Apa itu keracunan Aflatoksin?
Keracunan aflatoksin adalah kumpulan mikatoksin yang terbentuk secara semula jadi daripada kulat yang tertentu sahaja terutama Aspergillus flavus dan Aspergillus parasiticus.
Pertubuhan Kesihatan Dunia menyatakan bahawa kulat berkenaan boleh mencemari tanaman makanan dan menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kepada manusia dan ternakan.
Malah, Aflatoksin juga menimbulkan bebanan ekonomi yang signifikan, menyebabkan anggaran 25% atau lebih tanaman makanan dunia akan dimusnahkan setiap tahun.
Bagaimana keracunan Aflatoksin boleh berlaku?
Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, keadaan yang boleh menyebabkan makanan dicemari Aflatoksin adalah:
- Makanan yang terdedah kepada kelembapan persekitaran yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang.
- Keadaan penyimpanan makanan yang dilonggokkan atau disimpan dalam kuantiti banyak yang mana menghalang pengaliran udara yang baik.
Kercacunan makanan yang disebabkan Aflatoksin
- Kekacang dan hasilannya – Kacang tanah, pistachio, mentega kacang, badam, dsbg
- Bijirin dan hasilannya – Jagung, beras, gandum, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak matahari dsbg
- Rempah ratus – Cili, lada hitam, kunyit, halia, ketumbar dsbg
Pendedahan terhadap keracunan Aflatoksin?
Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pendedahan terhadap Aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan berkemungkinan boleh menyebabkan kanser hati dan keracunan makanan, Aflatoksikosis.
Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985, kadar maksimum Aflatoksin yang dibenarkan dalam makanan tertentu adalah seperti Daftar II, Jadual Kelima Belas berikut:
Siapakah yang paling berisiko?
Beberapa jenis aflatoxin (14 atau lebih) berlaku, tetapi empat daripadanya iaitu Aflatoxin B1, B2, G1 dan G2 amat berbahaya kepada manusia dan haiwan kerana ia telah ditemui pada semua tanaman makanan utama.
Tetapi kebanyakan pendedahan manusia berasal daripada kekacang, bijirin dan hasilnya yang tercemar.
Selain itu, Aflatoxin M1 (AFM1), produk metabolisme Aflatoxin B1 (AFB1), boleh didapati di dalam susu dengan pendedahan Aflatoxin yang tinggi.
Seterusnya manusia mungkin terdedah kepada Aflatoxin ini melalui susu dan produk susu, termasuk susu ibu.
Pengguna yang berisiko tinggi terhadap keracunan Aflatoksin adalah mereka yang paling kerap mengambil makanan seperti kekacang, bijirin dan rempah ratus.
Ia juga berisiko kepada seseorang yang mempunyai jangkitan virus hepatits B.
Simptom pendedahan keracunan Aflatoxin
- Keradangan yang menjejaskan hati
- Kemerosotan pertumbuhan dan perkembangan
- Kondisi alahan makanan
- Reaksi penyakit autoimun
- Kerosakan pada organ pencernaan, termasuk hati dan buah pinggang
- Kemungkinan risiko yang lebih tinggi terhadap kanser hati, hepatitis virus (HBV) atau serangan parasit
- Ancaman terbesar adalah simptom yang dilihat pada pesakit dengan penyakit hati (muntah, sakit perut, edema pulmonari, sawan, koma dan juga kematian)
Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan:
- Orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang seimbang dan diet yang sihat termasuk buah-buahan dan sayuran, kekacang dan bijirain juga boleh dimakan tetapi dalam jumlah yang sederhana.
- Simpan makanan di tempat yang kering dan kedap udara mengikut arahan penyimpanan yang betul pada label.
- Sebelum membeli bijirin atau kekacang, pilih dengan berhati-hati.
- Elakkan mengambil makanan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan seperti ditumbuhi kulat, perubahan dari segi fizikal dan sebagainya.