backup og meta

Kaedah Digital Kesan Kanser Payudara Pertama Di Malaysia, Ikuti Huraian Pakar!

Kaedah Digital Kesan Kanser Payudara Pertama Di Malaysia, Ikuti Huraian Pakar!

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024- Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Hospital Picaso telah memperkenalkan suatu kaedah digital mengesan pesakit bagi rawatan kanser payudara secara efisisen.

Melalui artikel ini, anda dapat mengetahui berkaitan teknologi Roche on Clarum melalui kolaborasi pakar onkologi Hospital Picaso dalam mengesan serta rawatan kanser payudara.

Selain itu, anda juga dapat mengetahui berkaitan statistik pesakit kanser di Malaysia menurut pakar onkologi terkemuka. Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Mengetahui Keadaan Terkini Pesakit Kanser Payudara Di Malaysia

Dalam pada itu, Hospital Picaso yang baru sahaja dibuka sejak beberapa bulan lepas mempunyai kepelbagaian teknologi merawat kanser payudara serta mengumpulkan pakar-pakar yang terdiri daripada ahli onkologi berpengalaman seperti Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng Har.

Menurut Prof. Dr Yip Cheng Har berhubung trend pesakit kanser di Malaysia, beliau berkata, “Pendaftaran Kanser Kebangsaan terkini mendapati bahawa kanser payudara adalah kanser yang paling biasa menyerang dengan 1 daripada 23 orang wanita diserang kanser payudara.”

Prof. Dr Yip Cheng Har merupakan pakar onkologi Malaysia yang berpengalaman.
Prof. Dr Yip Cheng Har merupakan pakar onkologi Malaysia yang berpengalaman.

Tambah beliau lagi, “Statistik terkini adalah melibatkan kaum India dengan jumlah tertinggi  diikuti Cina dan Melayu. Menurut Pendaftaran Kebangsaan juga mendapati kebanyakan pesakit adalah masih berada dalam tahap ketiga dan keempat.”

Beliau juga berkata bahawa, “Tanggapan serangan  kanser payudara terhadap golongan muda adalah tidak benar kerana kebanyakan pesakit adalah di lingkungan umur 65 tahun hingga 69 tahun”.

[embed-health-tool-bmi]

Gaya Hidup Sihat: Langkah Pencegahan Awal Merawat Kanser Payudara

Gaya hidup sihat sememangnya penting bagi pesakit kanser payudara iaitu merangkumi:

  • Pengambilan nutrisi serta pemakanan seimbang
  • Pengurusan stres
  • Pengekalan berat badan yang sesuai
  • Mengelakkan pengambilan minuman keras dan dadah

Menurut Dr Yip Cheng Har, berkaitan dengan persepsi yang salah berkaitan pengambilan diet dalam kalangan pesakit kanser payudara perlu dielakkan.

Beliau berkata, “Gula sepatutnya diambil oleh pesakit kanser, sekiranya tidak diambil ia akan menjejaskan bekalan nutrisi penting pesakit.”

Pengambilan makanan yang tinggi dalam kandungan gula tambahan boleh menyebabkan masalah obesiti, dan seterusnya kecenderungan terhadap seseorang itu mendapat kanser.

Kolaborasi “Roche on Clarum” Dengan Hospital Picaso Bagi Rawatan Kanser Payudara

Mengenai Hospital Picaso

Picaso adalah singkatan kepada “PJ Integrated Centre for Advanced Surgery and Oncology”.  Pakar-pakar onkologi yang berkhidmat di hospital ini adalah terbukti pengalaman untuk mengendalikan pembedahan berhubung rawatan  kanser payudara seperti Dr Yip Cheng Har, Dr Mastura Md Yusof dan Dr Ng Char Hong.

Selain mempunyai pakar yang berpengalaman, hospital ini turut menawarkan perkhidmatan rawatan kanser payudara dengan keutamaan lima pusat utama dan salah satunya terdapat “Breast Centre”.

Ruangan Pusat Kesihatan Wanita di Hospital Picaso iaitu terdapat "Breast Centre"
Kemudahan ruangan khusus Pusat Kesihatan Wanita di Hospital Picaso.

Roche on Clarum

Sesi temu bual ini juga menampilkan Deepti Saraf iaitu Pengurus Besar Roche Malaysia, yang berkongsi keterujaannya tentang pendaftaran yang disokong oleh Clarum.

Beliau berharap impak positif yang akan dibawa ini dapat meningkatkan kualiti rawatan bagi pesakit kanser payudara.

Roche merupakan syarikat bioteknologi terkemuka global dengan pelaburan R&D yang tinggi, memfokuskan pada penyelesaian inovatif dalam bidang diagnostik, farmaseutikal, dan kesihatan digital.

Berdasarkan kolaborasi ini,  data yang diperoleh melalui Roche mampu  memberikan gambaran keseluruhan tentang fungsi dan kejayaan Clarum untuk rawatan kanser payudara.

Konklusi

Diharapkan  dengan kolaborasi Hospital Picaso serta “Roche on Clarum”, mampu mengesan data pesakit kanser payudara di Malaysia dengan lebih efisien dan tepat.
Pengesanan serta keputusan yang lebih baik bagi langkah rawatan yang seterusnya serta bekerjasama dengan komuniti kanser payudara di seluruh Malaysia.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breast Cancer, https://www.breastcancerfoundation.org.my/, Diakses pada Oktober 22, 2024.
  2. Breast Cancer, http://www.myhealth.gov.my/en/breast-cancer/, Diakses pada Oktober 22, 2024.
  3. Roche Malaysia, https://www.roche.com.my/, Diakses pada Oktober 22, 2024.
  4. Memerangi Mitos Nutrisi Kanser, https://cancer.org.my/wp-content/uploads/2020/11/MAL_Nutrition-Guide-Booklet-Malay.pdf, Diakses pada Oktober 22, 2024.
  5. Kanser Payudara, http://myhealth.moh.gov.my/kanser-payudara/, Diakses pada Oktober 22, 2024.

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kanser Payudara Tahap 4: Ketulan Yang Abnormal Bukanlah Satu-Satunya Tanda!

Nak Elak Kanser Payudara? Amalkan 5 Jenis Kumpulan Makanan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 22/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan