan diet tertentu. Oleh kerana itu, ada pantang larang penyakit tiroid
Justeru, jika anda ingin mengetahui apakah risiko-risiko yang harus difahami terutamanya bagi pesakit tiroid, teruskan membaca sampai ke penghujung ya!
Sebelum itu, mari kenali terlebih dahulu punca penyakit ini yang disebabkan oleh fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal iaitu, hipertiroidisme dan hipotiroidisme.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kanser, anda boleh klik di sini.
Adakah penyakit tiroid bahaya?
Penyakit tiroid boleh menjadi bahaya jika tidak dirawat kerana ia boleh menjejaskan pelbagai fungsi tubuh. Bahaya penyakit tiroid bergantung kepada jenis dan tahap keparahan.
-
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah jantung seperti degupan jantung laju dan kegagalan jantung.
-
Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan kemurungan, kelemahan otot dan masalah kesuburan.
-
Tiroid yang membesar (goiter) boleh mengganggu pernafasan dan menelan.
-
Sesetengah kanser tiroid boleh mengancam nyawa jika lewat dikesan.
Adakah penyakit tiroid boleh sembuh?
Penyakit tiroid boleh dikawal dan dalam beberapa kes, ia boleh sembuh bergantung kepada jenisnya.
-
Hipertiroidisme boleh dirawat dengan ubat, rawatan radioaktif atau pembedahan. Dalam sesetengah kes, ia boleh sembuh sepenuhnya selepas rawatan.
-
Hipotiroidisme biasanya memerlukan rawatan seumur hidup dengan ubat hormon tiroid. Ia tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan baik.
-
Tiroiditis ringan kadangkala boleh sembuh sendiri tanpa rawatan jangka panjang.
-
Kanser tiroid boleh sembuh jika dikesan awal dan dirawat dengan berkesan.
Pantang larang penyakit tiroid: Hipertiroidisme & hipotiroidisme
-
Hipertiroidisme
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan.
Hipertiroidisme, atau kelenjar tiroid yang terlalu aktif, berlaku apabila kelenjar tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.
Ini boleh mengakibatkan banyak gejala, termasuk keletihan, insomnia, penurunan berat badan yang tidak disengajakan, degupan jantung yang cepat, dan banyak lagi.
Bagi mereka dengan penyakit hipertiroidisme, biasanya disebabkan oleh penyakit Grave (gangguan autoimun), senaman akan memanaskan badan dengan cara yang berbahaya.
Ini kerana, menurut ahli endokrinologi, pesakit dengan kondisi ini sudah pun dalam keadaan seolah-olah berlari di atas treadmill sepanjang masa, walaupun dalam keadaan tidur.
Justeru, senaman yang berat atau berlebihan boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan jantung jika hormon tiroidnya tidak terkawal.
-
Hipotiroidisme
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis).
Hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif.
Pengeluaran hormon tiroid berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
Pesakit dengan hipotiroidisme, biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun penyakit Hashimoto juga harus berhati-hati.
Tiroid yang tidak aktif mampu menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan, berisiko membuat jantung pesakit ‘terkejut’ apabila bersenam.
Oleh sebab itu, pakar menasihatkan pesakit dengan hipotiroidisme untuk tidak melakukan senaman selama beberapa minggu sehingga keadaan mereka kembali terkawal.
Pantang larang penyakit tiroid: Berhati-hatilah dengan diet ‘mesra tiroid’
Malangnya, begitu banyak maklumat salah mengenai makanan dan suplemen yang menyatakan dapat meredakan simptom-simptom gangguan tiroid. Sebagai contoh:
- Kekurangan iodin
Kekurangan iodin adalah penyebab utama hipotiroidisme tetapi kebanyakan diet mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
Maka, pesakit harus berhati-hati dalam mengelakkan pengambilan makanan tambahan atau hidangan dengan kandungan iodin yang tinggi seperti kelp untuk menjaga keseimbangan tiroid mereka.
- Soya
Soya dapat menjadi sumber yang sihat untuk diet sesiapa sahaja, tetapi persoalannya adalah berapa banyak?
Apabila soya diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hari, ia mampu menimbulkan komplikasi hipotiroidisme terhadap seseorang yang menderita penyakit Hashimoto. Ia juga boleh mempengaruhi proses penyerapan hormon tiroid.
Justeru, apa sahaja persoalan berkenaan kondisi tiroid sama ada simptom atau diet, haruslah dirujuk kepada doktor atau pakar terlebih dahulu, supaya sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pesakit tiroid harus mengetahui pantang larang penyakit tiroid seperti diet dan senaman bagi menyesuaikan kondisi kesihatan mereka.
[embed-health-tool-bmi]