backup og meta

Suplemen Dan Vitamin Selepas Rawatan Kanser Payudara – Adakah Selamat Untuk Diambil?

Suplemen Dan Vitamin Selepas Rawatan Kanser Payudara – Adakah Selamat Untuk Diambil?

Salah satu topik hangat dibincangkan apabila berbicara tentang kanser atau barah payudara adalah unsur perubatan alternatif sebagai sokongan bagi rawatan secara klinikal. Ini termasuk penggunaan vitamin dan supplement payudara sebagai membantu pesakit dalam proses rawatan perubatan moden.

Vitamin dan suplemen payudara adalah dikategorikan sebagai pelengkap keperluan pemakanan. Kanser payudara pula merupakan ancaman bagi kaum wanita di seluruh dunia.

Dalam tajuk ini, kita akan membincangkan kaitan antara kedua-duanya.

Kanser payudara merupakan kanser tertinggi kekerapan di Malaysia

supplement payudara

Barah atau kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia berbanding jenis-jenis kanser lain, menurut laporan Institut Kanser Negara yang dikeuarkan pada tahun 2018.

Ia juga merupakan kanser paling tinggi dalam kalangan wanita terutamanya bangsa Cina diikuti Melayu dan India.

Difahamkan 1 dalam 30 wanita Malaysia mempunyai risiko menghidap kanser payudara. Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser ini.

Rawatan kanser vs supplement payudara

Terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai penggunaan vitamin dan supplement payudara dalam rawatan kanser buah dada ini.

Anda perlu tahu, bukan semua suplemen dan vitamin yang dijual di farmasi adalah selamat dimakan bersama ubat-ubat yang diberi doktor ketika rawatan kanser payudara.

Ia boleh bertindak balas dengan merencatkan kesan ubatan tersebut, malahan mungkin juga merangsang kesan ubat itu secara berlebihan.

Paling kurang, suplemen payudara mungkin tidak mempunyai apa-apa kesan atau berfungsi apabila digabungkan dengan penggunaan ubatan kanser moden.

Di antara rawatan perubatan moden bagi kanser payudara adalah kemoterapi dan radioterapi. Ia boleh bermula selepas atau sebelum pembedahan dibuat.

Kedua-dua rawatan ini mempunyai kesan sampingan yang agak teruk, salah satunya adalah kurang selera makan dan berat badan turun mendadak.

Seterusnya pesakit akan berasa letih selalu dan kurang bertenaga. Sesetengah pesakit akan lebih cenderung untuk makan suplemen diet atau vitamin untuk menaikkan selera makan dan memberi tenaga.

Kajian penggunaan suplemen dalam kalangan pesakit kanser payudara

Satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik tempatan dalam laporannya yang bertajuk “Penggunaan Ubat-ubatan Tambahan dan Alternatif dalam Kalangan Pesakit Barah Payudara yang Terselamat”, disiarkan pada tahun 2011.

Secara amnya, kajian itu memberi kesimpulan bahawa penggunaan suplemen dan vitamin, dikategorikan sebagai CAM (Complimentary & Alternative Medicine) didapati berkesan dan memberi manfaat dengan mengukuhkan jati diri pesakit untuk melawan kanser.

Dalam kajian itu juga didapati sebanyak 64% pesakit menggunakan CAM dan yang paling biasa diambil adalah suplemen diet sebanyak 86%.

Antara suplemen payudara dan vitamin yang tersenarai adalah seperti berikut:

  • Multivitamin dan zat besi
  • Kalsium
  • Spirulina
  • Vitamin A, B kompleks, C, D dan E
  • Evening Primrose Oil
  • Produk herba dan lain-lain seperti agar-agar rumpai laut, minyak ikan, ginkgo biloba, bawang putih, ekstrak ginseng, teh hijau dan aloe vera

Jadi, apa yang saya perlu lakukan?

rawatan kanser payudara

Kesimpulannya, adalah dinasihatkan kepada semua pesakit yang sedang atau telah selesai menjalani rawatan kanser payudara untuk mendapatkan konsultasi doktor pakar anda sebelum mengambil sebarang vitamin dan suplemen diet tambahan.

Berbincanglah juga dengan pakar pemakanan anda untuk mengetahui sekiranya terdapat risiko dan kelebihan rawatan alternatif ini sebagai sokongan ketika rawatan perubatan moden dijalankan.

Berwaspadalah!

Pertimbangkan perkara-perkara berikut apabila anda atau ahli keluarga anda yang menghidap kanser atau barah payudara ingin mengambil suplemen payudara atau vitamin ketika menjalani rawatan;

  1. Sesetengah suplement boleh memberi kesan sampingan apabila digabungkan dengan ubatan kanser ataupun

    rawatan itu sendiri. Sila pastikan anda berbincang dengan doktor pakar anda.

  2. Pastikan anda membeli suplemen yang mempunyai kelulusan KKM, lihat pada pembalut/kotak serta buatlah

    bacaan dan selidik sendiri mengenai produk yang anda ingin ambil.

  3. Bahan semula jadi atau herba tidak semestinya selamat hanya kerana tidak mempunyai ubatan kimia. Sila

    dapatkan nasihat doktor berkenaan herba yang anda ingin makan.

  4. Nutrien terbaik adalah daripada pemakanan yang sihat dan seimbang. Cubalah sejauh mungkin untuk mendapatkan nutrien dan tenaga melalui pemakanan seimbang.

Akhir sekali, keputusan terletak di tangan anda. Mengambil suplemen dan vitamin sebagai pelengkap rawatan hospital yang telah anda jalani mungkin baik atau sebaliknya.

Beberapa kajian yang dijalankan mungkin menyokong dan ada yang menentang cara ini. Tidak salah mendengar cadangan dan saranan orang lain berkenaan topik ini.

Cara yang terbaik adalah berbincang dengan doktor pakar yang merawat anda dan dapatkan pandangan pakar pemakanan yang bertauliah. Pastikan produk yang ingin diambil juga adalah selamat dan diakui oleh KKM.

Yang penting, semangat anda untuk meneruskan perjuangan melawan kanser payudara diteruskan! Jangan putus asa dan sentiasa kuat dalam menempuhi cabaran bagi rawatan kanser payudara.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mjphm.org.my/mjphm/journals

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29218996/

https://www.breastcancer.org/research-news/supplements-before-and-during-chemo-risky

https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/info-sihat/245-panduan-mengatasi-masalah-pemakanan-kesan-dari-rawatan-kanser

https://care.upm.edu.my/kandungan/rawatan_kanser_payudara-26820%20%20?L=bm

Versi Terbaru

22/07/2021

Ditulis oleh Nur Es Naini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Suplemen Bersesuaian Untuk Badan Yang Sihat

Tanda Anda Kekurangan Vitamin


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Es Naini · Disemak pada 22/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan