Sunscreen atau krim pelindung matahari adalah produk kecantikan wajib ada bagi setiap orang yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia dikategorikan sebagai kosmetik dan tanpa penggunaannya, anda berisiko mendapat kanser kulit. Namun, bagaimana untuk mengetahui produk sunscreen terbaik di pasaran?
Terpulang kepada pengguna untuk membuat kajian atau membaca label sebelum membeli sesuatu produk. Kesesuaian jenis kulit juga memainkan peranan penting dalam pemilihan krim pelindung matahari.
Kini, ia merupakan kosmetik yang paling tinggi permintaan oleh pengguna sama ada dalam bentuk losen atau krim.
Kandungan kimia krim pelindung matahari
Meskipun ramai pakar yang menyarankan penggunaan produk pelindung matahari bagi mengelakkan kanser kulit, namun dikatakan sunscreen juga mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan badan si pengguna.
Maka, pengguna hendaklah bijak memilih produk yang tiada bahan kimia toksik dan selamat. Kosmetik berkenaan mestilah diluluskan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang pelindung matahari menyebabkan kanser payudara disebabkan oleh bahan aktif produk itu.
Walaupun kadar penyerapan bahan kimia melalui kulit tidak sebanyak seperti apabila diambil melalui mulut, namun begitu penyerapan yang konsisten masih boleh memberi kuantiti yang ketara di dalam sistem badan.
Kesan sampingan masih boleh terjadi.
Bahan yang digunakan sebagai penapis sinaran UV (ultraviolet) dalam sunscreen boleh dibahagikan kepada dua:
#1 Penapis organik (chemical blockers)
- Menyerap dan menukar proses radiasi tersebut di dalam kulit
- Mengandungi bahan aktif seperti oxybenzone dan octinoxate
#2 Penapis bukan organik (physical blockers)
- Memantulkan radiasi dan tidak diserap oleh kulit. Cara ini terbukti lebih berkesan dalam produk sunscreen terbaik
- Mengandungi zinc oxide dan titanium dioxide
Sunscreen boleh menyebabkan kanser payudara?
Bahan kimia yang dikatakan berisiko menjadi penyebab kanser payudara di dalam produk pelindung matahari ini dikategorikan sebagai hormone disruptors.
Hormone disruptors ini boleh diserap melalui kulit, berupaya untuk merentasi membran dan seterusnya mengganggu sistem penghasilan hormon.
Ia mengganggu kitaran hormon terutamanya hormon wanita seperti estrogen dengan merencat atau bertindak menyerupai hormon yang asal.
Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Estrogen contohnya, boleh menghasilkan reseptor hormon bagi kanser payudara membentuk dan membesar.
Kerana inilah, pengguna dinasihatkan untuk mengelak produk yang mengandungi bahan kimia yang boleh bertindak seperti estrogen.
Oxybenzone dan Octinoxate
Oxybenzone dan octinoxate yang terkandung dalam sunscreen yang menggunakan mekanisme penapis organik adalah contoh hormone disruptors.
Kandungan sunscreen lain yang berisiko untuk kanser
Jadi, tidak perlu pakai krim pelindung matahari?
Alternatif kepada pelindung matahari selain sunscreen
1. Memakai pakaian yang menghalang selaran matahari
Pilihlah baju berlengan panjang atau seluar panjang apabila keluar rumah.
Pemakaian topi juga akan membantu untuk mengelakkan sinaran matahari pada kulit muka. Kasut bertutup adalah lebih baik daripada selipar. Jika perlu, pakailah stoking untuk ekstra perlindungan.
2. Guna produk yang mengandungi bahan semula jadi dan paling kurang bahan kimia
Buat kajian sebelum membeli sesuatu produk.
Pengguna yang bijak akan membaca isi kandungan yang terdapat pada label produk dan berhati-hati jika ada bahan kimia yang tidak biasa didengari. Mintalah pendapat doktor atau ahli farmasi anda.
3. Payung
Payung mungkin nampak kurang bergaya jika bukan dipakai ketika hujan. Tapi ia dapat melindungi kulit kita daripada bahaya sinaran UVA dan UVB dalam cahaya matahari.
Kesimpulannya, pilihan terletak di tangan anda. Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak!